Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kronologi kelahiran 15hb Oktober 2012.
2.00ptg - melangkah pagar di tangga dapur untuk menyediakan makan tengah hari Auni dan Adli. Plup... panas rasa baru je pergi buang air tadi.
2.10ptg - buka satu langkah tiba-tiba jatuh melebat. Sah ketuban sebab jernih seperti air lemon.
2.20ptg - cek bukaan oleh misi klinik kampung. Terdapat satu lubang kecil dengan belum ada jalan.
2.30ptg - memulakan perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Sedikit kontraksi yang sekejap ok sekejap tidak.
4.00ptg - abi tiba daripada JB dan bertukar tugas dengan papa. Cek bukaan kali kedua dan ketiga. 4cm.
4.30ptg - perbincangan antara doktor dan abi. Kes ditolak ke Hospital Sultan Ismail, JB berikutan HKT tidak akan ambil kes sejarah pembedahan.
5.15ptg - perjalanan dan pengalaman pertama menaiki ambulan ke HSIJB diekori abi dengan kereta daripada belakang.
6.05ptg - bilik saringan HSIJB cek bukaan masih 4-5cm. Stres sikit di sini sebab dah mula kontraksi yang sakit sedikit kuat.
6.15ptg - decided tolak masuk ke dewan bersalin. Stres lagi bila permintaan untuk dua biji bantal tidak dipenuhi. Disoal lagi dengan pertanyaan daripada doktor sedangkan soalan yang sama sudah sedia dijawab dibilik saringan malahan doktor di bilik saringan turut berada di bilik yang sama.
6.30ptg - decided untuk czer berikutan jantung baby sudah lemah dan bacaan kontraksi yang tidak cantik.
6.48ptg - meneran berikutan terasa hendak membuang air besar dikala para doktor sibuk menyediakan persiapan untuk emergency czer.
6.52ptg - selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.3kg. Merasa sendiri memegang bayi daripada rahim yang basah. Syurga dan syukur.
7.00ptg - semuanya berjalan lancar dan menerima 2 jahitan dan proses mengeluarkan uri selesai. Bertemu dengan abi sebelum ditolak naik ke wad.
7.15mlm - berjumpa dengan baby dan direhatkan di wad kelas dua. Sama macam PPUM. Ada kelas wad ni. Bermula episod baru dengan baby dan breastfeeding. Syukur semuanya mudah.
Banyak kisah lucu disebalik kelahiran baby rezeki ni. Ada yang mahu ketahui secara lanjut ke? hihik... aku rasa masih perlu untuk entry panjang tentang kelahiran baby rezeki ini.
InsyaAllah namanya ialah Norersyad Arrizqi bermaksud Cahaya Petunjuk Rezeki dilahirkan pada minggu 36 dan 2 hari. Peace anak Johor.
26 comments:
tula..rs mcm awl je bsalin...tp seb bek da 36w ek...huhu. kecik je baby...patut la sng kuar...leh teran sndri je..padahal doc tgh prepare nk czer.haha. mmg gamble la awk ni sya.... anywan...Tahniah ye....
Tahniah....hepy breastfeed Dan selamat berpantang.....:)
suka bau baby.....harum !!!
arghh..sweeet sejarah dan namanya.. tahniah skali lagi cha..
alhamdulillah...
melekat jugak nama tu ;)
citer lagi..nak tau!
rase cam nak peknen lagi la pulak, ahaha!
Wah!!!! dah bersalin, so fast ar????
Tahniah cha for the new bodyguard :)
sesuai namanya yg sememangnya rezki..peace yo rrizqi anak johor kita...hihihi
tahniah Cha .... comeinya baby ..tetiba terasa teringin..oh tidakkkk.
tahniah... nasib baik tak sempat czer :)
jgn peram lama2 cerita lucu tu, curios nak tahu ni :)
Alhamdulillah.... tahniah ch@.. waah anak johor kali ni, mmg sejarah ch@ melahirkan anak awal kan.. syukur selamat semua..! selamt berpantang..mmg anak rezeki ni..sesuai nama tu.. ^_^
*Tcare.. pssst nanti sms k.eina, k.eina tukar HP, no ch@ hilang sudah...huu~ tak dpt nk contest via hp..huu~ TCre~
alhamdulillah...tak sampai 2.5 kg pun ek. tak mcm adli. apa pun dah selamat bersalin tu. selamat berpantang jugak. comel bangat.
p/s: mcm mana rasa bersalin kat Hospital Sultak Ismail ek? akak dekat je dgn hospital tu. hehehe... jadi anak jhr la dia. bkn anak sungai buloh.
hehehe...tahniah cha...akak tunggu citer selanjutnya...
