Tuesday, 17 July 2012

Masa gembira emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ingat perancangan tidak menjadi, rupanya cikZila sudi juga menemankan aku pergi bershopping. Syurga, terima kasih kepada abi sebab beri pelepasan dan sudi menjaga anak-anak di rumah. Siap dengan duit belanja untuk shopping raya.

So far, kena manfaatkan masa berlibur dengan sepuas-puasnya. Jam 2.30 petang Ahad dengan tidak sempat makan tengah hari aku tegar meninggalkan anak-anak bersama dengan abi. Hati gundah juga, tapi aku memang percayakan abi dalam hal menguruskan anak-anak, dia lebih pakar. Tunggu cikZila di lobi dan singgah di rumah pnNas, ours business partner. 

Perut kosong, dijamu mihoon sup sepinggan besar, langkah kanan betulla nampaknya. Sedap kemain menjilat sudu. Tidak ingat akan alergik ayam lagi time tu, bedal kasi habis. Selesai urusan, beredar dengan perut kenyang hati senang mencari arah untuk ke Sogo. Wahahaha, Sogo member card, kata abi. Tapi, kad Sogo pun tidak ada, cemana tu kan? Rupanya, kad Sogo cikZila pun tamat tempoh, ah sudah.

Aku yang memang buta jalan ni, ditanya arah oleh cikZila apalagi sesat barat entah ke mana, endingnya decided ke Sunway Pyramid terus, dia hendak tukar baju yang dibelinya semalam. Alang-alang, boleh tukar AEON Card aku di AEON Sunway Pyramid. Boleh shopping. Berhempas pulas dijalanan, sambil bercerita tentang perjalanan dan strategi business, bercerita tentang hati, bercerita tentang kehidupan, bercerita tentang kenangan-kenangan, bercerita tentang masa depan, terasa lapang hati lapang dada bila berkongsi dan akhirnya, tiba di destinasi.

Kira cekap juga kitorang ni kan, walaupun selalu meraban entah ke mana-mana. Waaaaaaahhhh!!! lamanya tidak ngedate gaya orang bujang. Hahaha, kitorang shoping di AEON sahaja, sebab tahu bila keluar daripada AEON makanya belanja akan menjadi lebih besar. 

 Hasil.

 I got two kids. Believe it.

Naik turun AEON, cari baju raya aku dan anak-anak aku, itu sahaja tujuan sebenarnya. Keh-keh-keh. Pastu, berjimba cuci mata. Posing-posing dengan kiri kanan beg plastik. Habis terbang RM-RM-RM yang abi beri, paling banyak mostly for anak-anak. Haih! dah jauh berjalan pun ingat yang di rumah lagi.

 Suka buat kerja tanpa diduga.

Bila keluar daripada AEON, jalan pun dah macam orang gila. Aku memanglah dah seperti beruk dapat bunga, keluar berlibur seorang tanpa anak-anak. CikZila pun dah terikut gaya aku, hahaha sampaikan di POPULAR kitorang buka kasut untuk mencari fail dan kertas warna. Kaki sakit pakai kasut. Lega.

Tengah bulan bershopping, memang kerja gila. Bila semua yang dalam kepala sudah dapat, kitorang boleh pergi melepak mamak pula. Ngeeee. Restoran Darussalam. Nah, lagi terasa macam bujangan, zaman memuda dahulu cuma kurang seorang, kakAzi sebelum terus balik ke rumah.

 Kawan selamanya.

Sebaik sahaja aku buka pintu, melompat kemain Auni menyambut kepulangan emaknya sebelum Adli yang baru hendak bangun dari baringnya menuju pintu. Alahaiiii, macam mana hendak tinggal lama-lama, kalau emak yang berpergian pun asyik terpandang wajah anak-anak di mana-mana. Payah.

Terima kasih juga kepada abi, sudi mengemas dan membersih rumah sewaktu ketiadaan aku. 

