Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Eheh, paling banyak aku buat, sekali gus. Lenguh usah dikata, membuatkan aku membeli tapis besi yang besar supaya proses memuri menjadi lebih mudah. Target menu Adli kali ini ialah:
Puri bubur+puri brokoli+puri lobak+ikan bilis berserta pencuci mulut puri labu dan puri kentang. Wohohooo. Lets puree party. Uhlalaaa.
Kentang, Labu, Brokoli dan Lobak. Sungguh menawan warnanya.
Bila dia hilang dari pandangan mata, rupa-rupanya dia mengejar botol susu sehingga bawah katil membawa kepada, botol susu ditinggal bola oren kakak Auni pula di bawa keluar. Terima kasih Adli tolong umi kemas bawah katil tu. Habis baju berdaki.
Masih mencuba untuk merangkak. Eksyen je ni, angkat badan je boleh. Pemilik solid-food tegar mak dia.
Aku tidak pasti sama ada boleh atau tidak mencampurkan dua puri sekaligus untuk disejukbekukan seperti di atas tu, aku belasah je. Perhati juga kalau-kalau Adli aku tidak ok dengannya, so far dia ok sahaja. Kerana aku campurkan 2 kaliganda puri bubur bersama sedikit ikan bilis kisar halus.
Puri labu, pertama kali aku beli labu weih. Hahaa. Mahu nangis bila hendak mengupas kulitnya. Menyesal juga sebab bolayan tawaran penjaga timbang pasar tu untuk memotong siap-siap. Berjenis pisau aku guna. Agaknya kalau abi tengok, mahu dia gelakkan aku.
Gigih terus gigih, puri labu harus jadi. So far, berkat usaha. Hingga ke titisan terakhir buatannya. Aku kukuskan semua sayur-sayuran di atas. Adli jadi vegi. Kekekeke. Puri labu memang sangat cantik. Puri brokoli [hijau], puri lobak [oren], puri kentang [creamy] dan puri labu [kuning coklat menawan]. Sampaikan Auni pun 'hrmmmm dapnya umi, anteknyaaaa' bila aku sua, tidak mahu pula. Isk-isk-isk.
Aku sempat post status di FB, masing-masing mengatakan aku sungguh rajin. Sungguh, aku tidak mahu ulang cara pemakanan kakak Auni, payah gila mahu makan nasi, bila tang sayur jadi macam mak dia, bersusun tepi pinggan. Rata-rata ramai juga yang tidak tahu solid-food ini boleh disejukbekukan, dan pada aku, aku suka sangat untuk berkongsi apa yang telah aku pelajari.
Bak kata orang sharing is caring. Kita semua mahu the best untuk anak. Semoga membesar dengan air tangan emak. Satu hari nanti, dalam biodata anak-anak sudah pasti, makanan kegemaran ialah masakan emak walaupun hakikatnya emak bukanlah chef terkenal seperti aku. Muahahahaaa.
Nota hijau: Jangan jual mahal sangat bila orang buat tawaran yang baik untuk diri kita. Hahaaa. Terover panjang pula entry ni. Ganti semalam punya sekali.
19 comments:
kene kreatif urk kebaikan anak ye..:)
waah mkin mant0ps la adli nnti...best2x..
betul la ch@, anak ptma, ilmu kurang sket, time anak ke2, boleh buat yg lebih baik utk anak..insyaallah...
erm akak setuju..
air tangan emak sangat dahsyat~~ walopun akak dh tua mcm ni.. kalo org tanye, makanan ape yg sedap akak dgn bangganya akan jawab "masakan emak" even mak masak ikan goreng dgn kicap pon sodapppp!! semoga Adli akan mengingati kehangatan air tangan uminya :)
mmg pun. sama macam anak akak. yg sulung. susah nak makan nasi. tp sekali makan banyak pulak. faorite dia mee la sama macam abahnya. tp kalau anak jenis pemakan, sumbat apa pun dia makan jugak macam Kak Ngah dgn Azfar.
