Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ahaaa... dah ala-ala macam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee gamaknya. Mana butang baju melayu abang, Pah! kehkehkeh - camtu ke dialognya?
Wei, tak perasan aku esok 31hb Ogos. Aduyaiii, saraf-saraf otak semakin tidak berhubung mujur dengar radio Pagi Di Era tadi, pasal pengalaman perbarisan 31hb Ogos. Aku pernah je terlibat, masa sekolah menengah dulu, bawa bunga manggar. Glamour makcik dengan baju batik asrama.
Bila dah kerja, kompeni hantar berbaris, berjalan tengah Putrajaya tu berkilometer jauhnya bersama pakaian sponsor. Masih ada lagi baju berlambang MIMOS dan satu badan sponsor kecuali yang dalam-dalam. Kepanasan berbaris di padang jarak padang terkukur tu hanya tuhan yang tahu. Kenangan.
Jadi, malam tadi berangan nak upload gambar raya, ke ada yang dah tengok? gila privacykan? tak privacy pun, cuma gambar tu dalam memory card kamera. Yang biasa aku upload gambar dalam android ja. Tu yang lambat tu. Lagipun, gambar tak berapa nak comeyla. Macam mana pun akan ku upload juga. Aku ingat nak print-out semua gambar raya mengikut tahun.
Tahun pertama-berdua saja dengan abi, tahun kedua-sudah ada Auni, tahun ketiga-masih ada Auni, tahun keempat-sudah ada Adli, tahun kelima-bakal ada baby. Wah-wah-wah... panjang berderet gambar raya makcik nanti [berangan lagi].
Makanya tiada gambar raya lagi hari ini tapi aku gantikan dengan hadiah raya sebelum bercuti tempoh hari. Daripada mamaMikhail dan kakJue ibu Farisyah. Aku percaya, ramai yang dah kenal mereka berdua ni. Teman baik alamaya atau blogger yang paling setia dengan bloghijau. Mahu review jugakah? tak payahla kan... sebab kami membuyong sama-sama. Hahaha! akula yang tiba-tiba menyelah tu.
Ibu buyong, mama buyong dan umi buyong. Dua orang tu masuk anak kedua, sorang menanti baby boy, sorang menanti baby girl, semoga mereka berdua dan kalian semua diberikan kemudahan untuk menjalani ibadah harian. Aminnn.
Keduanya pangkat kakak kepada aku. Ahahaha... kakJue, kita mahu bangat berjumpa denganmu.
Daripada kakEida atau mamaMikhail atau mamaBuyong.
3 pasang t-shirt dan satu baju melayu untuk Adli. Tabung untuk Auni, selimut untuk babyRizqi dan kerongsang serta keychain untuk emak dorang.
[Ko kak, selagi kotak tak penuh, selagi tu la tak pergi mengepos ye. Hahaaa...Terima kasih]
Salah satu fm ini daripada kakJue atau ibuFarisyah atau ibuBuyong. Hahahaaa.
Suka sangat, semua aku hantar kampung sebab mama selalu rindu cucu. Terima kasih.
Nota hijau: Semoga rezeki kalian melimpah ruah untuk hari-hari yang mendatang, insyaALLAH. Terima kasih juga untuk komen entry semalam, sampai hendak menangis aku membacanya, korang memang supporter terbaik. One day kita gathering ramai-ramai ye.
11 comments:
sama² buyong ek ....
tak sabo nk tgu kelahiran baby baru ni ...
fm magnet tu dah lame mengidam sampai ke laaaaaaaaaa x buat² jugak huhuhuhuhu ....
Cantik FM semua tu cha..
Murah rezeki anak2 cha..
Cha!!
Selamat Hari Merdeka!!
Happy Weekend & TC yer.. ;)
sama le kite membuyungggg... nerbes nk tunggu bby baru kuor
akum cha,
jgn lupa update k. xdpt la nk join gathering, btemu mata dgn cha coz sy di Sibu, tp yg pntg jgn lupa update blog slalu.
mesti singgah blog cha wpun hny utk dgr citer auni,adli dn baby rizqi.
btul kata cha, mungkin suatu hari nanti walaupun kita keja GOV. hehehe..
hehehhe malule...
cha punye akak tak tempek lagi....
akak pun teringin nak jumpa cha....
akhirnya kita sama2 membuyung...
seronok ada geng membuyong sama2x..nanti anak2 membesar pun sama2x..
murah rezki kamo dan sahabat2 maya yg murah2 hati..Amin...
sila upload pic raya sbb nak tgk ye. plan jugak utk print semua pic raya dan susun dekat tangga rumah. blh gitu?!
Eima:
tu la wei, aku pun tak sabar. tak sabar nak berperang ngn dorang ni.
Yana:
ahahaaa, kalau kakJue tak buat entry hari tu, mmg sama jugakla Yana wei. gmbr dh siap asingkan, tapi tak send. kehkehkeh.
ibuAqil:
baru kita tahu makna sebenar rezeki anak, dan anak pembawa rezeki.
AzuraFazilDin:
tehehehe, nerbeskan? taktau mcm mana cara dia hendak keluar.
SitiEbby:
wa'alaikumussalam,
insyaALLAH. selagi ada masa dan daya, akan berupdatela bloghijau ni, mana lagi mahu kusebar kegemaran nan satu.
kakJue:
wah merah muka akak. takyah la buat entry, kita ni dah mcm jiran2 pula. tukar suka sama suka.
kakIeyna:
betul tu kak. sokong2.
kakSal:
boleh2. wah! mesti rmh dua tingkat ni. hehehe. nnt kita upload. tak brape nak comel sgt.
wah beshnye dpt hadiiah drpd kwn blogger kan..rezeki anak2..:))
nk juga join kalau buat gathering ramai2 tu..hihi
Eija:
alhamdulillah, siapa kata berblogging tiada hasil. btl x Eija?
Post a Comment