Friday, 13 April 2012

Hooorey!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam ini balik Johor. Hihiiiii. Sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah keluarga. Khabarnya, kawan-kawan sekolah mahu mengadakan perjumpaan semula. Seronoknyaaa.

Aku mc hari ni, kerana apa? biasalah Auni dah jangkitkan HFMD pada aku pula. Naik bintik-bintik kecil warna merah dan berair di tangan. Adli tidak kena, aku pula yang kena sampai kena gelak dengan doktor. Dah tua pun kena HMFD. Mana aku tahu, Auni dah terlebih ambil antibodi aku.

Aku harap Adli tidak kenalah, doktor kata tak apa kalau aku teruskan breastfeeding, tapiii abi tak bagi. Aku pun sudah konfius ni. Apa aku buat, aku perah je la susu tu buat perhiasan. Huhuuu! Rasanya, aku beri je pada Adli nanti, susu ibukan ada antibodinya tersendiri. Aku menanti juga kalau-kalau mamat tu demam sebab injek dua belah kaki hari tu, semuanya masih ok. Means, susu ibu memang mujarablah.

Jadi, kesempatan ini aku [ceh macam ucapan raya pula] hahaaa, aku saje je mahu tayang resepi puri kentang dan puri pear. Tidak sudah-sudah omak Adli ni dengan resepi puri. Abi pun sokong aku buat puri ni lepas aku kata, 'mahu ajar Adli makan nasi, kalau tidak jadi macam Auni, tidak suka nasi' lagipun aku ada terbaca satu artikel, kita orang Malaysia makanan ruji ialah nasi, jadi perkenalkanlah nasi pada makanan pertama bayi. 

Adli with his smile.

Auni with her pose.


Sebab tu la, orang dulu-dulu letak air kanji dalam susu. Air sementara nasi mendidih tu... manalah aku nak cari air kanji kalau masak guna periuk lektrik, mau kena renjatan. Masak nasi guna periuk atas dapur? erk, aku memang tak pandai. Hahaaa.

Puri kentang dan puri pear Adli.
  1. Kupas kulit kentang dan pear, cuci sehingga yakin bersih. Potong comel-comel ikut suka hati.
  2. Kukus. [sejak ada pengukus ni kan. Memang rajin lain macam]
  3. Kisar kentang dan pear secara berasingan, biar sejuk seketika. Guna air yang sedikit.
  4. Masukkan dalam dulang kiub ais. Sejukbekukan seperti biasa.
Puri bubur nasi + puri kentang + ikan bilis halus = tidak sedap. Hahaaa. Tekak mak Adli. tekak Adli ok je.
Puri bubur nasi + puri kentang + puri pear = sedap-sedap-sedap.



Aku hendak beli lagi dulang kiub ais brand Giant tu. Bolehla aku buat puri ikan, puri ayam pula lepas ni. Cik Mot, jangan lupa share resepi Iris ok. Hehehehe.

Nota hijau: Alhamdulillah, Auni sudah sihat. Adli pun semakin cergas. Terima kasih mendoakan mereka.

11 comments:

Jue said...

selamat bercuti di kampung..
sama kak jue pun tak pandai masak nasi atas dapur..huhuhu..

moga auni cepat sembuh ..serta maknya sekali....

adli moga membesar dengan kuat dan cergas

Masya said...

alhamdulillahhh auni dah sihat sikitt.. berjangkit kat mak dia pulak yer.. harap bam bam adli tak kena.. adli kan kuat.......

nak balik kampung yer.. semoga perjalanan berjalan lancar, horeyyyy kt pun same nak blk kg juga.. padehal.. kg xdelah jauh mane pun.. x lepas tol pun hihihihi

sal ya said...

makin debab la si adli tu nnt sbb umi rajin buat puri.

yantisa said...

rajinnya mak depa buat puri ... semoga auni cepat sihat . Selamat Balik Kampung .

eima said...

jap lagi nk baca simpan dulu sbb dok kalut2 ni ... hehehe

eima said...

sama resepi ngan alisha...
alisha suka mkn labu .....

eija_sweetmama said...

alhamdullillah auni dah sihat tp uminya pulak yg x sihat..siannye..Moga cha dapat tempuhinya dgn sabar dan moga cepat sembuh..

Wah srnok dapat balik kg ..
Moga selamat pergi & balik..
Happy Weekend dear:)

mamaarifakeemaisy said...

eheh..boleh plak berjangkit =P

Alhamdulillah sihat anak2 ..

waaah kak eina lak jd tak sabar nengok puri2 comel ni..hehe..nak gak la cari bekas kiub ni..giant dgt jer..lalala..hee~ tp hakeem lmbt lg la..huu~

nad said...

1. cha, ice cube tray tu kene yg bertutup ke cha?

2. kg kt johor ek? area mana?

3. selamat balik kg..hati2 di jalan raya, take care!

4. moga cepat sembuh!

Ibu Aqmar said...

wah cam sedap je...dh try gak yg letak ikan bilis tu..cam tak laku je..huhu

tag kamu join ni http://www.akmarwati.com/2012/04/win-coach-wristlets-at-babyibu_15.html

ch@ said...

kak jue:
kita serupa. tapi abi pandai masak nasi atas dapur.

yana:
auni mmg, lepas dia sakit harus mak dia pula kena. mmg confirm. hope adli tak kenalah.

kak anis:
adli makin cergas. sebab tu kena byk kasi makan.

kak yanti:
ahaha, bila dah buat skali rasa nak buat berkali-kali. bila tak buat rasa ganjil pula.

eima:
aku blm cuba dgn labu lagi. thanks bg aku idea.

eija:
thanks eija. alhamdulillah, sakit emak takpe, emak maintain je.

kak ieyna:
ahahahaa... hakeem dah start formula kan? apa yg kita baca, baby mnm formula ni boleh beri mkn seawal 5 bulan.

kak nad:
1-iya kak, ice cube mmg kena tutup.
2-kota tinggi, johor.
3-t/kasih kak nad.
4-insyaALLAH.

akmafaizal:
oh, ni mesti memilih ni. cubalah buah2an pula. tapi mmg tak sedap sgt pun, tekak baby kan baru nak belajar, kalau boleh bg ulam dan sumbat dah.