Friday, 30 March 2012

Teman menangis setia saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, aku sendiri tidak tahu firasat apakah yang dia guna pakai. Aku tidak tahu aura apakah yang dia guna  sehinggakan, setiap kali teman opis aku ada agenda tersendiri, pada masa yang sama dia menyerah diri untuk keluar bersama dengan aku.

Serius, seringkali berlaku. Pada hari semalam, kami bertemu. Makan di kedai pertama nampak dek mata sebab masing-masing tidak tahu untuk menjamu tekak di restoran mana satu. One Utama Shopping Centre memang susah untuk buat pilihan.

Bila malas berjalan, redah sahaja Kluang Station. Kedai makan pertama mengikut langkah kaki. Sambil menunggu pesanan, macam biasa kami bertukar cerita. Gelak ketawa macam biasa. Haruslah kisah gembira dan terkini. Gelak-gelak.

Apabila makanan terhidang, punggung bagaikan berat untuk meninggalkan kerusi Kluang Station, akhirnya tiba giliran aku bercerita. Aku, bila aku menangis, usahlah ditanya mengapa, itu akan membuat air mata ni terus tak berhenti untuk turun. Tunggu dulu, kerana aku sendiri akan buka cerita selepas aku reda dari menangis. 

Auni rindu abi. Teman yang buat aku menangis.

Aku sangat tersentuh hati saat bercerita tentang Auni. Setiap derap kaki orang lalu, disangkanya abi, setiap lelaki yang berselisih dia telek daripada atas sampai bawah, "abi je [abi kerja]" katanya, bila baring guna bantal dan selimut abi "ni abi nyer". Argh! Auni rindukan abi. Menaip ni pun aku menangis. Haih!

Ye, aku menangis dihadapan dia, berhelai tisu, sakit kepala cover air mata, tumpah juga. Akhirnya, kami sama-sama menangis. That's it. Terimbau kenangan, aku dengan dia menangis bersama ketika menonton satu drama televisyen, tengah malam menjengah mata masih melekat di peti televisyen.

"argghhh! sedih cerita ni" aku memang suka cover air mata. Hati kering la konon. KONON!

"awak nangis ke wak?" dia bertanya menjengah muka aku dalam gelap.

"sedih dow" aku lagi sambil kesat air mata dengan lengan baju. Kantoi.

"saya pun nangis wak" sama-sama mengesat air mata. Adoiii, touching.

Banyak kali aku cerita tentang dia dalam bloghijau ini. Perkenalan dimulakan oleh aku di perhentian bas membawa aku mengenali hampir kesemua tentang kesukaan dirinya, kelukaan hatinya, kekecewaan dirinya, kejayaan dirinya, kepayahan perjalanan hidupnya, persekitarannya, everything about her. 

Macam itu juga dia, all about me. She knows. Dalam kocek dia. Kisah cinta aku, kisah hidup aku. Bila aku dengan dia bercerita, kami tidak lupa untuk selitkan kak Azi. Argh! kak Azi is the same. Makcik tu pendiam, memerhati, hati kering, orang menangis muka dia selamba. Kena clash guna sms pun dia boleh senyum.


Gambar fail: FB

 Gambar fail: FB kak Azi.

Rahsia hati, memang tidak siapa tahu. Tiada teropong khas untuk mengetahuinya. Melainkan sama-sama duduk sebumbung, makan sepinggan dan tidur bertilamkan toto yang sama. Hati seorang perempuan, semuanya sama walaupun berbeza fizikal, personaliti dan identiti.

She is my bestfren ever, Norazilah binti Razak atau cik Zila atau Puteri Amna Balqis dan Hazirah Hasan aka kak Azi. Terima kasih menjadi sahabat air mata dan ketawa saya. Dulu, kini dan selamanya. Saya berharap kawan-kawan saya sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT, insyaALLAH. Kak Azi, kita rindu awak. 

Nota hijau: Teman ketawa senang dicari, teman menangis sama-sama aku baru jumpa seorang ini. Blues hari Jumaat. Abi balik hari ini setelah tiga hari di Johor Bahru. Sedih bila orang mengata tentang tugas abi. Pasrah! 

11 comments:

mamaarifakeemaisy said...

huu~ tumpang sedih sama..Alhamdulillah..ch@ msh ada teman akrab yg boleh menangis bersama..susah nak jumpa kan..hargai dan bersyukurlah~

jgn sedih2 sgt k...tabah~ huu~

Jue said...

alahai...cha buat kak jue mengis pagi nie...semalam pun duk ingat kat auni..kesian auni...rindu kat abi dia...
apa2pun kak jue bangga dengan cha sebab mampu jaga anak2 sepanjang abi takde dan tak info mana nak pergi..

"makcik hubby kak jue pun sama ..anak 3 suami dia pun sama macm suami cha (polis gerak khas)....tetiba je tak balik umah..ada kes sulit n tempat rahsia...susah payah anak2 semua dengan dia..anak2 pun kecik lagi tapi dah sekolah rendahlah....memnag tabah gila-memang kak jue bangga dengan korang"........