memang rajin...tak sabar nak buat puri hasil didikan umi cha...
farisyah dulu akak buat hari2....tak tahu pun boleh dibekukan....
dapnyerrrrr...mkn byk2 Adli yer..lagi bambam..makin kurus umi kamu nnt..hehe;)
aku gigih ke dapur tp masak puri bagai je la kat alisha ...utk fahim ngan abah kite mkn luar ye .. hehehe
ni lagi sorang sumber inspirasi saya selain kak izan cikmot..
cha, dragon fruit bleh gak buat puri kan? hehhee...saje je tnye, sbb kaler die cantek =p
azzey:
setuju. berfikir menu sampai pening.
kak ieyna:
belajar drpd yg pertama. smg terus besar dgn sht.
kak nisah:
kita pun sama, rasa mcm mahu duduk dgn mama dan mama masak.
kak anis:
auni mkn, tapi biskut, mi, roti, buah2an, nasi tak laju sgt.
kak jue:
masa auni kita tak buat langsung. sebab mmg total tak pandai.
noli:
awak, kita rindu awak. kurus? huaaaaa. nnt tak larat nak pangku dia.
eima:
tehehehe, kita serupa. auni makan apa yg aku makan. biasanya aku belikan dia roti/mi/roti canai. sebab bila aku nak ambil drpd bby sitter, mesti dia tgh mkn.
kak nad:
sumber inspirasi? thanks kak, menu kita ni simple je. kak izan lebih pakar.
masakan ibu mmg terbaik kan cha. moga adli akan terus membesar bagai juara.
tang kupas labu labu tu..k.izan pun surrender juga!
sekarang semua mudah kan..msa zaman asya dulu, xde lg mde2 ni... mybe x tkenal lg..
sedapnyaaaa... hehehe.. kita tgk neh pon da terliur..
suke tgk puri² cha buat meriah.. dulu x pernah buat pun xtahu... dulu amir makan bubur nasi dengan bilis jer.. blander.. tp betullah cha.. memang nasi kene ajar makan dulu.. sy percaya.. sbb tulah amir sampai sekarang pun suke makan nasi.. walaupun sehari sekali jer.. kecuali lauk ayam masak kicap.. pagi, tghari, ptg, malam pun sanggup mkn berulang²...
bertuah adli hari2 makan air tgn umi dia,
eija mmg x terbuat la puri ni semua,
nasib baik Ziqry semua benda dia makan,
selalunya eija akan buat bubur nasi jerk, itu pun hari cuti..
hari bekerja eija bekalkan nestum jerk kat umah MIL..
slalu nampak org arab suap bende ni...kat anak2 baru tahu pebende.rasanya bende yg sama la kot.
salam singgan n follow sini
dr
http://afasz.blogspot.com
kak izan:
insyaALLAH, rasanya mmg dia lbh rapat dgn mak dia banding abi. tapi dia mmg peramah je ngn org lain pun. uiii, rasa mcm mahu nangis kak masa kupas tu. melecet tgn.
lyafrina:
masa auni pun kita taktahu lya. terfikir pun sebab buat stock susu adli, then why not frozenkan puri. sdgkan mknn kita tak habis pun, kita still boleh ulangmakan smula. pastu search, barulah teruja.
siribenmerah:
hahahaaa. paling sedap perisa labu.
yana:
suka sebab warnanya kan? bila dah buat, confirm lagi yana suka. masa auni kita beri nestum je. senang. pastu, merasalah tak mahu mkn nasi sgt.
eija:
takpe eija, janji dia hendak mkn. kita risau dia jadi mcm auni juga, tu yg ajar mkn nasi awal.
kreatif cha dari penghasilan kerja sampai ke puri anak...sukanya tgk warna-warni tu...
cik farizam:
ada ye.
syila:
hahaaa. puri tu makanan la yg oi.
Info yang bagus untuk persediaan Mybaby solid food :)
Post a Comment