Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kesinambungan daripada entry kali lepas. Alhamdulillah, setelah Oni genap berusia satu tahun setengah bulan, projek menambahkan ahli keluarga pun bermula. Itu pun setelah memikirkan dan menimbangtara segala mak nenek risiko yang akan ditempuhi nanti.
Sebelum misi bermula, terlebih dahulu aku mengkaji kaedah bagaimana hendak mendapatkan anak lelaki. Siapa kata aku menolak tepi petua-petua para biologi yang telah bersusah payah mengkaji bagaimana cara untuk menentukan jantina anak.
Oleh kerana masa Oni, main aci redah sahaja maka yang keluarnya ialah girl. Jadi, untuk mendapatkan hasil anak lelaki aku telah mengamalkan tidak memakan ayam. Aku pun tidak tahu mengapa, selera ini bagaikan tahu-tahu sahaja aku suka makan ikan. Dan, yang aku pesan kepada abi ialah pabila menembak, hendaklah menembak secara kuat. Ini kerana, mengikut pembacaan bahawa si sperma yang aktif akan membawa gen anak lelaki. Tehehehe, gila malula nak taip.
Memangla kita tidak boleh menaruh segala kepercayaan, akan tetapi sedikit berusaha apa salahnya bukan? jika dimakbulkan itu adalah rezeki lebih, jika tidak dapat itu pun dikira rezeki juga. Anak-anak penyambung generasi.
Bulan ke lima pergi scan, tersengih panjang bila mendapati Aie bergerak sangat aktif dan jelas keburungannya. MamaMikhailla yang biasanya menjadi mangsa tempat aku mengadu bahawa Aie suka main bola dalam rahim. Aktif teramat tidak mengira siang mahupun malam. Jauh sungguh perbezaan semasa membawa Oni.
Minggu 37.
Hari di mana Aie keluar semasa penghujung Syawal. Allah memberi aku kesempatan berpuasa penuh selama sebulan dan makan ketupat rendang dan sebagainya semasa Aidilfitri.
Bersalinkan Aie adalah sangat mudah, aku rasa macam sekejap benar sakitnya. Pagi itu aku dah mula rasa tidak sedap perut, krem. Dek, malas nak pergi hospital terus sahaja abi hantar pergi kerja. Sebelum tu pun dah dua kali aku keluar masuk wad dek keluar spot warna coklat dan bleeding.
Akibat ketidaktahanan lima minit sakit datang dan berulang alik tandas aku menelefon abi untuk datang dan hantar aku ke hospital. Memang dalam kepala otak dah set, mesti baby nak keluar malam ini juga. Turun sahaja lobi opis, surprise!!! abi datang dengan motor. Hah! boleh jadi bahan macam ni, pergi hospital mahu bersalin dengan merempit.
Part langgar bonggol tu aku tak tahan. Sesampai di PPUM, aku terus naik labour room. Mendaftar sendiri di kaunter jururawat, duduk dalam bilik bernombor 8. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba........
Pap! lampu bilik dimatikan orang. Aku kena bangun daripada katil ni, kena keluar memberitahu jururawat bertugas, karang ada yang bersalin seorang. Membebel ketua jururawat nan tersebut berikutan bilik ada patient dianak tirikan.
Sebaik sahaja CTG dipasang, aku diam cuba menenangkan diri. Di manakah abi? sudah pulangkah dia. Sebab, aku tahu dia seorang yang kurang gemar duduk bermukim di hospital. Menunggu adalah satu penyeksaan.
Setelah bukaan diperiksa, sudah pun 3 hingga 4cm kesan daripada merempit dan tidak duduk diam. Ketuban dipecahkan. Pisss! terasa panas. Sekarang, tiba masa untuk merasakan kesakitan kerap dan bukaan aktif. Ini pengalaman pertama aku. Setiap kali keregangan terasa, segera aku menarik nafas dengan panjang. Menarik nafas dengan hidung, hembus nafas dengan mulut.
Aku kena simpan tenaga. Aku terasa Aie sudah mahu keluar benar, memegang besi katil dengan kejap. Urgh! rasa mahu berguling jatuh katil gamaknya. Akhirnya, masuk dua orang jururawat, membuat persediaan menyambut Aie.