Imaan09 said...

makasih cha buat entry ini..buat saya lebih menghargai kawan2 lama..y penah jugak jadi teman suka duka..

Masya said...

ssh nak jumpe kwn yg boleh fahami kt dan menangis bersama² kt...

nad said...

hargai kawan suka duka cha tu
takmo la die jek dgr kesah kite
sesekali jadi telinga dan bahu utk die jugak

cam saya takde kawan suka dan duka
kawan bersuka ramai
kawan berduka sorg pun takde

cha kire bertuah

p/s : moga terus tabah dlm kehidupan, sis! :)

Puteri Amna Balqies said...

Assalammulaikum wbt

Buat sahabat ku syasya,si pokok hijau ^__^
Ku sentiasa bersama mu
Thanks for this entry
Touching aku weii =(

Sama2 sedih,bila saya sedih
awk pun sedih,bila saya cite pasal
idup saya awk sentiasa kat sebelah
mendengar cite2 saya.

Saya memang slalu lemah,slalu kena buli,bab kawan2 ngan laki nih slalu failed sebab saya tak pandai nak berkawan sbnrnya..last2 saya kenal buli dan kena tinggal
huhu malang!! tu je yg bole kate.Awk ngan kak azie slalu protect mcm power rangers hehe

bila xde awk ngan kak azie
jadi terumbang-ambing
bercinta sume punah
hati sakit,air mata apatah lagi
berjurai2 mcm hujan..

Saya tak sekuat awk
setabahnya hati awak
sakit awk pendam,slalu wat2 mcm takde pe yg jadi padahal nangis dalam toilet berbaldi agaknya air mate bole tadah..haha saya ngan kak azie slalu ngumpat awk bila nampak mata awk merah.sebab kami faham mesti ade yang pedih dlm hati yang nak dkongsi dalam toilet tu.Pastu baru kami hehe ^__^.

Kunun2 mcm tahan airmta tapi bila saya tanya.terus kuar banjir
Ya! ni la kawan baik saya, daH kawin pun still mcm nih rupernya..

Be strong! ummi, pe2 pun terjadi ini pilihan awk dan qada dan qadar yang Allah berikan pada awk dan tak lupa juga buat saya,kadang2 kita tak harapkan orang balas jasa kita tapi,kita nak orang sayang kita ingat kita dalam hati dia.pandangla kita walaupun kita ni tak la seberapa sempurna.kan awk??atleast kita dah berkorban untuk dia.Tapi bila dah tak nak buang kita camtu je (touching) sob..sob..sob..

Tapi kita sentiasa "update" diri kita cuba jadi yang terbaik di mata dia.Ya!! kita dah usaha sedaya kita,tak mengalah juga dan tak jemu2 tunggu.

Ape pun saya tetap kawan awk dunia akhirat, anak2 awak anak saya juga..hehe SAYA SAYAG AWK NGAN KAK AZIE SGT2 KERANA ALLAH.

Doakan saya dapat suami soleh yer!! ngeh..ngeh ^__^ tak soleh baik pun sudahla.Yang penting tak buli saya je..sayang saya dan jadi husband yang paling baik dlm idup saya..uwahh!! AMEEN..AMEEN..

Jangan sedih2 tau, saya sentiasa pinjamkan bahu saya nih utk awk!!


Sekian,


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

puanstoberi said...

Cha,
tabah yer..pedulikan apa org kata. Dan bersyukur juga kerana ada rakan yg sudi berkongsi 'bahu'.

Apa pun.. Cha mmg kuat.. salam peluk cium utk Auni n adli :D

LYAfrina said...

syukur..sekurangnya..ada sahabat y sentiasa bsama disaat kt susah n sng.btllah..dlm sejuta..mungkin hnya ada seorg sahabat y btl2 jujur..ikhlas n y setia bsama kita n x pnah bsan utk mdgr cerita kt...

sal ya said...

bukan senang nak cari akwan menangis kan? huhuhu... siapa ayng mengata tugas abi tu? biarkan la sebab cha lagi tahu. mulut orang ni biasa la. dah tak ada benda nak cakap, mengata la orang lain pulak.

ch@ said...

kak ieyna, kekda, kak anis:
kadang2 kita rasa down sgt-sgt-sgt walaupun luar nmpk strong.

kak jue:
hahaaa terima kasih kak, supporter terbaik hijaucantik. i need it.

leaimaan09:
sama2 kembali.

yana, lyafrina:
:) itulah kehidupan.

kak nad:
insyaALLAH. kita mmg menjaga sgt persahabatan ini.

cik zila:
aminnn. buat lagi sedih ni. waaaaa...

Salina@IbuAqil said...

Nangis jap!!!
Sob!! Sob!! Sob!!
~mood kelaut hari ni dik..~