Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bagi merealisasikan impian untuk kembali breastfeeding tegar, ahaks. Gigih mak Aie ni ber'power pumping' satu teknik merangsang pengeluaran susu secara efektif. Dilakukan selama satu jam setiap hari selama satu minggu hingga dua minggu.
Thanks Oni, temankan emakmu ini. Ya Tuhan,rambutmu Oni, fesyen apa ni?
Misi bermula pada 4hb Feb. yang lepas jam 1.30pg-2.30pg sambil melayan Personal Taste di Tonton dengan ditemani my anak dara Oniii. 10 minit breast kanan tukar pula breast kiri 10 minit juga selama satu jam. Hasil untuk hari pertama 3oz's, so far so good.
Love it.
Hari kedua pada 5hb Feb. jam 10.30mlm-11.30mlm, agak awal sedikit kerana takut Aie bangun. Hahaaa, boleh camtu ek? power pumping masa Aie tidur syok sikit. Tenang je. Hasilnya meningkat 4oz's.
Kena cover balik semula macam ni. Huaaaaaaaaa...
Pada pagi tadi jam 4.30pg-5.30pg, hasilnya agak memberangsangkan 4oz's lebih hampir sahaja jejak ke angka 5 sebelum mendengar tangisan Aie. Huuuuuu, kacau. Memang tak boleh buat jam 4.30pg dan kesiang.
Sedihnya apabila, sebaik sahaja aku keluar bilik untuk menyambung sesi mengepam, alangkah terkuzatnya melihatkan Medela Swing terlungkup atas lantai bersama botol susu yang tinggal 1 oz's. Maaaaaaaaaakkkk.
Padanla Oni kemain kepoh melaporkan kejadian Medela Swing terjun daripada meja bersama-sama hasil tenusu yang belum diuruskan untuk penyimpanan. Sob-sob-sob sedih wei-sedih belum masuk pilu lagi.
So far hasil kekerapan mengepam dan kekerapan Aie minum, aku agak berjaya menyimpan 6 Bumble Bee berisi 4-5oz's. Siap campur 2 Double Zip Autumz Pack, gara-gara tidak kecukupan Bumble Bee. Satu tinggal rumah mama, 2 biji lagi tinggal kat opis. Bagus sungguh.
Dak Aie yang belum reti meniarap gigih mengejar coco crunch Oni. Ubi rebus-ubi rebus [merujuk tangan Aie]
Kira ok la tu kan? kena lebih gigih lagi sebab Aie ni dah mula buat gaya-gaya nak makan, bila tengok orang makan, belum masuk lagi part dia pusing 360 darjah mengejarkan Coco Crunch si Oni, tambah-tambah dah berjaya menyumbat dua biji penumbuk sendiri dalam mulut ke tahap air liur meleleh membasahi baju. Aie-Aie...
Nasib baik Aie ni, pulun semua benda. Bak kata kak Ana, mamat ni tolak batu dengan kayu je. Serupa macam Oni.
Nota hijau: Semoga aku diberikan rezeki yang melimpah ruah untuk Aie. Tidak ada apa yang mustahil. Tiba-tiba skema. Sekian sahaja berita perjalanan seorang emak yang tak berapa nak breastfeeding tiba-tiba bersemangat waja mahu memulakan semula perjalanan breastfeedingnya. Aminnn.
10 comments:
try test ubi rebus..sudah empuk kah??nyummmm
happy breastfeeding kak,.eh boleh ke wish mcm ni??hahaha
haha,.gile la tgn aie dikatanya mcm ubi remus,.meh sini nak gigit,.hahahaha
Amin, insyaallah cha yg penting mmg kena sabar serta usaha lebih & selebihnya tawakal.tgk pd semangat cha ni mmg bole jd bf tegar pnye.
mak aihh mmg geram sungguh tgk lengan aie tu berketul2.
mmg tension bila susu dah siap pam tapi tertumpah pulak. aie mmg budak debab. montel je. lambat la boleh bergerak dgn badan macam tu. hehehe...
chaiyok² usaha keras lagi.. klu nak hasil bf yg baik jgn minum ais batu hihihihi... memang hasilnya lumayan.. saya pun baru tau... lagipun mmg jimat klu jadi bf tegar ni..
alahai, phm camner perasaannyer. u kurang mkn ke?
byk mkn sayur2 @ buah2 yg berair :)
insya'allah cha..
murah rezeki si Aie tu.. ;)
uishhhhhh!! tgk lengan si Aie malu akak cha..
lengan akak kecik dr Aie..
sekali karate patah tulang temulang ku ini..
akak x smpt nk baca cerpen cha lg..
tgh nak abehkn 1 novel ni dlu.. ;p
nanti dah baca ai gtau erk feeling dia.. ;p
noli:
empuk2, oni punya dulu kenyal habis.
aini:
mmg la wish nya mcm tu. tq2.
meh geget meh.
eija:
amin. muscle mahal tu. pengasuh dia pun x larat dah.
anisalya:
time tu nak marah juga, tapiii x boleh stres ena +ve juga. huaaaa, nangis dlm ati.
yana:
lor, mmg pun la. lagi digalakkan mandi air suam. tapiii pns2 mcm ni, mandi air suam mcm x mndi je rasanya.
eB:
kurang makan? u tgk kita kurang mkn kah eB? masa tu dah stres, otak pikir nak fm je.
ibu aqil:
ahahaha, tulang mak dia pun kalah kak. smua org x caya kita ni mak dia, kurus kering.
alah, cerpen tah apa2 tu. akak jg yg nk. malu aiii.
cemburu sayeeee...huu~ + sedih sbb anak takmo direct BF, rasa cam ibu tak sempurna jer..hukhuk..
pam hari2 pun skt jerlah dptnye, sbb takde rangsangan dr si anak..
apapun teruskan usaha murni kamo...tahniah eh~
kak ieyna:
akak kena rajin buat power pumping dan buat stok. sbb ada kawan kita, dia exclusive pumping. kena rajinlah sebab baby dah tak direct.
Post a Comment