Thursday, 17 May 2012

Kegelapan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huaargh! sakit badan. Malam tadi, semua orang tidur atas sehelai toto sahaja bersama bantal masing-masing, di ruang tamu, di hadapan tv. Kenapa? Agaknya blok A atau rumah aku terkena litar pintas menyebabkan seluruh blok kegelapan. Deretan kedai berhadapan rumah elok je. Terang berderang.

Mujur jugalah tidak berperang dengan dapur, cuma sedang elok aku masak nasi entah sempat kering atau pun tidak. Hahaaa. Mujur juga lagi sekali, abi balik awal dengan sate dan ayam goreng walaupun bukan KFC.

Aku gelihati bila abi berbual dengan Auni. 
"ni siapa buat?" sambil tunjuk lukisan pen atas kasut putihnya. Sudahlah kasut mahal. Hehe.
"Auni ukish...." pengakuan berani. Jujur. Siap gelak-gelak lagi. Dia suka betul abi balik. Abi pun ikut gelak. Tak jadi hendak marah. Kuikuikui.

Sedang elok abi belek Auni, belek Adli aku menyuruh dia pergi mandi terlebih dahulu sebab, aku hendak basuh Cloth Diapers Adli, hendak angkat baju di ampaian dan hendak mengemas baju untuk pagi esok. Banyak betul benda yang hendak di buat. Perancangan begitu terperinci.

Habis je abi mandi, plup! ho'o. Senyap sunyi. Satu bunyi pun tidak kedengaran. Gelap. Mak tolong! 

Jengah luar rumah, semuanya terang berderang. Kecuali keseluruhan blok rumah aku. Waaaaaaaa, habis semua perancangan. Misi gagal. Aku terbayang kotak lilin dalam almari baju. Kotak je besar, lilin ada dua batang. Hohooo!. Auni? dia membebel tidak sudah-sudah. Naik pening kepala.

Bila dah sunyi, gelap pula, angin pun tidak ada, apalagi... beransur tidurlah jawabnya. Adli orang pertama tewas. Dengan hanya berbaju dan berpampers dia tertidur. Lenguh tangan mak cik mengipas, letih asyik nak mengejar kipas dia tertidur. Bila Adli lelap, perut aku berbunyi-bunyi. Sate aku hidangkan. Abi pun makan sekali. Auni sibuk main dalam gelap. Mulutnya tetap tidak henti-henti membebel.

Lepas tu, aku pula lelap sebab dah tak ada apa nak dibuat. Rumah jangan dikata, memang tunggang langgang dikerjakan dek Auni. Malas. Abi tidur di lantai simen. Sejuk. Memang panas betul. Baju Adli basah habis. 

Tidak lama kemudian, aku bangun. Perut aku lapar semula. Nasi aku jengah, macam dah masak je ni tapi aku tenggek juga atas dapur, pasang api habis kecil. Jengah tudung saji, ikan goreng dan sambal belacan bersama telur asin rebus memanggil-manggil suruh aku makan. Jam 12.00am, aku makan nasi ditemani Auni. Ngeee...

Kenyang, aku buatkan Auni susu dan layan dia tidur. Sempat aku siramkan badan dia tengah-tengah pagi tu sebab membuang dan melekit peluh satu badan. Dia sibuk hendakkan tv, buka lampu dan kipas. Aku belasah je beritau semuanya rosak. 'oooo wuuucak!' faham sambil angguk-angguk tapi lepas tu tanya lagi. Grrrrrr....

Elok je dia peluk bantal, guling-guling dan lelap. Hampir jam 4pagi jugalah baru aku terasa sejuk. Angin kipas berpusing. Sempat aku ambil selimut dalam bilik sebab semuanya sudah pun tertidur atas satu toto. Lega jugalah. Aku risau frozen food Adli dalam peti.

