Thursday, 19 July 2012

Tiada lagi puri bubur nasi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan malas hendak buat, tapi di request oleh bibik untuk tukar material bubur nasi Adli. Hohooo. Aku sudah mengikut langkah kakRose, eima dan cikMot. Bangun pagi buat bubur nasi. Huaaaaarrrghhh! Ngantuk makcik.

Pagi tadi hari pertama aku jerang bubur nasi, ada lagi nugget udang mentega hancur dengan labu kukus lenyek, aku bubuh dalam bubur Adli. 1st time buat bubur tanpa kisar, harap-harap Adli suka. Tidak lagi sembur menyembur.

 Bubur nasi bersama nugget udang dan labu kukus.

 Adli suka menyanyi.
Sudah besar rupanya Adli, sedar dan tidak hampir setahun umurnya. Alahai, anak umi. 

 With his baju Melayu Raya.

Nanti Adli belajar bersalam ya, kita hendak sambut Aidilfitri ni, Aidilfitri pertama untuk Adli dan baju melayu pertama juga umi sediakan untuk anak umi dengan pilihan sendiri. Puas hati umi bila dapat samakan dengan baju kurung kakak Auni. Tahun depan, kita buat satu kayu, satu warna yang sama. Hijau boleh? kehkehkeh.

Nota hijau: Rasa hendak sedekah je baju kurung Auni yang sudah tidak muat, pakainya baru sekali 2. Terima kasih juga pada kakAna sudi buatkan Auni sepasang kurung raya.

10 comments:

♥cikmOt♥ said...

comel dia senyum...

bangun pepagi masak bubur la baru kewl...heheh

eima said...

bolat nye ayi ni .... gigi pun dah byk adek alisha gigi sebatang pun tak de lagi .. kecik kenit .....

Jue said...

comelnya....dengan gigi kat bawah..senyuman kamu memang mengoda..acik juelah sayang

Masya said...

ajar salam dan cium tangan tau.. barulah dapat duit raya ... umi jangan lupe bawak beg besar hahahaha...

nad said...

makin bambam anak bujang cha ni :)
tema pepel ek?

Rasp said...

cepat cepat ajar soh cium tangan...
mesti sweet jer nanti tau masa pagi raya tu hehehehe...
bertambah lah encem berbaju melayu nanti :D

sal ya said...

dah besar ye adli. dah makan bubur nasi pun. tahun ni tahun kedua Azfar pakai baju melayu. last year gigih la buat baju melayu utk budak 3 bln. muahaha...

eija_sweetmama said...

wah sudah ada baju raya, alahai comelnye adli berbaju melayu..

gigi Adli sudah ada 4 batang di atas ye cha, Ziqry baru nak tumbuh lagi 2 batang jadi 4 batang jgk..hihi

mamaarifakeemaisy said...

yeaaa adli dh besarlah..nanti mai la raya kt bukit jalil ye.. ^_^

ch@ said...

cikMot:
kewl sgt, smpai jadi mata panda dah ni.

eima:
alisha ikut mama dia, ramping. nnt tumbuhlah eima, jgn risau. dak adli ni mcm dah terover dos mkn pun ada.

kakJue:
dak demok ni manis, tapi berkulit gelap. kehkehkeh.

yana:
kena make-sure baju smua ada poket. hahaha, oi salah niat neh.

kakNad:
nayli tu sama gak. kuat merayap. ha'a ungu, sama mcm thn lps gak. ulang blk smula.

rasp:
dah la suka bergambar. meriah dgn ketawa lebar dia tu, tayang gigi. kuat makan lak tu, haih terbayang sudah masa raya nnt.

kakSal:
wuhuuu, kita ada berangan juga hendak belajar menjahit. tapi, masih adakah mesin jahit manual? kita tkt guna elektrik tu.

eija:
tambah dua lagi on da way. takpe, gusi ziqry tu pun dah keras tu, makan apa sahaja.

kakIeyna:
rmh akak tu, dah jadi mcm rmh wajib gamaknya. kekekeke...