Wednesday, 7 December 2011

Oni dan Aie.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni aku sampai opis awal bangat. Before 8am, kalau boleh nak hari-hari cuti sekolah, sebab jalan lengang.

Kali ni pasal anak-anak hamba nan berdua itu. Sorang dah makin petah bercakap, sorang dah pandai senyum sesengih bila kena agah. Yang pasti, sang bapanya senantiasa non-ado di rumah melihat perkembangan mereka berdua ini. Nasibla aku sebagai emak mereka kan? Tunggang terbalik, pung-pang-pung-pang dengan emaknya membuatkan mereka pasrah sahaja.

Bila disedondonkan. Mesra dan serasi.

Macam stail emak-emak je si Oni ni.

Tengok gambar di atas, itula sang Oni bila sang Aie menangis. Oni orang pertama pergi dapur, pergi dan sekadar menunjuk botol susu dan peti ais. Susu Aie dalam peti ais. Ahahaha, kalaula dia pandai sediakan susu untuk Aie, sah-sah badan aku menjadi berganda-ganda besar akibat hanya goyang kaki sambil menonton Masterchef Malaysia.

Sekejap je, tengok mata Oni dah ke mana? kartun dia.

Alaaa auta je semua tu, itu time mood sayang adik datang, bila mood swing segala mala tentang adik dia buat dek je. Paling-paling, dia bagi selebuk kat Aie gara-gara, aku tidak melayan dia sebagaimana aku melayan Aie. Bila selebuk kat Aie, aku pun selebuk kat Oni semula. Ahahaha, emak tak tahan sabar dah.

Bila Aie dah diam, aku layan Oni macam layan Aie, dia tak terima pula. Maluuu gitu, orang dah besar kan, pangku pun dah tak muat. So layan dia melukis, mewarna, lawan bercakap dengan dia, pot-pet-pot-pet tak henti. Ini je la radio aku setiap hari.

 Ikan Oni, siap buih-buih lagi. Ahahaha.

Warna sikit-sikit je, pastu main. Kenal pun, warna hijau, coklat dan kuning.

See, ini lukisan Oni, ada rupa ikan tak? katanya fish. Ini dia sendiri yang warna. Tapi agak tak aci sikit sebab, dia tak suka warna kawasan besar-besar. Warna kawasan kecil je, pastu main. Kira okla kan untuk umur dia yang belum 3 tahun.

Oni pun dah pandai kupas buah limau sendiri. Akibat teruja sangat nak makan limau, sanggup tak tunggu aku kupaskan. Kalau limau oren sangkis tu, memang kena potong guna pisau. Itu aku la kena. Macam aku kata, bila mood ok, cukup tidur dan makan rumah aku bersih di kemasnya-cara diala. Pinggan, mangkuk, botol susu dia dan Aie yang kotor, dia campak dalam sinki.  Sampah buang dalam bakul. Bila mood dah KO, janganla minta diharap, takde maknanya. Oni buat don't know. 

Bila tengok dia layan Aie, main tangan Aie, kiss-kiss pipi Aie, main babacak dengan Aie. Eh! aku rasa dia sudah besar benar dan sesungguhnya Oni tak sabar nak bermain kombat-kombat dengan Aie. Alaaa Oni, cepatnya kamu membesar. Rasa baru je umi teman kamu di hospital sebab kena kuning, haishhh!

Eh, ni dah cerita pasal Oni je kan? Aie cuma pandai buat senyuman menggoda saja. Menggoda orang sekeliling nak minta ngempeng. Ngeee.

11 comments:

Jue said...

oni dah makin pandaikan...
kakak yang baik..biasalah cha budak2 ada mood sendiri..yang besar mcm farisyah pun sama...ikut suka kalau dia rasa nak tolong dia tolong tapi kalau taknak mintak maaf memang tak layan langsung

eija_sweetmama said...

hehehe...comel sedondon oni & aie

hahaha..oni sama la mcm zaquan, time syg, syg, time dia nak debuk, debuk jerk adik dia tu..
yg pasti dia syg adik dia sbnrnya cuma kadang2 x kena cara, iye la budak2 kan..

eh nmpkla rupa ikan..pndai oni lukis.

nad said...

papa takde sbb mencari rezki utk keluarga jugak..
tu la pengorbanan si papa..
tak dpt nak tgk perkembangan demi tuntutan kerja..

oni kecik lagi
tp dh pandai tolong mama..
gud gurl la..
takpe, pasni mama bleh dok goyang kaki jek ^_^

dkama said...

uiss.. oni jaga adik... hehehe

sal ya said...

budak2 mmg mcm tu la. anak2 akak ni mmg ckp sayang dgn adiknya. blm pernah lagi pukul kecuali tak sengaja. kalau main tolak2 dgn kaki tu ada la.

@e_da said...

alahai oni so cute la kamooo pandai jaga adik.. tapi hati2 tau jgn sampai adik tersedak...

ch@ said...

kak jue:
tu la kan? perangai anak-anak. diala racun dialah penawarnya juga.

eija:
ahahaha btl eija btl. tggu la adik bsr nnt, boleh lawan abg/kakak smula. time tu kita pening taktau nak backup mana.

kak nad:
emak pun cari rezeki kak. cemana?
bilala nak goyang kaki tu kan? tak sabar nak detik tu. hehe.

dkama:
oiii mana menghilang? kjp ada kjp takde. sampai oni ada adik.

anisalya:
hahaaa tu la penyeri. biarla selagi tak ada yg cedera.

kak eda:
kjp je kak, eksyen je tu. lepas tu sibuk main.

mamaarifakeemaisy said...

sweetnyer...tak sabar..tak sabar..

Oni makin bijak pandai dah...yelh dh jd kakak kan.. ^_^

Izan Ishak said...

sejuk mata kak izan tgk oni jadi kakak yg sgt baik pada adiknya aie... dah boleh diharap.

cantik lah fish dia.... kuar buih2 lagi....

Shiqa Nawar said...

bagus nya oni dah pndai jaga adik..

ch@ said...

kak ieyna:
sabar kak sabar. karang dah keluar, tak cukup tangan.

kak izan:
insyaALLAH kak izan, berdoa je ni.
hahaaa, jadi ikan secara tak sengaja.

shiqa:
didikan emak. eh, ke paksa eh? hahaaa.