Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masuk minggu baru je blur-masuk minggu baru je blur. Hoi! syasya, sudah hari Rabu hendak hujung minggu balik semula pun, masih blur dan blues lagi ke? hahaa. Sebenarnya, aku meninggalkan blog kerana tiada yang menarik untuk dikongsi. Ahaaa, tapi hari ini ada. Jom-jom ke dapur hijau milik aku. Acceh! Sejak dua menjak abi ke luar negeri ni, macam-macam resipi aku cuba.
Ada ke aku pesan pergi kedai beli goodies untuk anak-anak, tunggu punya tunggu dia tidak balik-balik, sehari selepas itu baru dia minta maaf dia lupa untuk ke kedai. Iskla, suamiku. Jadi, peti sudah kosong, tong keropok sudah kosong, tin biskut juga begitu makanya akula yang memerah kepala dibantu Google mencari resipi mudah memandangkan bahan untuk ke arah masih ada lagi.
Kek Milo Kukus.
Bahan A.
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
1/2 cwn milo
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
Bahan B.
1 bj telur
1/4 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn air suam
coklat chip ikut suka
*aku tukar dengan coklat putih.
Proses membuatnya.
1- Bahan A di ayak, bahan B dipukul hingga kembang.
2- Satukan bahan A dan B digaul sebati.
3- Masukkan di dalam bekas, kukus dengan jangka masa 15-20 minit. Sehingga masak.
Buat dua loyang, habis dalam masa sehari.
Senang je kan? Seterusnya ialah, jagung manis yang biasa ada jual di pasar malam tu. Ihiks, tapi ni versi cincai janji sedap je namanya.
Jagung manis.
Bahan: Jagung manis Adabi, susu pekat, mentega, sedikit garam.
Prosesnya: Kukus jagung manis 15-20 minit, siap masukkan mentega, susu pekat dan garam.
* aku punya versi, aku rebus jagung tu dengan airnya sekali, masuk semua bahan di atas dan ngap.
Senang gila. Bahan tu, tiada sukatan tepat. Ikut rasa hati sahaja. Seterusnya...
Apam hijaucantik (Nama letak sendiri sebab warna hijau)
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn air
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu pekat
1 bj telur
1/2 sk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko
* aku tidak letak serbuk koko tukar dengan pewarna hijau :)
Prosesnya.
1- Masukkan kesemua bahan dan kacau/gaul sebati.
2- Masukkan ke dalam cawan dan kukus 10-15 minit.
3- Tabur dengan manisan warna warni.
Ok, ini je la yang aku mampu buat setakat ini, minggu lepas yang sangat sibuk. Sempat juga aku buat cookies coklat chip macam yang sebelum ini. Sejak anak-anak membesar dengan jayanya, aku tidak risau makanan banyak di dapur, kesemuanya habis tanpa dikesan. Ihiks.
Nota hijau: Maafla aku kekeringan idea sekarang ni, orang lain wordless aku pula banyak membebel. Korang ok je kan? Ehehehe... daaa.
13 comments:
terbaiklah cha ... versi sempoi mcm ni janji anak² suka kan..
Ok sgt cha bebel dihari rabu ni..bebel berguna tuk akak ni.. sian anak2 akak, tk pnh msk benda comel2 tuk diorg.. apa makabah dia mkn, itu la jugak menu diorg..huu..
Selamat mencuba lg2 resepi comel nsedap tuk anak2x.. :-)
makin rajin umi ye...
akak nie ada hutang dengan farisyah,nak buat cup cake sama2 tapi tak buat2 lagi..kesian dia hari2 tanya
sedap la pulok....
Reply nota hijau: ok jek takde wordless. Lg suka bace cerita cha :)
rajin lah u sis....
tapi tetap gak kaler hijau kannnnnn....
Uimakkkkkk!!
Rajin nya cha.. ;D
gebu la kek umi... hebat! cayokkkk
laki aku dh byk kali berbunyi pasal buat kek ...aku slalu buat tak dgr ....hahahaha
kakkkk, miss u
wahhh syoklah ank2 mkn,
ummi nya rajin buat kuih ;))
nmpak sedap ni..mesti dah abis kan..kan
kakYana:
btl-btl-btl.
ibuAqil, Rasp, kakJue, kakIeyna:
kita cari dan buat yg paling senang je kak.
Eima, Sue:
cer ko try mek, ko lg pandai masak.
kak@eda, kakNad:
terima kasih suppoter.
Ain:
miss u too, Ain lama sgt x uodate blog. buat hari ni habis tang-tang-tu jugak.
wah eksperimen menjadi..
yg penting anak2 suka makan..
owh kek milo kukus tu bhnnya lebih kurang buat choc moist cake bezanya gantikan coklat dgn milo
kakEija:
btl tu kakEija. tkr2 ja resipi tu.
Post a Comment