Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 20112012 - kod hari ini.
JADUAL seorang emak yang mempunyai anak berumur tiga tahun, satu tahun dan baru hendak habis pantang. Ruwet, rumit dan macam-macam hal sampai tahap kesakitan hati pun termasuk sekali. Dugaan yang dilalui amat menguji kesabaran yang bukan calang-calang.
SAAT badan belum pulih sepenuhnya, saat tenaga belum 100% cas penuh, saat emosi belum lagi tahan mengharungi perasaan yang pelbagai, aku berdepan dengan kerenah anak-anak yang sangat kontra perangainya antara satu sama lain. Tugas meladeni mereka tiada waktu yang betul-betul fixs. Setiap hari walaupun mereka melakukan kerja yang sama namun waktunya sentiasa sahaja berlainan menjadikan aku susah untuk mengatur masa melainkan agak-agak sahaja.
SEBELAH pagi aku akan mandi seawal yang mungkin selepas menyusukan Arrizqi. Biasanya, menjelang jam 10-11pagi mereka bertiga sudah siap berdandan. Selesai mandi memberi susu dan sarapan pagi, yang kekadang ter'skip'. Mujurnya, dalam tempoh ini mama yang sediakan hidangan. Esok balik rumah sendiri akan bersilatla aku. Memang ke laut dalamla alamatnya waktu yang dinamakan breakfast.
ARRIZQI dan Adli akan kembali tidur semula selepas jam 12tengah hari cukup untuk masa bermain, menyusu dan membuang. Aku hanya perlu melayani Auni yang sangat peningnya, orang dah petah bercakap, macam-macam yang diorder, macam-macam yang dibuat di luar kotak kawalan. Sedar-sedar dia sudah bermain keliling rumah. Adalah lega pabila dia sibuk dengan kartun walaupun dia tidak tidur sepanjang waktu siang.
SESI pumping yang kedua selepas makan tengahari sambil melayan drama demi drama yang tersaji di astro dan media prima termasuklah RTM. Kadangkala drama RTM lebih best walaupun pelakonnya yang tidak dikenali. Apabila Adli bangun mama yang lebih suka menyuap makan tengahari untuknya. Dan, aku terus bersama Arrizqi yang memang teliti menyusu setiap dua jam.
MENJELANG petang tatkala aku melayan mata, mama rajin bawa Auni dan Adli menjengah luar rumah. Panjang langkah dua orang tu berlarian dihalaman. Satu part papa akan bawa bersiar ala-ala JJCM. Habis berpeluh dan sejukkan badan aku mandikan ketiga-tiganya. Take turn. Biasanya Auni akan mandi dengan Adli bermain dalam bilik mandi. Sudah berbotol shower cream habis macam tu sahaja dek Auni mandi buih ala-ala SPA.
MENJELANG malam, keadaan rumah masih lagi meriuh, Adli sudah cekap berjalan, berlari dan memanjat. Sekarang dia sedang berusaha untuk belajar melompat pula, satu yang boleh dipelajari daripada Adli ialah, sikap tidak putus asanya. Pening juga bila dia sudah langgar waktu tidur jam 10.00 malam. Itu kalo mulala aku ikut sama naik tocang. Arrizqi baik lagi waktu ini, menjelang jam 2.00-3.00 pagi turn dia pula beroperasi. Pakej lengkap tukar pampers, menyusu, sedu, meneran, bersin dan muntah. Siap pakej hendak besar baru dia lelap itu pun jam sudah pun melepasi 5.00 pagi.
MEMANG aku mengeluh, aku letih, aku mengantuk, badan aku sakit. Huhuuu... saat ini segala pil, kapsul tenaga pun tidak dapat membantu kecuali vitamin tidur lena. Lekaslah Arrizqi besar, senang hati bila kamu seperti abang Adli. Umi boleh goyang kaki memerhati. Hiii...
AKU hendak pergi Cameron, siapa nak bawa ni. sobsss!!! I need a rest. I need a short breake.
Nota hijau: Please pray for Gaza.
11 comments:
adoi cha.. yesss.. u need ur time sometime.. amik sedikit masa dan gunakan sebaiknya..skali skala mmg kena pulihkan tenaga untuk terus berjuang menjadi ibu..jadi ibu mmg penat, xdpt dinafikan..huuuuu
bila dah anak 3 orang, situasi pun berubah ye yunk... sabarlah ye. kuatkan semangat. InsyaAllah, ganjarannya pasti ada.. Cha, chaiyok!!
Abi....!!! Tolong bawak umi g cameron! =)
ololo... pas ni utk next baby girl kena jarak sikit la... sian aku baca nye ... pttnye waktu berpantang ni kena rest habis2 ...
tak pe ch@ ko kuat ....
sabar ya umi ... alah bisa tegal biasa .
aduhai... tak tergambar camna penatnya cha... akak yg baru 2 org pun dah semput dibuatnya.. inikan plak cha yg dah ada 3.. kecik2 lak tu... semoga cha tabah dan kuat semangat melayan karenah permata hati...
Lea:
muahahaaa... uiks, boleh tak nak jwb, tak sempat.
kakNisah:
insyaALLAH smg aku ikhlas menghadapinya kak.
kakNad:
i nak pergi sesorang je kak.
Eima:
4thn ok x? hihiii...
rehat? tunggu dorg pandai jln/ isk lagi peningkan? lantaklah...
hahaaa... urat besi ni, bukan dawai.
kakYanti:
blm biasa lagi ni.
kakYatie:
ngeee... tiga kalau berjarak tu takde hal. ni mmg rapat sgt2... pasrah gila.
Anak masa kecik gini, besar2x arrizqi mmg kita rasa cepatla besar mcm abg kakak, bkn senang ber'anak' kecik..tmbh2 ada abgkakak yg tak jauh jarak umurnya.. hu..apapun semua tu lumrah, harus dilalui.. insyaallah dh besar sket arrizqi nnti senang la sikit ch@ tu.. sabar berganda ye..
selalu gak ckp camtu cepat la anak2 besar, tp bila dah besar rasa rindu pulak waktu diorang kecik2 dulu...hehe
cha lepas abis pantang ni, pujuk abi bawa g bercuti ye..
kakIeyna:
betul sgt akak cakap. kita lelah bb rapat.
eija:
tah, mungkin kita ni kurang gemar renyah jaga bdk kecik. so kita lbh suka yg boleh berdikari sikit mcm adli mcm auni.
bila anak2 dah besar mst ckp... eh, cptnya besar. tp bila timing anak2 tdo lari mmg akan buat kita penat berganda. sabar ye cha.
Post a Comment