Friday, 21 December 2012

Terjebak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jadual tidur aku? hahaa, tidur je mana-mana tempat asalkan boleh. Semasa memandu sendiri semalam pun aku rasa mengantuk gila, bahkan semasa menunggu giliran untuk cucuk Arrizqi pun aku terlelap sama dengan dia, atas kerusi. Mujurnya, orang ramai sentiasa silih berganti duduk di sebelah membuatkan tidur aku menjadi tidur-tidur ayam aja. Sedikit terganggu. 

Rehat? mana ada istilah rehat, tidur lena, ada orang layan urut-urutkan badan, ada tidak Auni je la jadi mangsa untuk disuruh tumbuk-tumbuk tulang belikat yang lenguh atau pun Adli untuk memijak belakang bagi lega sedikit. Paling-paling, masa rehat aku ialah shopping online. Muahahahaaa... Itu aku nak cerita sebenarnya. Ngeng!

Minggu ini, walaupun badan aku penat gila sebab abi outstation selama tiga hari, walaupun abi kerja sepanjang hari setiap hari but bila barang yang dibeli sampai di tangan, wow! teruja gila. Hilang semua rasa penat. Uish! usha barang online adalah terapi best malangnya aku kena berpada-pada, duit tu daripada abi, nak minta, aku ialah seorang yang sangat pemalu, :p

Sumber daripada page IZ Fahionista. Facebook.

Peplum, aku pun berangan hendak pakai tidak sedar diri anak sudah tiga. Perasan comel dan langsing bagaikan retis korea, argh! peduli, beli-beli. Kali kedua selepas dress ini daripada IZ Fashionista. RoseCutton Peplum, aku baru test memakainya dan aku rasa hendak beli lagi. Waaaa...(nangis) tapi-tapi, aku rasa hendak beli beg tangan macam Ain Hawani [Adam & Hawa] wuhuuu. Agak-agak sajak tak mak anak tiga ni nak melaram macam anak dara. Adeih! sedar diri Syasya, hendak masuk 3 siri sudah. Erk!

Haaa muat pun.

Itu sudah satu hal, satu hal yang lain ialah online juga beli wallet. Ke panggil dompet? Mana-mana je la kan. Lama sudah aku mencari satu beg, dompet, wallet yang boleh memuatkan kad pengenalan aku bersama tiga keping mykid sekali dengan plastik covernya. Jumpa pun, yeah! aku suka buat masa sekarang. Esok lusa sudah lusuh cari lain. Hahaaa. Beli, tidak cukup duit minta RM20 kat abi, abi bagi 5 kali ganda. Hah! apo laie, makcik kayo la. Tu yang terrr peplum tu.

Marila cuci mata di LoveBag LoveBag: An Online Fashion Bag Store. Anda akan dilayan sebaiknya. Sebabkan, aku booking sudah terlebih hari tapi dia tetap bertanyakan sama ada aku masih hendak atau tidak  barang yang aku order tu. Akhirnya, aku dapat.

Lagi, ini pun minta jasa abi bayarkan. Bahahaaa. Kejam punya bini. Tupperware as always. Sudah hampir kehijauan suasana dapur rumah. Suami dan anak-anakku, sila jangan bosan dengan warna hijau ini ya. Ini tempat emak berkubang hari-hari. Ngeee...

RM 480, inilah hasilnya. Meriah. 

Siapa kata surirumah tidak sempat shopping. Hahaaa, boleh je kalau mahu. Now, aku sibuk buat dairi tahun depan punya, ye buat sendiri ja, modified dairi tahun lepas. Banyak lagi kosongnya. Hijau juga. Teng-teng-teng-teng.

Nota hijau: Hijau saja-saja.

12 comments:

nad said...

Kak nad kalu pakai peplum mesti nampak gemmmss..tah bile nak kurrusss ntah haha!

Anonymous said...

online shopping ni memang buat kita ketagih tau. hari-hari rajin je nak klik. hehe :)

Rasp said...

skarang nie semuanya di hujung jari...
kat mana2 pun leh shopping kan sis hehehehehe....
u kalo pakai peplum tu comei lah sis...
body selim melim tak mcm anak 3 ok....

mamaarifakeemaisy said...

Hehe.semunya di hujung jari..lalala... takpe ada banker..hehe..

Hijau saje la cha tu.. :-)

eija_sweetmama said...

cantik peplum tu, eija pun berminat nak pakai peplum, tp peplum readymade ni kebanyakkannye size kecik, kalau nak kena la upah tailor jahit ikut ukuran kita...

Gieyana said...

cantik peplum tue..Sy suh kwn belikan but tunggu dier send out..jrg usha brg2online nih..kalau beli tupperware guna membership member..leh dpt less ag...:-)

Masya said...

semuanya dihujung jari hihihihi ... beg tgn ain hawani tu ade gak tanya pendapat hubby saje nak tukar selera.. sekali hubby kata mcm pramugari terbantut nak beli tau hahahahaha.. saboo jerlah... tak kira nak beli jugak.. sementara YES ni ...


Unknown said...

cha, beshnyaaa brg2 hijauuu aaa jatuh cintan jugak hehehe.

Iman's Umi said...

Bestnya klu x ckp duit mintak n org bg...best3....hik hik hik kita nye wallet pn dh uzur, bila nk ganti ek? ssh nk cri yg puas ati...ch@, dh 3?! Lama btl kita x berblogging klu gitu...btw, slmt datang ke dunia, Arrizqi...peluk cium dri Auntie.

ch@ said...

kakNad:
kakNad bolehla. bkn gems sgt pun.

Rara:
betulla tu. Sibuk cemana pun, eh! nak klik gak.

RASP:
betul, klik ja sampaila depan pintu.

mamIeyna:
ada banker pun kena pada2 gak kak. nnt kantoi. hijaucantik.

Eija:
rajin ke Eija nak tempah? kita saje nak pakai, cuba.

Gieyana:
uish, shopping onlinela best. cuma kalau dpt mcm yg tak serupa impi tu, nangis jg la. stkt ni blm lg.

Yana:
ha'a. kita nak cari kat luarla beg tgn tu, puas hati sikit dpt belek, nk beli kena fikir masih bw susu dan pampers anak2.

Hany:
hahaa agak dah.

ImanUmi:
skrg ni dah tak kerja so mmg orang bg je la. hahaaa. ye dah tiga askar.

sal ya said...

entah la. tak rasa pulak nak pakai peplum. wallet biasanya utk lelaki dan purse biasanya utk perempuan. tetap setia guna purse hantaran. masih elok walaupun dah masuk usianya yang ke-5 thn ni.

ch@ said...

kakSal:
hantaran tak dapat purse, sobsss!