Rambut sudah nampak sebaik sahaja aku mengangkat kaki. Tangan dipergelangan kaki. Teran dengan senyap, dagu bertemu leher. Curi nafas. Kalau nak tahu, aku masih boleh ketawa semasa meneran sehinggakan jururawat dan pembantu yang ada pun gelakkan aku sekali. Ngeee. Dorang kata, kalau macam ni gaya, boleh bersalin sehingga sepuluh orang.
Sudah selamat Aie keluar, proses seluk menyeluk mengeluarkan apa-apa yang sepatutnya. Terasa sudah rabak benar. Melihatkan keadaan yang tenang, aku bertanya sama ada kena jahit atau pun tidak. Dua kali periksa, sah hanya terdapat sedikit sahaja koyakannya. Jadi, tidak perlu jahit. Pandai meneran.
Ye, semuanya segar dihadapan mata. Tenaga aku terasa masih banyak lagi apabila boleh berbual-bual dengan jururawat bertugas. Siap aku dibersihkan, ditolak naik ke wad. Menikmati layanan jururawat sepenuhnya. Terasa bagaikan dalam drama.
Direhatkan selama sejam, aku didatangi abi. Hanya bertshirt dan berseluar pendek, tiada Oni. Oni masih di rumah kak Ti. Hampir jam 10 malam. Entah, terasa sayu sangat hati masa tu. Terasa sebak tidak boleh berkata-kata. Aku bersalin normal dan tidak berjahit. Aku bukanlah orang yang besar sangat. Hanya 147cm dan 50.7kg, berat terakhir dengan Aie.
Aie 2.97kg pada minggu ke 37.
Tidak lama kemudian, aku dikejutkan jururawat untuk penyerahan Aie. OMG, dia sudah dalam dakapan aku. Bermula episod breastfeeding. Sekali lagi aku bersyukur, Aie feeding dengan jayanya. Bila terkenang semasa bersalin Oni, aku tidak tidur malam kerana dia mahukan peluk dengan erat. Tidak bagi Aie. Waktu minumnya perlu di kejut, tersangatla lenanya.
Selamat datang Aie. Esoknya, setelah di check sana situ sini, aku sudah pun balik rumah pada sebelah petang. Alhamdulillah, daripada breastfeeding walaupun niple luka, Aie tidak kena kuning sehingga ke hari ini. Dia baru demam sekali sahaja sehingga 4 bulan ini. Aku pasangkan niat awal-awal untuk breastfeeding. Membeli Medela Swing dengan titik peluh sendiri.
Apa yang terjadi sewaktu kelahiran Oni dahulu, aku tidak mahu ianya terjadi lagi. Betul, breasfeeding memang memerlukan semangat juang yang tinggi. Ibarat satu peperangan yang juga memerlukan sokongan orang keliling. Terima kasih blogspot terima kasih sahabat blogger, anda semua penyokong saya.
Berpantang kali ini, masih lagi mengamalkan bertungku, berurut, dan aku membeli set bersalin sendiri, Amway. Aku merasai berurut seluruh badan, sengkak rahim. Berbengkung paling penting dengan lumuran herba-herba. Panas-panas.
Aie is 4 month.
Terasa sihat bila betul-betul selepas berpantang. Terima kasih Aie kerana masih breastfeeding sebab mengelakkan aku minum air sejuk, ais, air gas dan lain-lain sehingga sekarang. Aku sungguh suka sebab dapat minum Cocoa Colagen Power Plus seperti sebelum ini. Aku sangat bersyukur.
[Pada satu hari 27 Sept 2011 klik untuk baca]
Antara czer atau pun normal. Czer, tidak perlula merasai kesakitan akan tetapi episod berpantangnya amat ruwet dan macam-macam. Berbanding dengan normal, merasai kesakitan dan episod berpantangnya tidaklah terlalu cerewet. Tidak boleh terlalu konfiden untuk bersalin secara normal kerada setiap cara bersalin terdapat risiko tersendiri.
Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku semasa hari bersalin.
Antara czer atau pun normal. Czer, tidak perlula merasai kesakitan akan tetapi episod berpantangnya amat ruwet dan macam-macam. Berbanding dengan normal, merasai kesakitan dan episod berpantangnya tidaklah terlalu cerewet. Tidak boleh terlalu konfiden untuk bersalin secara normal kerada setiap cara bersalin terdapat risiko tersendiri.
Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku semasa hari bersalin.
