Tuesday, 2 July 2013

Selamat ulangtahun kelahiran, kakak Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah masuk bulan Julai, sedikit hari lagi Ramadhan pula datang. Masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Ulangtahun Auni yang ke empat. Emak sudah 29tahun, abi masih 28tahun, Auni sudah pun 4 tahun mempunyai dua orang adik. Syukur.

Membesar dengan sangat baik, petah bercakap, suka membebel, suka art, suka buku, belajar-belajar dan terus belajar. Kadang-kadang dia lebih tahu daripada emak. Mendengar dia menyanyi saat mendodoikan adik, adoih...emak jadi serba salah, hendak marah atau hendak ketawa. Mendodoi dengan lagu 'Bintang di langit' tajuknya, bila dia nyanyi bunyi lagu twinkle-twinkle little star, tidak mengapa lagi cuma part menepuk adik tu, macam lepas geram saja lagaknya, terasa hendak tercabut jantung kawan tu. Sabar je la.

Ke tandas waktu siang sangat berjaya, waktu malam kadang-kadang sahaja terlepas. Kalau dia terlepas lekas sahaja dia masuk bilik air, mandi. Baju seluar yang basah direndam dalam besen gaya dialah. Kadang dibubuhnya shower cream, kadang tu berbuih besen dengan shampu siap dengan berus gigi masuk sekali. Janji wangi bilik air emak.

Lain-lain perkembangan seperti juga kanak-kanak sebayanya, bersifat lebih agresif dengan adik-adik, mainan dia hanya dia seorang, mainan adik-adik pun dia punya. Saat paling pening, berebut remote tv, bila tidak dapat mulalah adik-adik jadi mangsa cakaran singa dia. Sampaikan terkeluar gelaran singa betina. Dia tidak mengaku singa, katanya dia nakal macam lipas oggy saja. Walawei...menjawab tu menjawab, berasap je telinga emak ni mendengarnya.

Apapun dia tetap kakak terbaik, mintalah apa sahaja pertolongan Auni akan buat dengan rasa seronok syaratnya haruslah pandai gaya pujukan. Dengan puji-pujian, dasar perempuan suka dipuji, dengan lemah lembut. Hati budak-budakkan? Selembut tisu, setransparent kaca lutsinar.

Auni, kakak kepada Arrizqi dan Adli.

Sama je korang pose.

Aku bangga, Auni tulis nama sendiri.

Auni, walaupun kamu belum ke sekolah, kamu sudah menguasai banyak perkara, kamu hampir sahaja berdikari sendiri, kamu sangat suka belajar sendiri, kamu ialah sumber inspirasi Adli dan Arrizqi. Adli banyak belajar daripada kamu. Jadi, elok sikit perangai tu ye :)

Syukur pada Allah, aku terpilih untuk melahirkan mereka.

Selamat hari ulangtahun kelahiran Auni, semoga terus sihat, ceria, kelakar dan menjadi anak yang baik serta solehah. In shaa Allah.

17 comments:

syawalsimpsons said...

happy bufday auni...bijak ni auni semua dier buat sendiri..mmg boleh benar jadi kakak terbaik ni..

asyifamustaffa said...

hepy besday auni...:-)
sama la gaya perangai dgn anak pmpuan sy yg sulung ni....agaknya sbb dia kkk....semua dia rasa dia pnya...gaya singa tu pun ada gak...hehehe...

Unknown said...

happy besday kakak auni :)
mtax ummi present beso² erk :P

JaSSNaNi said...

Selamat hari lahir kakak auni.. moga membesar sihat, cerdik dan pandai.. serta menjadi anak yang solehah.. aminnnn..

nad said...

Hepi bday auni!
Moga terus menjadi anak dan kakak solehah utk famili..
Ciknad tumpang bangga ngan auni

eima said...

wahhh bijak tak pi sekolah pun dah pandai berkat umi rajin ni ....

hepi besday auni ....

eija_sweetmama said...

Happy Bday Auni,
Alhamdullillah pembantu ummi yang terbaik ni..:)

yantisa said...

Happy birthday Kakak Auni .

mamaarifakeemaisy said...

Happy birthday kakak auni yg bijak lg ceria..

Untungnya anak sulong perempuan, kebiasaan mereka lebih pndai berdikari berbnding anak sulong lelaki.. pd akak la.. :-)

Bijak bistari dah kakak auni, dh sekolah tahun depan, pasti jd leader ni.. amin..

Izan Ishak said...

happy birthday kakak auni!

untung sangat ada anak sebaik dan sebijak auni. moga auni terus membesar dgn sihat dan cerdas ye sayang...

Fizah said...

happy birthday auni!! =)

ch@ said...
This comment has been removed by the author.
ch@ said...

kakIzan, kakEija, kakNad, JassNani, Asyifa Mustaffa, Sue:
terima kasih aunty2 sekalian. terima kasih di atas doa2 kalian, in shaa Allah.

Suzie Aleeya:
ini aunty Sue yg demand ni.

Eima:
byk yg dia belajar sendiri. emak pun bkn rajin sgt nak mengadap dia saja. muehehe.

kakYanti, Fizah:
terima kasih aunty.

kakIeyna:
ooo mcm tu ye. ihiks. tq kak doakan auni.

Masya said...

happy belated bestday auni, alahai .. kamu mmg dilahirkan menjadi anak sulung, anggaplah yg garang auni suka lepuk² tu .. sbgai .. auni seorg kakak yg tegas (^____^) doa tu cha...

:: Mrs.SyahNia :: said...

hepy besday auni cyggg..sorry aunty lmbt wishh..moga jd anak dan kakak yg baik yea..rajin tlg ummi taw ;))

Jue said...

happy birthday auni...
bangga acik jue dengan kepadaian auni...
moga jadi anak yang solehah dan kakak yang baik buat adik2...

love u so much sayang

ch@ said...

kakYana:
tau takpe. ikut siapa la lelepuk tu kan.

Ain, kakJue:
amin, in shaa Allah. sampaikanla doa ini kepada Auni. cahaya kehormatan ketenanganku.