Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
REKOD pumping terbanyak setakat hari ke-23. Betulla ibu breastfeeding tegar berkata, buatlah stok susu sebagai persediaan naik berkerja seawal dua minggu tempoh berpantang. Hasilnya memang ummph!
Jam 3 pagi 7hb November 2012.
Hasil kembar. Terima kasih ALLAH.
SYUKUR alhamdulillah aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Sejak Arrizqi dijangkiti bilirubin, atas keputusan bersama abi aku sudah suakan botol susu berisi susu badan yang diperah. Perkenalan botol susu terlalu awal mengakibatkan Arrizqi mencari puting botol selepas direct feeding. Aku sudah buat test selama tiga hari dan memang mengikut jejak langkah abang Adli yang kuat menyusu.
KESIMPULANNYA aku hanya perah dan perah dan perah, Arrizqi minum menggunakan botol sahaja. Terima kasih Medela Swing sebab mempunyai puting botol yang serasi dengan Arrizqi. Sekarang, tegar atau tidak perjalanan breastfeeding Arrizqi adalah bergantung sepenuhnya kepada kerajinan dan semangat emak mengepam.
ABI sudahpun menawarkan S-26Gold, turun-temurun Auni dan Adli. Untuk Arrizqi yang dilahirkan hanya 2.3kg memang perlukan pertambahan berat ideal akan tetapi untuk bulan-bulan terawal ini, selagi susu badan masih ada aku menolak tawaran itu. Aku jadikan kakNad dan LeaImaan09 sebagai mentor yang berjaya men'chubby'kan anak dengan susu badan.
AKU akan tiru semangat diorang. Aku kena belajar untuk menjadi Ekslusif Pumping [EP] mummy. Sudah kucuba menyumbat dan mengajar teknik lekapan yang betul kepada Arrizqi, misi uncompleted atau gagal. At least susu perah lebih baik daripada susu formula. Susu formula pun bagus juga apa, meskipun Auni dan Adli minum brand yang paling murah, tapi cerdik pintarnya sudah cukup buat aku bangga.
SEMOGA Allah akan terus mengurniakan rezeki ini kepada aku, nanti kita share sama-sama pasal EP yerk. Setakat yang aku tahu je la.
Nota hijau: Gagal bertabah, aku rebah jua. Menangis dihari hampir pagi dek tidak ketiduran selama 2 hari. dibuat dek Arrizqi. Hijrah itu pengorbanan-eh tiba-tiba :)
13 comments:
Kak nad yg sepatutnya tabik spring kat cha ;)
Moga dipermudahkan perjalanan menyusukan arrizqi
semoga dipermudahkan urusan u nie sis....
go sis go...you can do it!
bertuah cha....moga Di beri rezeki yg berlimpah
salam Cha, first time singgah kat sini...teruskan usaha bagi ekslusif breastfeed kat baby..comey nya nama arrizqi tuuu..unik
XPE cha!! EP mother pun y penting susuIBU..
botol pun botollah janji dalam tu susu perahan ibu kan..
Alya masa kecik dulu pun struggle jugak. memang bagi susu badan thru botol. dia tiga bulan baru dia blaja mcm mana nak direct breastfeeding. lepas tu tak mau botol lagi dah.
KakNad:
tabik spring? kpd kita? why-why-why?
insyaALLAH thanks akak.
Rasp:
go-go-chayok.
KakJue:
insyaALLAH, i'll try my best.
JembalCastle:
salam perkenalan, i love arrizqi. kisahnya sungguh luarbiasa.
Lea:
betul.
Yana:
ahahaaa, sempoila kamu Yana.
KakSal:
really? tu la kita nak cuba juga bila dia dah agak besar sikit. mana tau boleh direct smula.
Chaiyok..chaiyok cha, mesti boleh punyer..hasil perahan pun sgt mmberansangkan tu..
insyaallah selagi ade usha selagi tu Allah akan bantu dear ...aku doakan ko berjaya
Eija, Eima:
Terima kasih korang. Sokongan simple mcm ni sgt dihargai. Terharu...
Tahniah to deq cha!!!
As alwayz..
Murah rezeki anak2 mu.. ;)
ibuAqil:
syukur.
Post a Comment