Nota hijau: Walaupun koyak sikit, tapiii ngilu la gak bilaaa gitu-gitu kan. Hehehe.
22 comments:
czer tak sakit time baby nak kuar, tapi lepas tu agak susah sikit la nak berpantangkan, kalo normal rasanya lagi cepat baik...kita balqis normal yang second nanti hope normal jugak
seronok betul dgr cara cha bersalinkan Aie, camni mmg tak serik la nak bersalin lg dan lagi..hehe..
kak eina kedua2nya merasai sakit bersalin yg lama... masa arif, lebih 12jam kt labour room menanti bukaan, sakit menggila tu memang terasa..huu~last2 cser jgk sbb bukaan statik.. then, Hakeem, sakit terlampau2 lg gile2 drpd masa arif dl..lama jgk kt labour room, lbh 8jam..smpai rasa frust mcm tak dpt normal..last2 menanti, ada jgk rasa nk meneran..huu~
masa sakit, rasa taknak bersalin lg, sbb terlampau sakit, fobia sesekali..tp hehe~ biasalah ibu kan, mgkn nak sorang lg kot..
apapun, Alhamdulillah, cha diberikan kesenangan bersalin, tak semua orang bertuah mcm cha~
tahniah n happy bf ya!
mak ngeri beranak normal...tapi beranakkan iris, normal...tak gunting...dan jahit sikit jek...
tapi tu pun ngeri...camner tu...
ngeri atau tak pun, dah 3 pun...
yang sulung jek czer...huhuhu
suka baca pengalaman cha ni.. ayat last skali tak boleh bla.. bila gitu2 kan.. hahahha
eija dua2 hero mankna nye ...... :p
akceli eija try juga cara utk dapatkan baby girl(teknik posisi), tp x menjadi jgk.., pastu org kata kalau suka mkn asam nk dapat baby girl, mmg ler masa ngandungkan ziqry suka sgt mkn asam, tp bila scan boy jgk..
mmg ler kita mgharap tp tetap terima ape pun rezeki yg tuhan dh tulis utk kita..:))
mengimbas memori bersalin, alhamdullillah senang sungguh cha bersalinkan aie, siap x kena jahit.
itula pengalaman bersalin ni lain2 kan, setiap org ujiannnya lain2, ada yg senang ada yg susah, eija pun dh merasa dua2 czer & normal, kalau diberikan rezeki lagi setakat ni eija x serik nak ngandung lagi...heheh :)
TERUJA BACA ENRY CHA MUDAHNYA BERSALINKAN AIE.. SIAP BOLEH BORAK DGN NURSE YER.. LPS TU... MESTI PENGALAMAN YG X BOLEH DILUPAKAN SAMPAI BILE²... LPS NI DOAKAN SAYA PULAK TAU... HARAP DAPAT GEGIRL... TP BELOM ADE REZKI..
Org kurus mmg mudah bersalin...dgr dari cerita2 org la...hehe :) bg tips sket utk mudah bersalin nehs???
seronok kak izan baca catatan cha bersalinkan aie ni... senyum2 sendiri sbb k.izan pun punya 3 pengalaman bersalin normal yg berbeza...
alhamdulillah... berkat susu ummi, aie membesar sgn sihat n kuat kan! suka tgk aie yg makin bam bam tu...
tetiba kak jue rasa berdebar...sama mcm cha..kali ni kak jue berazam nak bf baby..sebab masa farisyah dulu tak sempat sebab susu tak nak keluar langsung..pastu hanya menitik aje...tetek pun tak bengkak..itulah penangan ibu demam selepas bersalin...
hik3. dgn penoh smngat eB bacer. siap galak2 lagi...
kami pn plan nk anak laki. sumer petua kami wat ms nk dptkan aed dolo... berjayer yeay ;p
thanks for the entry.. rasa sgt2 nk baca y macam ni di kala ini..hehe..mudah2an saya jugak mcm cha..
malu jugak bila baca..tapi usaha nih..nak try la..kahkahhhh..
.
tq ch@,tahun depan boleh usaha nih..hihi
Hik3!!!!
Suka baca pengalaman cha..