ALhamdullillah, Tahniah Cha..
Nyaris Czer, nasib baik berjaya jgk normal..
Sedapnye nama, maksudnya pun bagus..
Welcome Arrizqi tomey²..:)
Cha orang mane? kite pun orang kota tinggi Johor juga. Bersalin pun sama mula2 gi HKT, HKT tolak ke HSI. sm jg nak ceaser tapi kite teran2 lama2 kuar juga normal ha ha.
assalamualaikum...
panjang perjalanannya... :)
Tahniah... Cepat sambung cerita yer...
Tahniah!! sedap nama baby boy..
tahniah kak..akhirnya nk keluar normal jugak baby kan.. ;))
slamat bpntang yea..n cpt2 smbung cerita lucu tu..ain skang suka baca tntang pngalaman bsalin org..nk amik pengetahuan..hihi =)
ASkum cha,
tahniah dah selamat bersalin. comel je baby. nnt cpt update ye citer lagi. rs nk ada baby lg wpun hati ni x berape nak sedia sbb hrp 2 puteri ni skolah n pande berdikari dulu. tp xde buat perancangan keluarga. menunggu dan pasrah jika ada juga baby thun dpn.
selamat berpantang ye cha.
tahniah cha .. alhamdulillah dipermudahkan....
tak sabar nak baca entry yg lucu tu... nanti sambung tau..
tahniah cha..slmt berpantang..=)
Tahniah cha!!!!
welkam to the world baby rezki tu ;-)
pnUmmi:
hiks. kecoh sgt doktor tu. mmg sakit nak membuang. sy rasa nak terberak sgt, teran je la rupanya baby nak keluar.
AsyifaMustaffa, FiezaLiesa:
t/kasih.
Lea, Eija, AdamHawa:
hiks, nama tu blm rasmi lagi. abi kata pjg sgt.
kakNad, kakYanti:
hahaaa, pregnantla secara tidak sengaja.
Shu:
hiii, baru je ym ngn Shu hari tu kan.
kak@Eda:
kami anak Jhr.
Nur, cikMot, Syani:
hihiii, t/kasih sbb baca blog kita.
kakIeyna:
t/kasih akak. ha'a smua pun nak keluar awal.
ok nnt kita sms.
kakSal:
baby halus. slim mcm mak dia kot. hahaa.
HSIJB, erm... ok tapi byk sgt discussion, byk sgt bidan pelatih, byk ceceh pasal assisgnment. tak boleh hendak buat kata putus.
AisyahHusaini:
kita org Jhr. tapi mmg tak pnh bersalin di Jhr.
JassNani:
wa'alaikumussalam,
sbnrnya pendek je. saje buat jadi pjg.
Ain, Yana:
hiks... insyaALLAH mmg akan disambung.
SitiEbby:
wa'alaikumussalam,
t/kasih. hiks, tak apa rezeki masing2.
kakRet:
t/kasih kakRet.
tahniah cha..dulu teringat lagi kisah preegy cha ngan baby..siap pakai premium beautiful lagikan?hehe hebat sungguh baby=)tahniah k n selamat berpantang=)
tahniah Cha....bb boy..syukur slmt semuanya walaupun dlm keadaan doc nk prepare 4 emergency czer..tp dtakdirkan bsalin normal...eh mcm nk taw story details jek..hehe...
bsalin awal ko yer...36wks...hihi
Wan Nurul Hezrina:
oh, terharunya wan masih ingat. hihik... mmg btl2 rezeki tuhan hendak beri.
Zura@Iwan:
thanks Zura. ok dah story tu. mmg sejarah bersalin awal ni bnr2 terjadi.
akak copy gambar arrizqi ye
Post a Comment