Wednesday, 2 May 2012

Terapi hati lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hendak menunggu abi bawa lambat sangat, sibuk dengan BERSIH. Makanya, aku berkira-kira untuk pergi sendiri-sendiri sahaja. Terima kasih mamaLieyna aka mamaArif dan Hakeem bertanyakan khabar aku dan keluarga. Tambahan pula, si Mazerah ni hendak sangat ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Walaupun pada permulaannya aku agak down, kerana mesin ATM tidak berfungsi sepatutnya. Namun, berkat berdoa dan Maz yang menyokong kuat, dia menyuruh aku mencuba untuk sekali lagi. Syukur, aku dapat semua yang aku hajati.

Tengah hari 30 April, kawan-kawan opis pun bagaikan suam-suam kuku sahaja. Berikutan semuanya menyambung cuti sehingga 1 Mei. Aku dengan Maz mencabutkan diri untuk ke pesta Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini. Tersenyum sepanjang redahan kedai ke kedai.

Bagi mereka-mereka yang mempunyai pertalian dengan ulat buku, pesta sebegini adalah terapi terbaik untuk minda, diri dan hati. Mujur juga sudah ambil sarapan yang agak berat dan lewat. Jadi, makan tengah hari boleh dianjakkan sedikit.

Hasil redahan pada hari nan tersebut ialah, trilogi lengkap Tombiruo Ramlee Awang Murshid, dan novel-novel lain yang selalu aku intai di internet. Habis RM115 di Karangkraf sahaja. Campur yang lain-lain, aku hanya spend RM200 untuk semua yang di bawah ini ;)

Novel aku, buku Auni dan hadiah untuk yang tersayang.

Setelah kaki menggigil akibat perut yang berkeroncong, kepala pun dah naik pusing dengan suasana lampu persekitaran, kami balik. Balik opis semula sebab kereta aku ada di sana. Sempat singgah makan di uptown dan shopping baju Auni Adli di Anakku. Wakakaka. Terbang RM aku lagi, anak punya fasal.

Semua Maz yang pilih, aku memang gagal untuk memilih baju anak-anak.

Nota hijau: Alhamdulillah hajat untuk bulan Mei sudah pun tercapai :D ok, duduk diam-diam RM sudah menipis :p Terima kasih abi atas segala sokongan. I love u, tiba-tiba.

10 comments:

Masya said...

wahhh banyaknya.. buku.. untuk auni jer.. untuk auntie xde ker.. eh²kan.. tibe² pulak.. hahahahaha...

rasp said...

akak gak yg tak terjah...
cadang nak terjah 1 mei...
tapi memandangkan sapphire tak sihat...
idok ler dpt terjah...

♥SyilaSyira♥ said...

banyaknya buku cha....kita sekarang jgn kata nak baca buku..majalah pama beli pun xsempat nak baca abis...:-)

eima said...

rajin nye soppin sesorg ..klu aku la ... mmg tak pegi ngn kawan ... mesti alki penjeles .... hahahahah so klu gitu dok umah saja klu laki keja

mamaarifakeemaisy said...

amboi....ni betul ulat buku ni..bagus nye setia jd ulat buku smpai dah kahwen ni, k.eina nk curik masa tuk mjht pun ..alahaiii susah bebenor... see alasan byk tul kan..hehe..

*tgh mikir2 mana nk terbangkn RM-RM ni...ngeee.. =P.. gji bru masyuk..hee~

*mcm2 isu psl BERSIH ni kan..terkdg tpksa pekakkan telinga~hu~

ch@ said...

yana:
Auni dah pesan awal2, hendal buku colour. tu yg asyik teringat dia je. beli lima percuma 1 bayar RM5. kekeke.

rasp:
sampai minggu depanla kak. pergi gerai karangkraf byk aktiviti budak2 tu yg dpt rembat belon tu.

syila:
oh, masa dlm pantang pun sempat baca novel hari tu. hahaaa.

eima:
aku lbh suka shopping dgn kawan2. pendapat dorang sgt aku hargai sebab laki aku jenis semua terserah pada aku sedangkan aku sendiri teragak-agak nak memilih.

kak ieyna:
wah gitu, kita beli je. lepas ni tak beli dah. hahaaa. sampai habis baca baru borong lagi.
*tu la bengongkan dorang ni.

sal ya said...

cantik baju2 tu. dah lm jgk tak pergi book fair ni.

ch@ said...

kak anis:
ini bls dendam sbnrnya kak, dua thn missed tak pergi.

eija_sweetmama said...

ini mmg betul2 ulut buku & kaki novel ni, byk hasil rembatan di karangkraf.

wah besh auni & adli dapat baju baru..:D

Izan Ishak said...

wahhh.. banyak sungguh hasil borongan kat pesta buku tu ye cha. jelas plak k.izan tgk... kalaulah dekat pwtc ngan bp kan best... hehe... berangan jap!