Monday, 2 January 2012

Cerita di sebalik gambar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku beria-ia prepare buat kejutan la kunun. Masa dapat coklat, baru balik daripada Perak. Sampai-sampainya dia, tangan ku hulur bukan bersalam, tapi menyambut Prosperity Burger, makan macam orang mengidam. Ahahaha.

Part A.



'nama bapa Liza ILP tu, Khalid kan?' tiba-tiba dia bertanya. Sah! mesti bercakap pasal coklat. Aku diam, perasaan ok lagi sebab, mungkin dia tak nampak ayat 'Hepi Besday Abi' pada coklat tersebut. Fine.
'nama bapa Liza tu Haris, bila masa bapa dia tukar nama' jawab aku yang mula naik geram. Perut lapar.
'tah siapa yang bagi ni, makan je la' katanya lagi, memang dia tak perhatikan langsung ayat atas coklat tu. Aku buat derk lagi.
'Oni makan huruf A ni' bila aku dah ambil gambar coklat terbabit dan memerintah Oni makan abjad. Baru la dia belek coklat tu semula.
'umi yang bagi eh?' tanya dia.
'tah, saje kot Liza Haris tu panggil kawan dia ni abi' nada dah majuk. ahahaha. Kecik ati dow. [gaya afdlin shauki-boboi]

Part B.



Malam Maharaja Lawak Mega Final, isyarat mesej berbunyi. Pembuat kek beritau soh ambil kek lewat sikit dan tunggu di lift sahaja. Aku reply ok je.

Tak lama kemudian, aku mesej pembuat  kek menyatakan, kalau anak-anak aku dah tidur meminta dia naik ke rumah aku, hantar depan pintu. Dia reply ok je.

Sebelum Maharaja Lawak bermula, dia menyatakan kos penghantaran satu level RM20, rumah aku level 11, RM20x11=RM220. Inilah kali pertama dan kali terakhir aku order kek daripadanya. Gila mahal cekik tulang kering.

Siap aku nyatakan, hantar lepas Maharaja Lawak Mega Akhir pun tak apa. Dia menyatakan Ok. So far, aku gembira bila anak-anak dah tidur dan aku feel layan Maharaja Lawak Mega Akhir dengan tenang hati, ketawa sorang-sorang apatah lagi hero Ombak Rindu jadi juri jemputan. Muahahaha, terbaikkk.

Bila sahaja Maharaja Lawak tamat, tidak lama kemudian ketukan di pintu kedengaran. Surprise... kali pertama aku bersua muka dengan pembuat kek. Kali pertama setelah melayan blog sempoinya selama dua tahun. Silent reader, sesekali je drop komen.

KakNett bermurah hati mem'FOC'kan kos penghantaran ke rumah aku. Dia di temani salah seorang anak lelakinya. Nak ku ajak dia masuk, anak-anak aku dah ketiduran. Tambah-tambah aku segan je dengan puan Nett tu. Easy going dan suka senyum. kakNett ada raut muka manis. Aku taktau la sama ada aku cam dia bila waktu siang. Pasal masa dia datang rumah aku tu dah pagi 31hb. disimbah cahaya lampu aja.

Part C.
Menanti si dia yang tak pulang-pulang. Mujur lilin tidak ku pasang di atas kek, kot tak memang kecairan. Kek yang sangat ceria warnanya aku masukkan dalam peti, sorok bahagian paling bawah. Agar dia tak perasan.

Beria sangat la kan, dia tak juga balik-balik sehingga lewat pagi dan aku ambil keputusan tidur sahaja, letih menunggu. Letih nak buat surprise. Awal pagi, aku bangun keluarkan kek, bagi creamnya cair semula. Oni dah tak sabar-sabar.

Tak lama lepas tu baru la dia balik petang 31hb Disember 2011. Dapat juga dia mengemas rumah dan melayan anak-anak sekejap sebelum keluar lagi bekerja pada hari esoknya. Hoh! 24, 48jam kerja-kerja-kerja. Kesian betul, macam tak ada life.

Ceria je anak-anak bapak ni kan?

Ok dah habis story pasal kejutan yang tak jadi. Ahahaha, menci tau. Apa nak buat, laki I tak romantik macam Hariz-Izzah. Heheee.

Terima kasih kakLiza at Creative Coklat. Coklat home-made akak memang sedap. Majority kita yang lebih makan daripada empunya beday. Wakakaka.

Terima kasih kakNett at Notti Netti Designer Cakes & Cupcakes, next time kita order lagi ok. Kek perisa lemon tu sangattt sedap. Oni yang tak suka makan pun boleh habis sepinggan.

SELAMAT TAHUN 2012, umur naik lagi setingkat. Ooooohhhh!!! Dannn, pada hari ini 02012012:

Nombor yang ada saling kait mengait :D

Nota hijau: Aku dengan kakNett satu Desa yang sama cuma berlainan blok. Ngeeeeee...

11 comments:

Rohani Hashim said...

ooo kek lemon, patut kaler dia keorenan sikitkannn menarikkkk

puanstoberi said...

seme ada 6 ujungnya. cantik..cantik..cantik..

Eh. Blog ada lagu eh?? Huhu

sal ya said...

apa la abi. tak tgk lgsg brg yg dia dpt. mmg hangin kan kalau jdk mcm tu. surprise yg kita rancang tak jdk. nak merajuk lg ada la. hahaha...

Jue said...

haha..suprise..walaupun tak berapa nak jadi tapi tak pe....

buat cik abi ...
moga allah panjangkan umur serta dimurahkan rezeki....

Masya said...

tekun saya baca dr mula sampai habis.. sampai telan air liur tgk gambar kek tu hihihihi....

sesekali buat suprise seronokkan.. xpe biar x romantik janji bertanggungjawab dan menerima diri kite seadanya.. ;p

Anonymous said...

kek tu buat sendiri ke?hehehe

mamaarifakeemaisy said...

kek nampak best aa...huu sesekali nk buat kejutan pun susah betul ye ch@..apa nak buat, redha je dgn life en suami camtu kan..

apapun ceria2 selalu k~ ^_^

Noli said...

xpe..tahun depan cuba lagi..ihiks..

eija_sweetmama said...

heheh..biasala cha kadang2 lelaki saje jerk x nak tunjuk jiwang kat kita..

mmg ada ironinya no yg saling berkait tu..sweet jerk..

Ako Retna said...

hehehe sian nya dia ye...
xpe tahun depan ada lagi... eh eh ujung tahun ni buat surprise lagi ek :p

ch@ said...

hany:
kita order oren. belasah je la, sedap. lain drpd lain. kalo tak asyikla coklat semedang.

kekda:
tu la tu, nmbor ranggi.
*saje gedik nak pasang lagu.

anisalya:
tu la pasal kak. kalau kita dpt hadiah belek kulit ke kulit.

kak jue:
hahaha, sebak rasa tak jadi surprise.
*tq kak abi tak baca blog pun.

yana:
betulll skali. dia dah jaga, beri tmpt tinggal, beri mkn minum, beri kemudahan yg diperlukan, syukur.

lifesaver hamzah:
kawan tolong buat, sendiri nak bancuh adunan confirm tak jadi ;)

kak ieyna:
hahaha, terharu dgn komen akak ni. sob-sob-sob. kalau dkt dgn fmly tak rasa sgt mungkin, ini... dh la fmly jauh. sabar je la.

noli:
insyaALLAH.

eija:
dulu boleh je jiwang2. skrg? nak jiwang dlm bilik je (opss!)
*kita mmg selalu perhatikan perjalanan nombor2 tu.