Wednesday, 25 January 2012

Kisahnya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu, 25hb Jan. 2012 
Balik Johor sekejap lagi. Orang dah lama balik kampung, aku baru terhegeh-hegeh nak balik. Hrmmmm. Tuntutan kerja abi, kena la terima. 

Selasa, 24hb Jan. 2012
1-Kawan baik aku, cik Zila atau Puteri Amna Balqies bersama seorang kawan sekolahnya datang melawat. Dia membelikan aku sebuah novel daripada kaki novel yang bertajuk Kurela Cinta Ini Bertamu by Nuril Baharudin. Thanks awak. 

cik Zila

Kawan berkenalan di bus stop satu ketika dahulu, aku dengan kak Azi la yang selalu melindungi dia daripada diganggu oleh lelaki-lelaki yang suka mengambil kesempatan. Zila seorang yang mempunyai hati kertas, sensitif dan lekas emo. Zila mempunyai perwatakkan lemah lembut, sangat cantik orangnya serta sangat baik hati selain suka mengambil berat akan hal orang lain.

kakAzi

Disebabkan perangainya sebegitu, aku dengan kak Azi yang mempunyai kekentalan jiwa ini, hahaaa poyo selalu melindungi Zila. Yes, Zila dia selalu ingat tentang kegemaran dan kesukaan aku dan kak Azi, tidurnya berkongsi bantal, makannya berkongsi pinggan. Memang tidak rugi langsung dapat berkenalan dengan dia.  Thanks awak sudi datang.

2- Dikhabarkan juga kakLong Faizzah atau bondaWiya atau isteri kepada abang angkat aku atau kawan satu tempat kerja dengan Zila telah selamat melahirkan seorang putera. Aku rasa mahu datang kepadanya, memeluk dirinya erat-erat, sambil mengucapkan TAHNIAH dan Syukur ianya seorang putera.

kakFaizzah

Aku sayang dia as my sister. Beloved sister. Mempunyai ketabahan hati yang sungguh luar biasa. Mentor aku. Mampu mengukir senyuman walaupun dadanya bagai mahu pecah menanggung kesakitan dek buatan orang tersayang disisinya satu tika dahulu. Cerita perit, ditanggung oleh dirinya, aku, zila, kak Azi dan kak Lia. OMG, bila aku kenangkan balik kisah tersebut boleh dijadikan senaskhah novel hebat.

Paling aku ingat dan sentiasa ingat sebenarnya apabila dia berkata:

"sakitnya sampai Wiya tak mahu duduk dalam perut bonda lama-lama". 

Yes, Qaseh Whilea Putri lahir pada minggu ke-28 dengan berat 1.3kg. Itu kisah yang membuatkan kakLong trauma untuk bersalin kali kedua. Alhamdulillah, apa yang pasti setiap kelahiran adalah berbeza. Tahniah kakLong, tahniah along. [taip ni pun dah bergenang air mata]

aku, kakFaizzah, cikZila dan mamaLia.
macam adik beradikkan kami? kami memang adik beradik.

23hb Jan. 2012
Just at home with kebosanan melampau. Oni dah pandai on dan off TV, buat kepala aku bertambah sakit. Haiyooo. 

Selamat Tahun Baru Cina :D

22hb Jan. 2012
Balik daripada Hulu Langat, Aie beri Oni demam. Oni demam sehingga sekarang. Mujur dia tidak merengek dan hanya mahu tidur selepas makan ubat.

21hb Jan. 2012
Balik Hulu Langat, rumah mertua aku. All going smooth.

Nota hijau: Kisah aku sepanjang cuti. Bosan je kan? Ok, aku baru je menempah sebuah potret 8R, tunggu siap dan frame baru aku tayang kat sini ok. Love it, projek ke dua. Deco-deco dinding rumah. Wakakaka. Bilik Aie Oni, masih terbengkalai. Ngeee.

Esok hingga 29hb Jan. 2012, berada di Johor dan mahu shopping-shopping. Seb baik ada rezeki lebih, mari kita enjoyyyy ya beda-bedu. [ini je nak beritau sebenarnya. Ahahaha]

20 comments:

Masya said...

kite enjoy.... cuti² beraya.. saya dah mula kerja huhuhuhu... hubby masih cuti lagi.. mood pun kelaut jer ni...

