Monday, 8 April 2013

Gigih dan gagah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku, sangat suka mengukur shopping komplek, sangat suka mencuci mata bersiar-siar tanpa arah, bila sudah beranak pinak ni, masa untuk mengukur shopping komplek merupakan misi mustahil. Bila kata hendak keluar daripada rumah bersama anak3 tanpa abi, aku mengeluh, mengelap peluh, menggeleng kepala tidak. 

Aku hanya percaya, mama, papa, adik sahaja apabila melangkah keluar daripada rumah dengan anak3. Jika dengan orang lain atau pun kawan-kawan, belum pernah lagi. Bukan tidak percaya akan tetapi lebih kepada tidak mahu menyusahkan orang lain. So aku lebih senang duduk di rumah sahaja. 

Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, adik aku (paksu kepada anak3) menawar diri untuk membawa kami berempat keluar daripada rumah, yeay! Bersama dengan pasangannya kami ke IKEA. Best, semua orang sangat baik dan memberi kerjasama. Auni sahaja gembira menolak troli kecil yang sama saiz walaupun  habis semua orang dilanggarnya. Mudah juga bila dia terhilang daripada pandangan, cari sahaja troli bergerak tanpa nampak orang yang menolaknya, hahaa. 

Adli duduk dalam troli besar, ditolak maksu. Senang untuk dia landing bila hendak tidur. Syukur juga dia tidak minta untuk turun berlari di bawah, mungkin sebab bukan abi yang tolak so dia rasa patut untuk duduk diam-diam sahaja. Arrizqi duduk dalam stroller, sesekali terlelap, sesekali aku dukung dengan baby carier. Begitulah sehingga habis pusing satu IKEA. Aku hanya beli mangkuk dan pinggan dan sudu yang warna pelangi tu, hihiii...mudah untuk beri makan anak3 nanti.

Tiba waktu makan, Auni aku tinggalkan di ruang tempat mainan IKEA, Adli sudah pun terlelap dalam stroller begitu juga Arrizqi, tidur dalam dukungan. Letak sahaja atas meja dan aku menikmati meatball IKEA dengan rasa best. Bagi aku, biasa-biasa sahaja kot. Hahaa. Saja nak merasa.

Sebelum balik rumah, aku mengajak adik ke opis lama untuk ambil beberapa bingkisan yang tertinggal sebaik sahaja aku berhenti kerja tempoh hari. Sesat barat jugaklah cuma bertekad sampai sahaja, hahaa. So far, sampai juga la. Jom layan gambar pula ;)

Anak3 suka benar tetamu di rumah, semuanya menumpang manja.

Dengan pak su on 4/4/2013 - Selamat Ulangtahun Kelahiran pak su.

 It's me, a mummy with three kids =) 

Kecoh. Gigih menguruskan dorang, gagah memikul tanggungjawab seorang emak.

Bakal mak cu, hihiii. Terima kasih sebab sudi membantu.

 Kalau dapat main. Suka.

Nota hijau: Banyak sangat entry nak taip, banyak sangat tetamu bagi cenderahati, eh?, ramai sangat tetamu keluar masuk minggu ni. Sukaaa. 

11 comments:

nad said...

Serius suka gmbr cha ngan anak2 tu ;)

eima said...

seseklai dpt berjalan best la .... ade pulak org tolong kejar anak2.. lagi besh ...

mamaarifakeemaisy said...

Sesekali dpt keluar..mmg best :-).. untung ada paksu dkt2 sini je.. happy belated besday buatnya..

Hehe... kalau k.eina pun mustahil keluar dgn anak2 je wlu berteman kawan... buat masa ni, mmg wajib ada si abah mereka kalau bab g sopingmall ni..tak larat layan si adik :p

Comei sedondon :-)

Jue said...

suka tengok mereka selalu sedondon tapi sayang farisyah ngan faez tak boleh sedondon..sebab perbezaan umur yang ketara dan berlainan jantina.....menjadikan baju sedondon susah dicari dan setakap nie memang tak jumpa lagi

Masya said...

senyum sampai telinga umi dapat keluar jalan².. kegembiraan terlakar diwajah.. kt pun x penah rasa meatball ikea tu...

JaSSNaNi said...

yang anak2 berbaju oren kat atas tu suka la tengok.. sama je.. :)

eija_sweetmama said...

Setakat ni yg mampu cuma bawa anak2 kuar g playground area rumah n swimming je..,x mampu lagi nak bawa anak2 ke shopping mall bertiga shj tanpa ada peneman..rasanye x terlayan n terkejar eija dibuatnya. Eija pun kalau Mr. Papa xde utk bawa kami ke shopping mall selalunya yg jd mangsa adik2 eija la jd peneman kalau dh nak sgt g shopping mall..hehhee.

ch@ said...

KakNad:
Huru hara rasa.

Eima:
Still kena ikut jgk sbb kadang dorg nk emak.

KakIeyna:
Btl tu kak, kalo kuar ngn kwn biarlah bersendirian paling x pun bw seorg je.

KakJue:
Kalo pi aeon bj auni cari kat jkid, bj adli arrizqi kt jbaby. Biasa kita beli kt cutiest gorgeous tu je ada size 2thn smpai 7thn. Arrizqi pakai bj 2thn. Hahaa.

Yana:
Dulu ada jg p ikea ni, tapi xmkn meatball. So saja nak rasa. Ok la.

JassNani:
Mak dorg suka sedondon. Hehee.

Eija:
Masa auni adli dulu, slalu jgk bw dorg kuar. Ms dh bertiga ni, blm lg. Thn dpn la kot, auni skolah kena hntr amek...phew, struggle.

sal ya said...

mmg cabaran bwk anak 3 keluar tp selagi anak2 ok, mak pun akan ok2 jgk.

Ako Retna said...

sempoi la cha dah beranak 3 ni...
suka tengok!!
meriah gitu hehhee

ch@ said...

kakSal:
btl. nk ok kan dorg tu, emak pening dulu.

kakRetna:
hahaa, tiba2 sama ngn sisLin.
meriah ke tak, emak je yg rasa.