Thursday, 5 April 2012

Puri brokoli one step ahead.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiii, ok update lelaju sebelum buat report. Kali ini ialah, bersiaran daripada dapur makcik hijau. Puri brokoli. Orang kata makan brokoli ni, bijak. Tidakla aku mengkajinya dan aku bedal je nak tengok anak teruna aku tu alahan atau tidak.

So sudah dua hari aku bekalkan puri brokol + sedikit bilis + puri bubur. Habis setengah tupperware macam biasa. Adli memang kuat makan, sama macam his abi kuat juga membuang.

Aku tidaklah pakar sangat memasak macam cik Mot. Dia gigih buat macam-macam menu untuk Iris dan rasanya lagi banyak makanan yang Iris sudah boleh makan. Aku mahu lihat perkembangan Adli terlebih dahulu, jika semuanya berjalan dengan lancar, aku pun mahu sumbat apa sahaja kepada Adli.

Buat masa ni, aku hanya perkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada Adli, biar dia biasa. Tidaklah jadi seperti kakaknya, hanya mahu meratah ikan atau ayam. Nasi? ikut mood. 

Puri brokoli dan stok puri bubur nasi.
  1. Cuci brokoli seperti biasa dan kukus/rebus. Aku lebih suka kukus sebab tidak gunakan air, so nutriennya masih boleh dikekalkan.
  2.  Kisar brokoli bersama sedikit air. Then, tuang dalam ice-cube tray dan sejukbekukan buat stok untuk seminggu. Orang terlebih rajin seperti aku.
  3.  Bila hendak hantar ke pengasuh, panaskan guna warmer bersama puri bubur dan sedikit ikan bilis :) Easy je.
Here we go, one step ahead for Adli. Dia sudah boleh angkat montot tinggi-tinggi-tinggi dan goyang-goyang-goyang ala SinChan. Bila dia buat, ada orang tukang sibuk, pastu gelak sama-sama. Hahahaaaa, dorang ni kannn.

 Budak garang, nanti protect kakak ya. Hihihiii.

 Jangan nangislaaa, usaha sikit lagi, tangan gerak ke depan.

 I love u sooooooooooo much ADLI.

Then, dia sudah boleh gelak sebesar-besarnya, walaupun mempunyai raut wajah yang garang. Hanya bangun jam 4.30-5.00pagi untuk menyusu, kadang-kadang jejak 6.00pagi. Masih lagi suka mengempeng walaupun sudah pun minum 180ml + sekeping biskut Milna. Huhuuuu!

Pantang nampak mak dia, dia akan lompat-lompat kesukaan dan lekas sahaja menoleh bila namanya disebut. Huwiii! Suka-suka-suka. Pasrah dan tabah sahaja bila dibuli kakak Auni. Paling-paling mencebik muka seperti mahu nangis. Ekekeke.

Umi proud with you Adli.

Nota hijau: Minum milo anda jadi kuat dan sihat. Hahahahaaaaa.

16 comments:

Gieyana said...

Mmg rajin uols..dh makin besar bb..:)

Izan Ishak said...

suka tgk pic adli yg gelak besar tu! ceria sungguh dia ye... buat k.izan yg tgk pun bersemangat aje pagi2 ni.

amalza abdullah said...

umii..."ayie kan tough guy" aluu r letak gmbr nangis2 nieh

♥cikmOt♥ said...

rajinnya umi adli...leh wat bakal besan ni...lalla

TS said...

comeynyeee Adli...
rajin ummi die.. :)

Nisah Idham said...

wah brokoli, warna feberet umi adli.. khasiat brokoli pon bagus jugak.. semoga adli membesar dgn sihat ye :)

Mek Rose said...

akak lom cube lagi bronkoli..stakat ni cube sweet peas n carrot je..then kentang hoho aishah pon suke makan..:-)

nad said...

cha.

kalu wat puri cam bubur n brokoli ni kan, bleh tahan bape lama ek?
dalam seminggu ok tak rase2 nya?

pastu kalu cam puri brokoli tu
amik 1 cube jek,
campur dlm bubur ek?
ke amik sket2?
kalu 1 cube bubur jadik ijo la kan?
ke 1 cube tu bleh guna utk 3x sesi makan2 dlm sehari?

sori ek byk tnye
makcik kene byk blaja ni, huhu!
malu tnye kang sesat jalan! :)

Unknown said...

rajin nya ummi dia wat puri tu,mesti best kan tmbh lagi berkhasiat ehehehe...umi suka tgk dia cenyum (",)

Jue said...

memnag rajin umi nie...
anak pun makin lama makin ..bambam...

jaja_NorLiza said...

rajinnya umi adli nih...saya x penah pun wat stok mknan tuk anak saya..byk nk kena belajar ni....

mamaarifakeemaisy said...

kena jd rajin bila beranak kecik lg kan..hehe~

wohoo adli boleh jd pelindung terbaik tuk kakakOni..tgk muka la..hehe~ comel~

Masya said...

semoga adli membesar bagai juara berkat usaha ummi dia menyediakan makanan berkhasiat macam ni...

ch@ said...

gieyana, ieyla, kak jue:
seronok, mahu mula tu malas tapi bila dah buat, rasa nak buat lagi, nak buat lagi.

kak izan:
terapi tu kak.

alza abdullah:
hahahaaaa, asyik letak gambar ceria je, letak gmbr nangis pulak.

cik mot:
wah! kita tak reti masak la kak.masuk dapur pun lepas kawen.

kak nisah:
yezza tu yg suka tu.

kak rose:
kita nak ajar dia makan nasi dulu kak, lepas ni barula kentang ke, keledek ke, keladi ke, eh???

kak nad:
dah ada jawapan khas buat akak :)

sweet umi:
anak, time senyum tidak meragam mmg semua orang suka, bila sudah meragam emak je la yg suka biasanya.

jaja norliza:
masa anak 1st sy pun tak buat. so, 2nd ni, sy bf dia, sy buat solidfood dia, rupanya semuanya senang.

kak ieyna:
betulll. automatik kena jadi rajin.

yana:
aminnn. terima kasih yana doakan sy.

puanstoberi said...

Aaa....akak smpai skang tak sker brokoli.. huhu :D

ch@ said...

kekda:
kita pun sama. kita panggil sayur org kaya. hahaaaa.