Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Fuuuhhhh... aaachooommm... jap ek, bersihkan rumah hijau ni kejap. Banyak sungguh habuk, sawang tak ada. Ekekeke, akibat banyak sangat rumah yang hendak dikemas. Kesian rumah hijau ni terbengkalai tanpa cerita dan berita.
Mari kita buat checklist nak mulakan dengan cerita apa dulu, wah bajet macam blogger hebat je. Orang tertunggu-tunggu cerita ya. Jadi, mari mulakan dengan lawatan anternatal empunya bloghijau yang pertama sebab raya kan sebulan, banyak lagi rumah kawan-kawan yang belum dapat dijengah.
Alhamdulillah, baby Rizqi sangat berkembang dengan baik, sudah pun masuk minggu ke-29 sewaktu lawatan anternatal pada hari ini. Macam biasa, abi hantar dan tinggal aku di Klinik Ibu Mengandung [KIM], PPUM. Semuanya bagaikan berulang semula, imunisasi Adli pun masih lagi berbaki. Tidak mengapa, kehadiran baby Rizqi tetap aku nanti sebagai mana Adli dan Auni dengan penuh teruja.
Pemeriksaan rutin, aku sudah bawa urine daripada rumah, tak perlu leceh-leceh hendak beratur dan basah-basah di bilik air dengan kawan-kawan lain yang sama berlaga perut. Tekanan darah juga normal. Cuma, berat aku agak di luar jangkaan, 49.2kg. Hahaaa, puas aku besarkan biji mata. Ye, memang itulah, berat di mana, Auni sudah pun dilahirkan dan berat Adli sewaktu 35 minggu. Apakah maknanya? maknanya berat aku bakal bertambah lagi dan lagi dan lagi.
Lain-lain, diminta minum air gula dan mengambil sampel darah. Ya, macam biasa sahaja berjalan dengan baik. Tidak banyak yang dibualkan sewaktu bertemu dengan doktor, mendengarkan cerita lucu disebalik kehadiran baby Rizqi tambahan pula sejarah melahirkan Adli yang tidak mempunyai sebarang masalah, lawatan anternatal menjadi semakin pendek.
Lawatan seterusnya pada 18hb September nanti. Sekali lagi perlu membuat ultrasound. Alhamdulillah, dapat tarikh yang sama.
Tapak kaki babyRizqi. I'm a boy.
1st time pakai tudung canni, hahaaa. Nampak tak comel dan gemok.
babyRizqi 29w with umi = 49.2kg.
Nota hijau: Jenuh menyusun agenda untuk dibereskan. kakNad, mamaZN need your support to becoming fully housewife.
22 comments:
salam lebaran kak ;)
lama sungguh rasanya tak knjung ziarah dsini..tuptup ad berita gmbira lah..tahniahh sis
leklok yea.. ^^,
Ok la tu masih ringan la kiranya.. Saya baru 11weeks tapi berat dah 62kg... Lagi 3kg dah sama berat masa bersalin anak sulung..
alahai, namaku di notahijau itu, hehehe...
kak nad doakan yg terbaik utk cha n famili ;)
yg penting pk abes2.. ;)
Salam Aidilfitri! Keciknya peyut dah 7 bulan :)
29w baru 49 yer? eB nih baru 27w dh 51. ha3
oh...nak dapat orang baru ye..tahniah....
Ch@ ko dah pregnant 29w = 7 bulan lebih dah ke ..... aku sebenarnya rasa cam mimpi je ni tau .....
aiii.nak benti keje ke cha..??
tak aci... beza seminggu tp perut cha comel jek.. perut akak mcm bukit.. hahahah takpe janji kita dan baby sihat kan...
askum cha,
selamat hari raya...mmg kecik pun perut, ni la prasan pregnant ye. nk fulltime housewife. bestnye....kite pun tpikir ttg itu, cuma blm tiba masa lg...
salam lebaran ..
tu kire still ringan lg tu ...
cute nye ler hai perut tu ..
wah kak jue tumpang teruja...
moga umi dan baby baik2 saja sampai bersalin...
Alhamdulillah..lega mendengarkan baby baru baik2 aje dalam tu..^_^
waaa mau jd fully house wife dah..bestnyer.. ^_^..awal2 memang kena bimbingan mereka yg lebih pro bab ni..hehe~ all the best dear! k.eina teringin sangat..tp apakan daya, belum tiba masa, mgkn itulah, masuk 3rd baby kot..hehe~
tcare ch@! ^_^
alhamdulillah baby rizqi ok² aje.. mmg rezeki namanya ...
wahh suri rumah sepenuh masa .... bgsnya... dapat besarkan ank² sendiri .. pg² takdelah lg nak harung jem pg kerja.
ain:
berita terkejut. you too take a good care.
syani:
kalau kita cecah 60kg mmg kena tkr smua seluar baju nmpknya. fuh!
kakNad:
fikir habis-habis, lps tu? hahaaa.
ibuHebat:
hihiii... montot pun rasa cam kembang je ni.
eB:
yg penting sihat eB.
lelamaisara:
thank u.
eima:
ko rasa mcm mimpi, aku ni dah tak boleh nak mimpi weih, tak sempat mimpi nak bersalin dah.
lea:
resign, jadi pengurus rmh tgga pula.
kak @eda:
takkan nak tarah lak perut akak tu. jgn sakit2la, nnt lagi berisiko.
sitiEbby:
wa'alaikumussalam.
kecik ke, puas dah pulun mkn time raya hari tu. hahaaa. tu la rasa rimas bila sarung baju kurung.
azuraFazilDin:
hihiii... takpela kecik, kita pentingkan baby grow je skrg ni.
kakJue:
u too kakak. rasa hendak sgt jmpa akak.
kakIeyna, yana:
tiada yg 3rd ni, gigihla kita kerja lagi, cari pengasuh smua. adanya yg 3rd ni, kena fikir habis2.
Awuuuuuuuuuuuuuu!!
Tapak kaki dia..
Comelnya..
Auwwwwwwwwwwwwww!!
alhamdulillah... membesar dengan sihat rizqinya.
tahniah cha..akk tumpang gembira..wahh!! besnya dpy boboy lagi..
Doa2kan akk pasni dapat boboy juga ye..da 3 gegel ni..nk kna berguru ngan cha ni? acehhh
ibuAqil:
lasak mcm abg Adli. taktau duduk diam.
kakSal:
tu la, mmg kuat dak sorang ni.
kakOrked:
ahahaha, apa? berguru. kita target yg ni pempuan, skali boboi lak, takpe le. yg ni takde ilmu pun, tidak sengaja. hahaa.
Assalamualaikum CHA , wah lama tak singgah dah mengandung anak ke tiga ya ? dah setaraf aku ni cha ..
moga cha sihat walafiat , bahagia selalu , murah rezeki dan mudah segalanya ye cha ... seronok dengar kawan2 mengandung ...
kecik sungguh perut cha..
Alhamdullillah baby rizqi sihat..:)
Bee:
wa'alaikumussalam,
thanks Bee. ko lagi hebat drpd aku. aku kena blajar drpd ko.
Eija:
hehe, kecik tapi rizqi paling smngt banding abg dgn kakak dia. moga dia sht dan mudah keluar mcm abg dia.
Post a Comment