Puri bergelumang penat.

Monday, 25 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku berterima kasih kepada adik aku, sebab dia datang semalam. Hiii, dapat juga aku meluangkan masa berlibur bersama anak-anak. Jika dengan abi, dia hanya teman pergi beli barang dapur sahaja. Sebab, hari minggunya dia lebih senang berdating dengan tilam dan bantal.

Tak apa, adik aku sudah pun bekerja di Klang, makanya bolehlah dia membawa kami berjalan-jalan jika abi sibuk. Tehehehe, silap-silap ikut kepala gegila emak anak-anak ni, memang boleh terus balik Johor ;)

Tempat yang aku suka pergi, The Mines. Cari makan di Chicken Rice Shop, aku suka kerabu mangga dan taufunya. Mabeles. Sementara menanti hidangan, mulut Adli sudah pun bercicip-cicip hendak makan sama. Dia memang tidak boleh bau makanan. Pantang sungguh.

Aku sudah panaskan purinya di rumah tadi, memang siap bawa bekal. Air masak dan susu. Aku juga yang pikul semua-semua tu. Adoiyaiii. Tapi, semuanya berbaloi apabila, Adli makan dengan cemerlangnya. Yumy-yummy.

Come baby come on.

Balik daripada bershopping barang dapur, sesi membuat stok macam biasa. Huaaaarrrgghhh! Struggle. Kali ini, memang aku tekad. Lenyek je semua kerana Adli suka hendak mengaplikasikan giginya secara cemerlang.



Menu untuk minggu ini, puri brokoli bersama nugget ikan [goreng dengan minyak yang sedikit] + bubur nasi dan puri jagung manis [dalam tin cap ayam brand]+epal. 

*brokoli, jagung manis dan epal, aku kukus terlebih dahulu supaya sesi melenyek menjadi mudah.
*nugget ikan tu, aku kisar kering sebab aku sudah letih dan mengantuk.

Sesi aku di dapur, sempat aku cuci Cloth Diapers, suasana yang tadinya riuh bertukar sunyi. Rupa-rupanya, mereka semua bagaikan kena tembak telah mengambil port masing-masing. Hrmmmm, emak juga yang tidak punya masa untuk melelapkan mata. Sabar je la.

Cintaku. Jiwaku. Hatiku. Banyaknya sayang dalam hati melihat suasana ini.

Nota hijau: Waktu jenjalan semalam aku memakai PB sepanjang hari. Terasa diri aku cantik sesangat. Hahahaa, perasan dengan penuh perasaan. Sila muntah. Pertama kali Auni dan Adli berCD sewaktu keluar berjalan-jalan. Wiii. Oh, Tutti-Frutti tu memang sedapkan? Adli pun suka.

10 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

sayu dan happy tengok mereka2 yg kita sayang tidur....

bukan main uminya menyuapkan makanan..anaknya pulak bukan main beselera makananya...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

akak dah dapat kad dari cha...10Q ..dan terkejut sangat2 sebab tak sangka dapat kad yang comel..nanti akak buat n3 spesial untuk cha...

sitiebby said...

Askum Cha,

Rajin nya bawa solidfood time kuar jln2 ye. Saya nie jenis pemalas ckit sejak anak dah 15 bulan nie, anak pulak jenis nk merasa makanan mama papa nya. Sekali harung je, suap je apa yang kami makan janji xde pedas sangat. hehehe, jgn ditiru sangat,,

eima said...

wahhh rajin aku blend je ..separuh bleh halus separuh lagi tak bleh pastu campur ... haaaaa senang ... tak punya kekuatan nk melenyek ....

Diyana said...

rajinnye cha....kak takde kudratla nk buat tu sume...huhuhu. * hi cha,lama kan akak tak jengok sini...manenye tak,lama tak buka tgk blog.hehe

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

badan slim pun pakai BP msti la makin cun..:)

srnok betul tgk adli makan,
eija kalau g jalan2 bawa bekal biskut jerk utk Ziqry, skrg ni dia cukup suka makan biskut marry, tiger n jacob..mcm org besar..

Yup Tutti Fruitti mmg sedap, tp harganye pulak yg x larat kalau nak makan selalu kan..

Nad @ MamaZN said...

adli!!!!!
bambam nye die..!
tough dan fit!
bape kg la gamaknye tu?

Masya said...

wahh langkah panjanglah lepas ni.. dah ade yg boleh dimintak tlg....

x menahan tgk adli tu.. berselera btl makan, berbaloi² pakai PB kan.. ramai jugak kat opis ni yg pakai... kt jer x pakai²...

anisalya said...

mmg keluarga kecik kita ni sentiasa menjadi kesayangan utk selamanya. Azfar akai CD waktu tengahari je. malam guna pampers. berhasrat jugak nak tukar ke CD ni.

ch@ said...

kak jue:
suka suap Adli makan, dia sauk je semua makanan.
*sama2. takyah la buat entry. segan.

sitiebby:
wa'alaikumussam.
dah besar takpe, Adli ni belum setahun pun lagi. kalau dah setahun pun, mungkin mcm tu gak la. hihiii. Adli pun tidak kisah makanan.

eima:
oh camtu ek. tu ar, blend lagi cpt drpd lenyek. sampai peluh jantan pun keluar.

kak diyana:
tu la, sepi btl blog akak tu. rindu nak tgk damia, ali dgn siapa yg kecik tu? baya Adli tu? mesti dah aktif mcm abg ngn kakak dia kan.

eija:
masa ini, ingat nak keluar pepetang sikit lps adli mkn tgh hari. sbb kita dah warmkan puri dia. skali abi ajak keluar time tu gak, tu yg angkut je la. uiii mmg sungguh mahal.

kak nad:
nayli tu pun sama. rasa sama berat dgn nayli.

yana:
tu la fasal. sng nak jln. adli mmg suka mkn. suka pakai PB ni, skrg dah boleh nmpk parut czer, hari tu tak nmpk sgt sbb prt ke dpn.

kak sal:
keluarga kecik tapi bahagia bila semua terjaga. meh la fully CD, kita nak pujuk babysitter ni. hihiih.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in