Indah kan?! ;)
hihihi part malu tu i pun malu .. ehem2 .
emmm entah ler cmner org leh pilih2 jantina , cm i no hentam je.. kalau ikutkan dua2 nye lelaki .. kali ni x sure ler, tp yg ni lain mcm sgt pengalman nye lain dr akil
uish..aritu rs mcm nk bsalin czer pasni..tp pas bc entry awk ni...takot lak..bek la normal ek..? huhu
SHARING :
* BOY - terhasil bile Kromosom X + Kromosom Y
* GIRL - terhasil bile Kromosom X + Kromosom X
* Dlm sel telur ibu, hanya ade Kromosom X...so,Kromosom X or Y dr sperma tu la yg menentukan jantina baby...huhu
* Sperma yg pekat - byk Kromosom Y & Sperma yg cair - byk Kromosom X.
* Waktu bile sperma pekat & cair tuh..?? hehe... pnjg no nk cite kt komen ni kn..nnt la ek...soh Sya wt entry br.haha
anak2 akak semuanya lahir normal. yang tak normal maknya la. hahaha... boleh gitu. luckily... utk ke-3 anak, the husben was there holding and caring and whispering and reciting. wah... terspeaking london pulak. hahaha...
anje:
insyaALLAH. dah ada ke anje? hihiii. kita tumpang seronok.
kak ieyna:
anak pertama mmg mcm2 dugaan. akak punya kes tu, lbh kurang kita je la. srpd pg smpai ptg baru bersalin. hahaaa.
alhamdulillah merasa nikmatnya tu, Allah tidak mahu beri kita berasa serik utk bersalin kali akan datang.
cik mot:
itu la kelebihan seorang perempuankan cik mot?
kak eda:
hihiii. habis tu nak terus terang sgt malu maaa.
eija:
kan kita kata, semuanya bergantung kepada rezeki. kita mencuba je. seperti yg eija tahu, eija la smgt kita hendak bersalin normal tau.
yana:
insyaALLAH jgn jemu berusaha. ALLAH itu maha adil yana, dia beri kita susah dahulu kemudian dia beri kita senang, hikmahnya supaya kita tidak serik utk yg akan datang.
faizahs:
tips mudah bersalin? google je, ada byk orang post.
kak izan:
tehehehe, itu betul kak izan. kak izan ni suka betul senyum2 baca entry kita tau, lucu ke kak? hihiii. so far aie masih menyusu bdn lagi.
kak jue:
sebab selang antara farisyah dgn baby jauh, akak kena korek dan timba ilmu balik semula. masa kita pregnantkan aie, hari2 baca fasal susuibu. kikiii.
eB ezrin:
thumbs up! mana yg boleh diikut dan tidak mudarat kita buatlah.
lea, noli:
insyaALLAH smg smuanya selamat dan dipermudahkan. doa kawan2 walaupun jauh, tetap penting.
ibu aqil:
sgt indah. rasa cpt sgt dorang nak membesar.
fazilzura:
masa yg pertama dulu, kalau tak czer mungkin kita main hentam juga. disebabkan yg pertama czer, jadi utk czer kali kedua adlh tidak mustahil, jadi apasalahnya kita mencuba kan?
puan ummi:
boleh bersalin normal, biarlah normal je puan. saya ada baca kromosom2 tu, nak post kat sini, tapi takut terbalik-balik. nak google malas. blm panjang lagi puan. ada tu siap buat entry lagi.
anisalya:
eh-eh-eh ingat salah channel tadi.hihiii waaa bestnya akak, kan kita dah label family akak ni, family sgt bahagia.
aku suka baca cite ko ..pepe cite je ..tp pengalaman ni paling besh ...huhuh
betui aku setuju bab teknik utk tentukan jantina tu ... aku guna kalender kuno cina dan ia berjaya dptkan girl utk aku .... alhamdulillah semua ketentuan nye tp kite harus berusaha jika nk ape2 betui tak ....
eima:
kalender kono cina? kawan aku ada tag aku hari tu. kau postlah mana tau org lain boleh guna pakai.
nama adli cm anak sy..adli-aie..mmg suka pnggil..
hmm..best bc pengalaman awk..
nice to meet u..
Salam..kak boleh tak story sikit ade petua pape tak ms nak or b4 deliver..1st bby dlu czer..
Salam boleh tak share ape2 yg akak tau tntg deliver normal ni..means petua ke..ape2 yg akak amalkan selain doa2..yg memudahkan kelahiran tu..sy nak deliver normal for my 2nd baby..
Post a Comment