Tuesday, 2 April 2013

Keriuhan melanda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Pin-pin! Pin-pin!, Aliii tepi, tepi Aliii kakak nak lalu" tidak sempat Adli mengalih kenderaan, gedegang!!! perlanggaran berlaku. Riuh, gempita. Adli bila tidak dapat buat pusingan U, selain angkat kereta tunggangannya, dia akan menangis minta bantuan. Auni pun cerdik, tidak mahu dengar Adli menangis, dia sendiri yang menolong adik.

"Kakak, jangan langgar sayala" - Adli.

Hrmmm, kan aku kata walaupun Auni ni cargas luar jangkaan namun satu-satu part dia suka bermain dengan   adik-adik. Bila masing-masing sudah keletihan, pandai pula tu pergi dapur minum air,ambil cawan biru untuk Adli, cawan pink untuk dia. Walhal kedua cawan tu milik dia asalnya. 

Basikal oren milik Auni sepenuhnya, dibelikan oleh tokMama baru ambil daripada kampung. Mujur rumah luas, boleh sahajala menjelajah segenap ruang, kereta pink milik Auni juga. Kalau hari tu kerja nak bertumbuk, mencepuk sana mencepuk sini berebutkan si pink, kali ni sudah lega sedikit kerana Adli naik yang pink. Walaupun lusuh, Auni rajin juga mengelapnya, hahaa. 

Memberi tunjuk ajar.

Ok, sekarang tambah lagi satu kenderaan, walker untuk Arrizqi. Riang ria dia dapat naik walker. Walaupun belum pandai berkayuh, abang dengan kakak sangat rajin menolaknya ke mana sahaja mereka hendak pergi. Rumah aku sangat riuhnya. Bila baring di bawah pun, Arrizqi sudah mengelor segenap ruang. Kombat. Now, sedang sangat bising untuk memulakan step merangkak. Sudah  cekap angkat montot tapi belum pandai untuk mulakan langkah.

Bila tiba waktu tidur, aku akan pening kepala melihat rumah yang sangat tunggang langgangnya. Buat masa ni, memang mereka main di bawah sahaja, belum berhasrat untuk menambah perabot dan sebagainya. Biarkan ia lapang, mudah untuk aku membersihkan lantai dan mengemas mainan. Arrizqi pun sudah mula tertarik dengan buku apabila dengan selamba mengunyah kulit novel RAM emak. 


Ditinggalkan di ruang bermain, lekas sahaja dia kombat ke almari buku. Huaaa, dia sudah cekap belajar menjelajah. Aku memang sentiasa memantau kebersihan rumah, dalam sehari aku tidak mengira waktu, pantang melihat habuk di lantai, bersegera membersihkannya. Arrizqi dan Adli si tukang kutip dan masuk mulut. OMG. 


Nota hijau: Basikal, kereta pink, walker, semua turun temurun. Gunanya pun tidak lama. So guna sahajalah apa yang ada. 
Nota hijau: Aku tidak pasti kenapa entry baru aku tiada di ruang dashboard. Sesiapa sudi membantu?

10 comments:

Jue said...

terbaiklah kakak auni...
turun temurun ye semuanya...

nad said...

Bagus la bleh guna turun temurun
Jimat banyakkk :)

eija_sweetmama said...

Dapat bygkan keriuhannya tu,

ohh diorang main beskal dlm rumah lg ye, x lama lg mesti terlepas main kat luar tu,
zaquan n ziqry beskal dh slmt main kat luar, zaquannye basikal tayar dh pecah pun sibuk minta ganti basikal tayar dua katanye..abg dh pandai main beskal roda dua..hehe

mamaarifakeemaisy said...

Syoooknye membayangkan kemeriahan.. :-)

Alooo lawanye kereta adli kaler pink.. :-) hehe..oren cantik..

Umah luas, puas hati la main beskal..

Susunan buku, best tengok..mcm library.. :-)

ch@ said...

kakJue, kakNad:
hahaa sgt jimat dan tidak pening kepala.

eija:
lepaskan juga ja tapi takleh letak luar sebab abi nak parking kereta.

kakIeyna:
riuh sgt bila emak naik antu.
hahaa, takpela janji dia ok je.
niat hati nk beli set kerusi yg half tu, perhiasan. nnt la dulu.
hahaa, dah kena selongkar jgk tu. arrizqi buat.

Izan Ishak said...

kak izan membayangkan keriuhan dalam rumah cha skrg. pening2 pun pasti terubat bila tgk gelagat anak2 yang pelbagai kan.

*kak izan teringat masa anak2 blm sekolah. bayangkan 4 askar kecik masa tu. tapi skrg.. semuanya dah besar, dah sekolah. tinggallah ummi n zayyan je kat umah. rindu plak zaman2 anak kecik... rumah bersepah mcm tongkang pecah tu...

Masya said...

alahai mesti riuh rendahkan... amir dah ngadu bosan kat rumah xde kawan.. emmmm ... anak² cha x jauh beza x yah membazirlah mmg elok turun temurun..

ch@ said...

kakIzan:
hahaa, kadang2 dah geram sgt emak pun ikut main. rmh mmg mls nk kata lagi, tahap tunggang langgang.

yana:
hahaa, tu la. selagi elok gunakan. ada org sentiasa nak beli baru, yg brand. kita ok ja.

sal ya said...

sm la cha. bdk2 ni kalau dah blk sekolah bersepah. dah kemas pn tak serua kemas jgk. sdhnya biarkan saja la.

ch@ said...

Slagi masing2 blm mengerti, biarlah...
Kita yg dh tua ni pun kdg mls nk ngemas.