Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semua orang tahu kitakan bersama, bila sampai waktunyaaa... eh? apahal. Haaa itu tandanya aku sudah tingtong. Kehkehkeh. Masa aku update ni kan, baru je pakai apron nak meredah dapur pula. Pakai apronla baru rasa ala-ala masterchef masak ikut time sambil layan Arrizqi hendak tidur. Adli sudah pun tidur second round lepas mandi dan Auni masih belum bangun lagi.
So sambil layan blues Arrizqi ni mikir menu tengah hari, ayam tengah rendam. Hari kedua bergelar surirumah, jadual sudah boleh disusun. Semalam memang terasa sukarnya tapi aku cuba juga sebab aku kena biasakan. Disebabkan aku tidak sempat mandi awal pagi semalam, makanya aku minta abi kejutkan awal pagi untuk aku mandi siap-siap.
Adli akan bangun masa aku bersarapan, sarapan seorang buat air secawan cukup dengan roti sebungkus. Kenyang. Sambil makan suapkan Adli sekali. Lepas sarapan, sapu lantai, kemas mainan Auni dan Adli. Kemas dengan Adli semua ruang dan jemur baju dalam mesin yang dicampak masuk sebelum tidur malam tadi. Selesai.
Sambung lagi mandikan Adli, bagi susu dia akan tidur sendiri. Arrizqi pula take turn mandi, menyusu dan melayan dia tidur sebelum aku masak tengahari. Tidak boleh terlalu ralit sangat sebab sesekali kena menjengah mereka sekalian dikuatiri kejadian yang tidak diingini berlaku. Malang tidak berbau.
Bila Auni bangun, aku sudah siap untuk landing dan pumping susu. Melayankan Auni mandi, makan, bermain sehingga Adli pula bangun untuk makan tengah hari. Dan, setel kembali susukan Arrizqi sebelum ada yang berakla, hendak itula, hendak inila.
Mujur drama kegemaran aku sudah habis episod, kalau tidak aku mengejar hendak menontonnya pula. Hahaaa. Bila ada masa free aku lipat baju, iron baju abi. Bila malas, aku tidur sahaja. Rumah tunggang langgang pun mainan budak berdua ni sahaja. Hihiii. Sekian berita.
Oh malam, malam tiada hal sangat sebab abi tapau daripada balik kerja, jika tidak pun makan apa yang ada sahajala, dia pun sibuk berdiet tu. Jaga badan katanya. Bini dia sahaja pantang nampak makanan. Bila abi balik, anak-anak sudah siap aku mandikan. Macam semalam, masing-masing ketiduran. Emak sahaja yang masih celik menguruskan dapur. Dapur tu, nampak macam tiada apa-apa, tapi sebenarnya ada sahaja yang hendak dibuat bila dah masuk.
Jam satu pagi aku masuk tidur, tertakhluk kepada mood Arrizqi. Hihiii. Auni, bagi saja kartun, Adli...bila tiada orang layan, dia tidur ja.
Mujur sofa tanggal kusyen ni sudah tiada di rumah.
Kapal penuh.
Nota hijau: Hrmmm...ok boleh handle. :) slow-slow je.
15 comments:
idup mesti terus...
gitulah bila ada anak anak kecik...
bila anak2 dah tido rasa relaks sket.. tapi kejap je kang.. sorang bangun, yg lain pun terjaga sama.. bermula lagi episod bizi tu.. kan..
Alhamdulillah...
Dh bleh adapt dgn keadaan semasa...
=)
datang lagi...kisah sedih siap ngan background lagi yagn hurmm...
yang mengalami jek memahami...alahaiii...
gud luck cha..pasti boleh punye..;)
Betul tido pukul 2,3 pagi dah biasa..masuk dapur..mesti de kerja..mula2 nieza pon kelam kabut..
sibuk sungguh si emak sorang ni.
terasa macam nak berada kat tempat cha pulak. walaaupun sibuk tapi bahagia kan ??
jage jugak kesihatan yer cha... insyaallah pandai susun jadual lame² ok... basuh baju 2 hari sekali, sapu stiap hari, mop 3 hari sekali pun dah cukup baik.. nak masak.. kenelah blander awal² bahan² nani tgl tumis jer.. hihihihihihi.....
rasa mcm pening kepala membayangkan..tapi sekali rasa bahagianya bergelumang dgn anak2 hari2x.. ^_^
In Sha Allah ch@ boleh ! ^_^
tak pe la slow2 la nanti ko leh biasakan diri dgn kerja yg tersusun ni ...
ko kan kuatkan
cikMot, Noli:
berusaha!
JassNani:
yes, btl. mmg x ddk diam.
kakNad:
mula2 je ssh, pastu ok dah.
NieyxzhaHassan:
aneh rasa. walhal masuk dpr nk mnm air je asalnya, melarat-larat.
kakNisah:
hiks. insyaALLAH akak akan lalui nya juga satu hari nnt.
Yana:
hahaaa thanks share.
kakIeyna:
hihiii... hari pertama je susah, sbb taktau jadual dorg.
Eima:
yups. hari ke tiga ke empat, aku dh ok.
Jadual yg padat....
letih rasanya
KakJue:
Masing-masing take turn mnta lyn...
Sgt letihnya...
lama2 nanti biasalah tu kan cha. mula2 tu mmg agak sukar juga nak susun jadual kan.
kakIzan:
sbb dorang bkn fixs, so tertakhluk kpd perubahan dorang la. buat je mana yg larat. abi faham ja.
Post a Comment