Friday, 15 February 2013

Labels.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, mesti mood korang dah swing-swing je kan? pasal esok cuti, tu bagi yang berkerja la dan aku pasti ada juga yang masih mood bercuti daripada Tahun Baru Cina tempoh hari dan aku pasti lagi, aku pun akan turut sama bercuti sekiranya masih berkerja. Namun, seorang surirumah, adalah mustahil untuk bercuti malah jatuh sakit sekalipun, orang tidak terlalu peduli melainkan kerana anak-anak.

Lebel atau labels, haaa... ingat di kompeni atau pejabat saja ada 5's? dapur aku pun ada tau, hahaa. Ye la, senang, mudah dan mengurangkan kesalahan apabila membuat kerja. Terutama, membancuh susu untuk anak-anak. Pernah sekali, aku tersalah bancuh susu untuk Auni, punyala gelabah hati asyik merungut sahaja, langsung aku scoop susu Arrizqi dalam botol Micky Mouse minah tu. Kalau Adli takpe lagi, dia sebat je tapi bukan minah Auni ni. Lidah memang supersonik, tahu sahaja susu tu biasa, rasa lain, terlalu panas, tidak sedap dan sebagainya. Kekadang geram juga sebab masa sebaya Arrizqi dulu, minum susu tu juga.

Dahulu, pink untuk Auni biru untuk Adli. 
Now, pink untuk Auni, Adli dan biru untuk Arrizqi. 

Mudah bancuh susu dalam kereta dengan ini.

Oleh kerana tidak mahu kesalahan yang sama dan akan menyumbang kepada pembaziran makanya aku buat lebel. Meskipun, sudah berlainan warna tupperware aku tetap tersalah juga, nah sekarang sudah ada label. Sekurang-kurangnya bila mata aku pening dengan warna tupperware tu, terperasan juga akan lebel.

 Hijau, biru dan merah jambu.
Eh, sama ngan baju lak... hahaa, sengaja untuk interframe.

Botol susu pun sama, ingat lagi kan yang aku tersalah puting susu masa menyusukan Adli dahulu? now, semua orang ada warna sendiri. Pink untuk Auni, biru untuk Adli dan hijau untuk Arrizqi. Botol susu dipasaran pun bijak meletak tiga warna ini dalam satu set. Hehee. Auni dengan Adli menggunakan puting botol yang sederhana besar, Arrizqi masih guna puting yang masih kecil. Rasa macam comellak bila bergandingan tiga botol ini. 

Ini semua po...yo.. Hahaa. 
Proud of yourself only. 

Ini kalender di dapur. Haaa, penuh jadual. Auni dan Adli minum susu yang sama, 1kg habis dalam masa 6-7hari, share kan? Arrizqi minum susu mahal tidak sampai 1kg dan juga habis dalam masa 6-7hari, jadi? Jadi, bila keluar belanja bulanan, abi akan tanya aku berapa pack atau kotak yang perlu dibeli dan sebab itulah kalender ni sangat berguna.

Lecehkan jadi emak macam aku ni? semua hendak sedondon, semua hendak disamakan, semua bagaikan ada peraturan. Skema. Tah, aku suka je. Lepas ini aku hendak senaraikan jadual waktu aku di rumah, Isnin bertemu Isnin, dan bangun tidur bertemu waktu tidur semula. Ada ke orang hendak baca jadual aku tu nanti? kahkahkah. Betul-betul sudah tiada idea nak update blog. Waaaa...

Nota hijau: Ikutkan hati semua almari aku hendak lebel, tiadalah Adli pakai baju Arrizqi, macam tidak dapat bernafas dengan selesa je gayanya. [bila abi yang mandikan. Ngeee]

14 comments:

Masya said...

label penting, dah mula praktik kat rumah jugak.. senang kalau hubby kedapur.. idaklah berterabur bekas milo, susu amir, dan conflaks berlaga² huhuhuhuhu....

mahu menyiapkan blk anak bujang dulu, dan mahu buat jadual untuknya dirumah.. nanti praktiklah ke auni mesti dia seronok.. buat jadual ada gambar tv, waktu main, waktu buat kerja... (angan² jer ni...) harap menjadi....

@e_da said...

Comel je botol susu.. Bagus asing2.. Kalau papa mika lak dibantainya bg puting deena kat abg... Adoiila koyakbkena geget

sal ya said...

ada jugak yg letak label.

♥cikmOt♥ said...

bagus cam gini...akak suka...kita disiplinkan diri kita walaupun kita adalah surirumah...

Anonymous said...

fuhhh .. 3 label yew..

akil ms kt nusery dlu ado la lebal , now xde dh .. psl dh tau dia dgn kwn2 agak lain cz dia tinggi , so bj suor x sama

safurara said...

label mmg penting kan.kalo x ada yg tersalah bg nt.

nad said...

Share la jadual =)

Rasp said...

bagus tau labeling nie...
kasi senang kerja kita skit....
and kurangkan kesalahan gitu...

Unknown said...

bagus cha system cha.sng kan.xpe yg penting nak mudahkan sendiri kan.

ch@ said...

Yana...
Auni? buat jadual? takde maknanya. hendak main sokmo, bkn dia reti hendak ikut pun.

kak@eda:
ha'a, Adli pun suka gigit puting Arrizqi.

kakSal:
bila ada yg berbeza kena lebel. Kalau smua sama ja, takpe share guna.

cikMot, cikPuanRara, Rasp, Hany:
yups. betul tu, mudah sebenarnya walaupun nmpk leceh. mudah utk abi bila kita tiada.

fazilzura:
tiga la lebel, anak tiga.

kakNad:
kakNad dulula.

bylindakitchen said...

comel sgt ;)

Izan Ishak said...

kalau ada lebel macam tu, kita yg jadi mak2 ni taklah pening wpun botol dah lain2 kaler kan cha.

part last tu kelakar. teringat k.izan dulu2 masa tinggalkan anak2 dgn en suami, boleh pakaikan abg dgn baju adik. dah tu tak match plak. hadoilahhh..

eija_sweetmama said...

memang sepatutnya amalan 5's di terapkan di rumah jgk, tp x terbuat la..hehe, kat opis ni pun bila dah abis audit 5's, berterabur balik meja masing2..

ch@ said...

MiszWP:
;) mmmuah kiss satu.

KakIzan:
Kdg2 kelam kabut bancuh susu yg dh melalak dgn mata ngantuk tu yg tersalah.
Abi...kita ada pun bj siap dh asingkan auni, adli, arrizqi...salah jugak.

Eija:
5s kt rmh cincai je eija...xmcm kt opis.