@e_da said...

ooo awak baru nak balik kampung ya.. seronoknya.. akak minggu depan baru balik.. sama je cha akakpun duk umah je cuti2 CNY ni

eija_sweetmama said...

Wah masih berholiday ye.., Selamat Balik ke Kg Cha & selamat bershopping2..^_^..

x sabar nak tgk potret 8R tu ditayangkan disini..msti sweet..:))

Ibu Lala said...

Wah..lamanya cuti. mesti syiok kan dapat shopping. Terapi yang paling baik sekali. Happy shopping...

rasp said...

untungnya punya teman2 yg rapat, memahami dah dah dianggap mcm adik beradik.....

best pe balik kampung...
i suka.....
oni dah sihat ker?
hopefully dah sihat ler...
cian dier....

Salina@IbuAqil said...

Panjang cutinya.. ;) bestkan dik ada best friend ni.. Rasa segala beban terungkai.. ;D rindu jgk kadang2 saat berjimba2 ngn kwn2 dlu.. ;)

eB said...

nak cuti jugakkkkkkkkk :)

mamaarifakeemaisy said...

waah kt johor ye skrg ni...best laa..ada gak org melayan Oni n Aie selain maknye..hehe~

dak arif pun perangai dh mcm2 skrg, sehari tak kena marah tak sah la..haih~ cabaran beranak dua kian terasa..hehe~

pepun enjoy ur holiday~

Noli said...

mau ikut shopim..huhu best2...

puanstoberi said...

Jgn lupa bawa ole ole dari Johor. Hihi :D

mekchu said...

hihihi.. terus mekchu teringat diari masa dulu2.. mmg cenggitu la tulis nya.. tak pe, janji boleh melepak ngan anak2.. auni jgn nakal2 ok..

sal ya said...

sama la. anak2 demam tapi alhamdulillah kali ni tak meragam.

Puteri Amna Balqies said...

salam wbt,

terharu den bila adik n3 utk den..
pe pun kita kan BFF hehe

sama2 kaseh yer selamanya..

AdAMQaSeHMiFzALHaKiM said...

alhamdulillah sgt2 bersyukur dgn ukhuwahfillah with u all...

AdAMQaSeHMiFzALHaKiM said...

alhamdulillah.. sgt2 bersyukur dgn ukhuwahfillah antara kita...Moga Allah senantiasa melindungi kita semua.. amennn

Aini Azman said...

haha ok la jgk tu dpt jmpe mereka,.
aini ni dok umah je spnjang cuti sem,.boring hjuhuhu

Rohani Hashim said...

Cha,sama la kite cuti raya cina,mz keje hany melanguk je depan tv. Huhuhu besh giler ok (tgn didada mata ke ats) ;)

ch@ said...

yana:
org lain punya raya, kita sibuk raya sama yerk? hahaaa kita suka kerja time tiada org kat opis. aman.

kak eda, anisalya:
ihihihi... bgs2.

eija, kekda:
insyaALLAH thanks eija, kekda.

ibu lala:
i like shopping.

rasp:
alhamdulillah, berjauhan dgn keluarga ni, hanya teman2 la tmpt mendapat sokongan. oni blm sihat lagi, dah balik KL smula pun tinggal saki baki batuk.

ibu aqil:
betul tu bu.

eB, noli:
jom-jom.

kak ieyna:
hahaaa, takpe kak tu best moment tuk dorang bila besar nanti. sama la oni, asyik nar kena marah.

mekchu:
hahaaa entry malas mmg mcm ni. oni mcm biasala. ada je kerja nya.

zila:
takde hal BFF.

kak lia:
aminnn. insyaALLAH.

aini:
nnt dh kerja siaplah aini, takde masa nak goyang kaki tau.

hany:
hahaaaaa. btl2.

Mek Rose said...

BFF akak seme duk jauh uhuhu miss meerka semua

ch@ said...

kak rose:
still keep in touch. FB kan ada. ;)