Monday, 1 April 2013

Puri adik abang namanya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ihiks, kembali lagi dengan Arrizqi sudah memulakan solid-food dengan rasminya. Menu minggu ini ialah puri brokoli. Ngehehehe. Frozen puri sangat mudah walaupun ada orang yang pertikaikan kenapa aku frozen sedangkan aku hanya duduk di rumah.

Untuk permulaan sesi memperkenalkan rasa makanan kepada anak 5-6 bulan, kita mulakan dengan satu jenis rasa sahaja. Jadi, dengan frozen puri ini dapatlah aku buat stok untuk seminggu sekaligus. Aku sendiri tidak tahu bagaimana berhadapan dengan perangai anak-anak contohnya hari ni dorang baik sahaja semua ikut peraturan masa. Esok, lusa tak tahu dapat lagi seperti hari ini ataupun mereka akan mengamuk sepanjang hari, jadi tidak ada masalah jika aku frozenkan. Masa lebih jimat.

Lagipun, semasa membuat puri, takkanla kita ambil kuantiti yang sedikit sahaja, pastu rebus/kukus dalam periuk yang besar. Cuba sahaja bayangkan sekuntum brokoli dalam sebuah periuk yang besar. Hihiks. Rugi masa dan tenaga, senang jika buat sekaligus lagipun, solid-food anak yang baru makan ni lain resipi dengan menu harian. Haaa, berapa kali pula hendak masak dalam sehari tu kan? Ini jadual aku la, orang lain aku tidak tahu.


Yang bestnya masa buat puri brokoli ni, aku buat dengan puri nasi siap-siap. Bertingkah tangan dengan Adli sangat sibuk hendak melihat apa emak buat, layankan je la. Siap puri nasi aku, dia yang membaham dahulu so daripada empat tupperware tukar jadi tiga sahaja. Satu sudah ke dia, kemain syoknya, aku bagi juga satu tupperware puri brokoli, habis dikerjakan. So, memang tidak rugi satu apapun. 

 Abang Adli dan Arrizqi.

Macam dah sama saiz je. Hahaa.

Adli sangat suka makan sayur, kacang panjang boleh ratah camtu je, petai pun dia kunyah selamba, lobak merah, kubis bunga, kobis dan sawi. Bila makan dengan dia aku lebih suka potong dadu, dan susun tepi pinggan. Nasi aku suap, dia pilih lauknya. Hihiii, habis satu pinggan minum air, tidur. Senang sungguh. Memang buat apa sahaja makanan kena fikir Adli.

Auni tidak layan sangat. Dia lebih suka roti, biskut, kek, memang dapat aku yang buat sendiri semua jadi tawar hebeh, asalkan dia kata sedap sudah. Lauk pun, memilih. Tiba masa dia hendak makan nasi memang aku pakat bubuh banyak-banyak dalam sudu, siap sayur dan lauk-lauk lain. Tiba angin hendak lauk, so ratah ayam atau ikan sahajalah. Mujur juga dia suka makan buah.

Aku punya menu simple je, nasi dengan telur mata pun ok, sardin sahaja pun boleh, ikan goreng dengan kicap pun sedap. Hihiii. Sayur, semua kena masak air je makanya banyaklah aku makan. Goreng biasa tu, aku kureng sikit sebab berminyak kot. Kalau goreng pun punyala kedekut minyak. Hahaa. 

[Puri brokoli] the making.
[Puri brokoli bersama puri lobak] resipi Jemaah puri.
[Brokoli lenyek] menu bertekstur sedikit kasar.

Nota hijau: Makan-makan-makan, jaga pemakanan juga aku ni. Hahaa. Macam mana nak pupuk suka minum air masak ni, jeles betul dengan Adli suka minum air masak.

13 comments:

Jue said...

akak buat puri nasi+kurma+kismis..
faez makan dengan syoknya...
hari ini balik nak buat puri brokoni..
faez wajib kena campur dengan puri nasik...

nad said...

Bestnya!
Lama dh tak memuri ni...

Masya said...

senangkan kalau anak tak memilih ni.. amir satu jer.. jgn pedas.. semua pun dia makan.. cuma sejak sekolah ni terpengaruh dgn kawan².. xmoo makan sayur.. kata kawannya sayur kotor grrrrrrr ... buntang mata ibu kejap tau...

yantisa said...

tabik spring la buat umi yang sangat rajin ni ..Anak-anak Cha pun jenis yg tak memilih .

ch@ said...

kakJue:
wow sedap. arrizqi pun campur puri nasi, kdg kita campur nestum jugak.

kakNad:
tu kena tmbh bb.

yana:
so far, tak mahu bg dorg memilihla sbb buat puri ni. hiks.
dulu mkn burger dlm gelap, sbb sayur smua terpaksa kunyah, nak pilih buang tak nmpk.

kakYanti:
rajin ke? rajin jd singa adalah.

sal ya said...

awal jgk arrizqi mkn ye.

p/s: cntk design rmh br.

eija_sweetmama said...

yup betul tu better buat frozen dr masak sikit2kan..
senang la abg dan adik berkongsi makanan..

itulah arrizqi dan adli dh macam 1 size, rupe pun dh lebih kurang sama tau., amboih kemain suka lg adli isap jari ye..

ch@ said...

kakSal:
ha'a, 5th month. sbb ada baca, bb susu formula boleh bg awal 5bln.

eija:
ada member sound hari tu, awak dah duduk rumah, masaklah hari2. kalau sy duduk rumah hari2 sy masak, sian anak bg frozen. keras je ati bila kena sound cenggitu. frozen tu, dr halina pun buat pada anak2 dia.

Izan Ishak said...

bukan cha je yg frozenkan puri. kak izan pun sama. buat banyak... letak dlm ice tray. dah keras tu pindahkan dlm beg ziplock. nak makan tinggal letak dlm bekas, letak bahagian chiller. sampai masa... masukkan dlm bubur nasi. kan senang gitu. masih ada baki puri keledek n labu yg frozen tu nak abiskan minggu ni.

hehe... buat pekak jelah org yg suka sound2 gitu cha...

Ibu Lala said...

Bagusnya la selera. Pandai anak anak makan sayur. Klw ank sy, daun supmpun dia suh buang.

ch@ said...

kakIzan:
kan...?
kita terus mls la nak tegakkan hujah. diam je la. dia mmg yg terbaik. kita tak suka bazir. everything is money now.

ibuLala:
tu Auni la tu, Adli ok je. ratah sayur pun dia ok. hahaa.

Shiqa Nawar said...

adli gemar sangat isap jari.hehe comel..

ch@ said...

Shiqa:
Trademark. Smpai dh berbekas jr dia.