Thursday, 4 July 2013

Suka la korang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap timbul kejap tenggelam entry hijaucantik ni, muehehe. Kelihatannya seperti dua tiga hari baru update satu entry, alahai tiada yang menarik sangat untuk dikongsi, hanya melalui kehidupan harian yang biasa-biasa sahaja. Sama seperti isteri dan surirumah yang lain juga. So, entry kali ini kerenah anak-anak macam biasa.

Pantangkan? pantang diberi peluang depan mata, sakan mengambil kesempatan, alaa dorang bukan tahu pun apa itu peluang sebab sudah memang begitu kehidupannya. Menjelajah sambil belajar. Biarkan sahaja. 

Semalam, abi off dia pergi ambil kereta. Hrmm, bikin kereta Mini dia balik semula. Daripada Mini cute tu tukar balik kelisa tapi warna merah, aku memang takde hal sangat janji apa aku hendak beli jangan kata tiada bajet, nahas aku bebel berapi-api. Balik dia ambil kereta beli kek. Sudah hidup dengan aku makanya setiap hari istimewa mesti ada kek. Tidak ada makan malam istimewa pun tidak mengapa janji ada kek. 

Naik pening aku dengar Auni membebel, 
"umi, bila abi nak balik ni bawa kek Auni"
"umi, nyanyila lagu bebeday untuk Auni, hari ni beday Auni" - adoi!!!
"umi, abi balik beli kek party untuk Aunikan?"
"umi, bila abi nak balik ni?" orang dah pandai bercakapkan? memang bebel gaya emak betul.

Dengar je bunyi pagar terbuka dia berlari serbu abi, sekali dengan adik-adik ikut.
"abi, kenapa kereta ni?" dia nampak lain macam. Abi keluar bawa kek.
"abi beli kek, abi beli kek, umiii...abi beli kek" tak menyempat-nyempat. Bersorak-sorak macam dapat apa. Seronok tengok dia gembira sampai macam tu.

Untuk birthday girl Auni, kek coklat kegemaran. Puas hati dia bila dapat nyanyi lagu harijadi, tiup empat batang lilin dan potong kek sendiri. Ok, noted. Tahun ni Arrizqi setahun kita buat birthday bash. Suka? In shaa Allah masuk dalam wishlist. Buat sekaligus dengan Adli bulan September. 

Marilah layan dorang. Meriah sangat dapat kecahkan meja, sepahkan rumah. Tak apa-tak apa [emak sambil urut dada]

Gangster betul Adli.

 Menjadi Arrizqi.


Party started. 

Hero on that day.

Little princess, satu-satunya.

Semoga sentiasa sihat, cergas, bijak, rajin, sayang adik-adik, pokoknya menjadi anak yang solehah dan baik untuk umi dan abi serta adik-adik. Proud to you Auni. Love u always and forever.

13 comments:

nad said...

Sedapnya ciknad nengok kek tu...
Pagi ni byk btul yg up gmbo makanan
Lapo dibuatnya
Bday bash..?!! Wauu best! Jgn lupakan kami :)

eija_sweetmama said...

srnok betul diorang 3 org dpt makan kek ye, Arrizqi sampai duk atas meja, sama la dgn anak² k.eija sebut je kek teruja masing².

k.eija pun n3 tenggelam timbul.

eima said...

wahhh kakak auni dah dpt kek coklat ... kemain seronok die kan ....bila nk tyg si merah tu plak

syawalsimpsons said...

sedapnyer kek..bakpe tak ajak aunty soya ni

Masya said...

nampak teuja betul auni yer??? agak² masuk wislist x.. jemputan bestday bash tu hihihihihi....

Fizah said...

ko tenggelam ada gak timbul..aku tak timbul2 ni apa kesss...muehehe sibuk woi sibukkk ;D

Anonymous said...

wahh .. eppy besday auni yg tomey2..

:: Mrs.SyahNia :: said...

kek coklattt..aunty ain suka tu..hihi

skejap dah 4 thn ye kak..ummi buat party nanti jemput twins yea..hikhik

mamaarifakeemaisy said...

Muka bangga kakak auni dpt potong kek ye :-)

Ada kek mmg menghappykan anak2x :-)..

Jue said...

sedapnya...
tak ajak acik jue pun...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

slmt ulangthn kelahiran kakak Auni..

amboi pakai bj sama adik badik..hehe

yantisa said...

happy belated birthday sweet auni .

ch@ said...

kakNad:
kecur liur tgk makanan kan.

kakEija:
takpela mak redha je kena lap meja lepas tu.

Eima:
ko bayang je kelisa warna merah. sama je. hihiks.

Sue:
in shaa Allah beday Arrizqi nnt potong kek dgn aunty soya la ye.

kakYana, Ain, kakJue:
in shaa Allah.

Fizah:
takpe faham ko kerja mmg sibuk. aku ni tak kerja tapi malas.

FazilZura, kakYanti:
terima kasih. tu la, sekejapan masa berlalu.

kakIeyna:
hahaa, dpt tiup lilin. nyanyi lagu beday, suka btl.

kakZura:
thanks kak, mmg begini la hari2 pun.