Tengok pagi tadi belum sempat mencair ataupun sudah beku kembali. Hahahaa. Perancangan semalam disambung pada malam ini. Huhuuu. Tidak sabar hendak memakaikan Adli Cloth Diapers. Tidak sempat-sempat untuk pre-wash. Haish!

Nota hijau: Sesekali bergelap, rumah aku memang rasa hendak terbalik. Dasyat betulla Auni buat kerja. Kereta, stroller, walker, semuanya bertempiaran. Mau pening kepala aku hendak mengemas balik nanti. Huaaaaa.

13 comments:

Imaan09 said...

auni..dasatnyaa kamu! xpe cha..untuk dikenang di masa hadapan semua tu.. mmg klu xde letrik, patah tangan nak mengipas anak kecik..huh!

nad said...

auni...
tak padan dgn kemanisan dan kecomelan nye iteww..
pantang lepa ek, ada je yg dibuatnye!
bagus, bagus..! maknanya die membesar dgn jayanya, haha!

p/s: pssttt, tggu entry kul 2 karang :)

Mek Rose said...

jgn lupa prewash..nnti serapan dia tak kuat dik

eima said...

kemain auni ek .. klu fahim blackot ari tu ..diam je die ... panas kemain dlm rumah bw keluar ltk dlm keta pasang econ ..tido dlm tu sudah ....

auni dlm gelap wat keja tak takut ke die tu ..hahaha

Noli said...

ok..penat sungguh baca nih..hehe..supermak la ch@!!!!

lelamaisara said...

nakal ye auni..heeee...kemain lagi die...

Masya said...

baru² kami balik kg pun tibe² elektrik xde.. yg kesiannya amir takut sgt.. sbb x pernah rasa mcm tu.. sampai takmoo masuk dalam rumah.. nak dok luar.. sbb kat luar terang ade bulan.. pujuk² lama² masuk dalam terus tidur...

eija_sweetmama said...

kami kalau rumah blackout en suami sanggup bawa keluar rumah..hehe..

amboi oni dlaam gelap pun masih buat kerja ye..

♥SyilaSyira♥ said...

mmg sgt mencabar klo letrik xda...kita akan sgt susah ati sbb susu di dlm peti...huhuhu...semoga semuanya xberlaku...tapi mmg klo nak ngipas anak paling letih..mau tercabut tangan asanya.

sal ya said...

hahaha... anak siapalah tu. kat sini pun hari tu blackout. pukul 4.30 pg br ada elektrik. pnt kipaskan azfar. tido pakai seluar dgn pampers je la. baju nan ado sbb berpeluh bkn main lagi.

ch@ said...

lea:
kan. lps kiri kanan, kiri blk, kanan semula. smpaila smuanya hanyut.

kak nad:
very the letih nak menangani dia seorang, kadang2 sampai emaknya merajuk.

kak rose:
ha'a hendak freewash tu la, tak buat2 lagi. bingung sungguh!

eima:
lg gelap lg dia meligat. nk turun tu mls, nk kena hangkut sgl menda.

noli:
baru baca tu, blm btl tgk dpn mata, mahu boleh lelah.

lela:
tu mmg pangai dia.

yana:
auni takut gelap? kjp je takut dia, pastu dia main mcm biasa. tgk cerita hantu pun dia boleh tkt kan org.

eija:
ini, encik suami baru naik ke rumah, mls hendak turun semula.

syila:
kan, mujur puri adli smuanya ok.

kak sal:
takde elektrik payah, tapi tak seperit tiada air.

mamaarifakeemaisy said...

aduuuh tak terbyg kalau letrik takde dlm tempoh yg lama..panas nye coce skrg....aduhai...anak2 la kesian..duyaii.. kakak Auni... membebel ye..kalau arif, tak menahan la soal siasat, tak puas hati tv tak bleh bukak tu..ngee~

ch@ said...

kak ieyna:
soh arif betulkanlah. jadi juruteknik elektrikal.