Nota hijau: Peluang datang hanya sekali, sayang jika tidak direbut. Terima kasih abi, terima kasih cikZila. Alhamdulillah tahun ini dapat sediakan baju raya sendiri :)

9 comments:

Yatie MS said...

jealousnya tgk dia dah siap shopping dah... dan bestnya kalau dapat kuar camtu sesekali sesekala... kalau hubby akakla... kirim salamla jawabnya.. nak kuar jugak boleh.. tp anak2 kena htr ke pengasuh... hubby masih tak berani nak jaga anak sensorang.. huhuhu...

sitiebby said...

askum cha,

best nya dapt kuar dgn kwn2. dpt release tension skjap. teringat kembali sy time kerja di KL, hari jumaat je, ukur jalan sekitar sogo, jln tar dan kwsn dkt2 tue.
tp sjk di sibu, dh xde kwn baik utk kuar jln2 pun. smua dgn hubby je. so, kalu tension ke apa. kuar sama2, tp suruh hubby jg 2 2 anak, sy menonong je jln sorg2, belek2 brg, hehehe,tu je utk gembirakan hati..maklum la sibu nie boring sikit..

Gieyana said...

syioknyaa kalau ngedate cmni..rs enjoy &xyah kejap anak2..:-)

Jue said...

wah seronok bukan main lagi bila di beri peluang shoping sendiri...
akak tak pernah mesti hubby yang temankan...dan akak tak pandai nak shoping kalau hubby akak tak ada...

Masya said...

kt enjoy .. sesekali kan... tp betullah mmg pyh nak enjoy mesti ingatkan anak kat rumah .... kt pun mcm tu jugak.. tp bwk anak pyh pulak nak memilihkan... ermmm...

sal ya said...

habis tu sebelum ni siapa sediakan baju raya? akak tiap2 tahun sediakan snediri. dapat duit je. hehehe...

eija_sweetmama said...

wah beshnye cha dah shopping raya & ada kawan baik yg sudi teman berjalan. lagi besh bila Mr. Abi yg bg duit belanja harus belanja sakan kan..

ikutkan hari sabtu lepas eija pun planning nak g Sogo, tp last minute cancel..nmpknye shopping time bulan posa la..

nad said...

dah siap la soping2 baju raya auni n adli ye?
lega sketttt =)

ch@ said...

yatieMS:
Alhamdulillah kak, abi takde masalah. dia lagi teror jaga anak2 dia banding dgn kita. tu yg dia rela tu. lagipun, kita sediakan semuanya sblm kita keluar.

sitiEbby:
wa'alaikumussalam,
awak di Sibu la sekarang ye. semua yg awak sebut tu, mmg kita pun buat juga, pantang kesiangan blk kerja harusss merayap. bila sudah beranak pinak ni, jarang dpt keluar dating ngn kawan2, biasanya abi je la yg pergi. tu yg kali ni dia bg peluang :D

gieyana:
betulla tu, cumanya terbayang wajah anak2 di mana saja kita pergi. pyh gak.

kakJue:
ehehe, kita pandai je shopping sendiri, cuma mesti kena berteman. kalau sesorang tak reti hendak pilih. kalau dgn abi, kesian dia kena tunggu kita yg kjp nak ni, kjp nak yg tu.

yana:
yippi-yippi. siap boleh masuk fitting room lagi. gelak2 dlm fitting room, tukar2 mcm2 jns baju.

kakSal:
selalunya, kita sediakan duit. mama kita yg belikan, blk2 kampung je smua dah ready, tinggal pakai.

eija:
ahaha, Sogo tu teror naik LRT je. naik kereta mmg sesat baratla jawabnya. abi pakar jln sana sbb opis dia pun kat sana.

kakNad:
lepas ni, rumah dgn kuih raya je la. mls hendak beria sgt, bkn ada org dtg rmh pun. kekeke.