Monday, 19 December 2011

Bila Isnin je, blues.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huhuuu, gila awal aku sampai opis tapi dok berjalan rumah (blog) orang lain dulu. Tak sabar nak tunggu baby kak Ieyna (mama Arif Haidar) & kak Nad (mamaZakwan). Aku pun teruja. Sampai opis, aku seorang je tukang buka pintu, pastu cuak pasal betul-betul seorang. Opis sebelah belum buka lagi.

Rindu kamu berdua. Sob-sob-sob. Tak sabar nak balik.

Sekarang ni keluar rumah pun awal gara-gara Oni. Pagi tadi aku fikir dia tidur macam orang normal, rupanya pukul 5.30 pagi susukan Aie, dia minta susu juga. Siap berair mata punya touching. Tepuk-tepuk, mata macam nak lelap semula, auta je. Cergas cari remote TV dan Astro dan kartun macam biasa. Hrmmm, aku pun takde dah istilah nak sambung tidur balik. Terus bangun kemas rumah.

Aie siap membuang sekali, siap susu dan bersihkan dia aku tinggalkan dia dengan abi, aku ngan Oni pergi mandi. Minah ni la, kalau mandi tak mahu keluar besen selagi tak kata 'ada gonggok keluar ikut lubang air' wakakaka, padan muka Oni.

Macam biasa Oni ni perlu di upah untuk berjalan sendiri, umpan dengan HoneyStar, dan hari ni aku kerah dia naik tangga. Nyata, dia naik lebih laju daripada aku. Alaaa, dia bawa tapawe makanan je, aku ni ngan Aie ngan beg, sah-sahla slow. Naik dua tingkat, sampai rumah mak (pengasuh) dia terus aja bersila depan TV. Anakku-anakku.

Aku pergi kerja macam biasa. Kerja ngejar lampu hijau je hari ni, mana tak awal. 

Gara-gara jadual waktu tidur Oni yang tak betul, dia terlepas nak tengok tok mama, tok papa dan paksu dia balik semalam. Then pagi tadi masa kemas tempat tidur, dia nampak bantal tok mama dia guna, asyikla 'mama-mama-mama' - panggilan pada tok mama. Kesian pula aku tengok.

Balik nanti aku taktau cemana gaya. Katanya lift di blok pengasuh ni rosak. Hrmmm, mujur Oni dah biasa turun naik tangga. Excercise. Tiba-tiba rindu pada Aie dan Oni. Huuu.

14 comments:

eija_sweetmama said...

heheh..biasala tu cha, monday blues sbb dh syok 2 hari cuti sblmnya.

Bagusnya Oni nak excercise, kalau Zaquan msti alasannya penat..huhu

btol2, mama zakwan tu tgh tunggu hari jerk tu..excited gak nak tunggu baby nad kuar..hehe

Mek Rose said...

rafiq ponsuka berjaga..tp kdg2 tido awal gak. mcm2 kan budak2 ni..pening dibuatnye

bagusnye cha bangun kol 5.30.akak ni 6.30 ponr asa bercinta nak bangun ahahhaha

arini akak mula keja tau :-)

nad said...

alahai...
orang sana tak sabar,
orang sini pulak laaaagi la dupdapdupdap, hehehe....
tgk2 kak eina dulu bersalin, hehe..

Anonymous said...

alolorr, rindu kat dorang ye? comel je. :)

puanstoberi said...

Terbayang aksi Oni naik tangga smbil pegang tupperware. MEsti cam ceria je dia naik tangga. HIhi

eB said...

alahai raser sayu pulak. hu3

mamaarifakeemaisy said...

eh ni kali ke3 masuk sini..td tak sempat leave comment, ke dh leave td eh..ehh...mak buyung mudah lupa =P

kul 5.30am mmg waktu k.eina bangun tu, 6.30am gerak dr rumah..skrg dak arif liat sket nak bgn..sbb tido lmbt sket..kalau dulu, dgn dia2 5.30am dh bangun..hee~

kakakOni la kena sama berdikari eh skrg ni..good girl~

ch@ said...

eija:
hahaaa, dia nmpk teruja dgn tangga. ajar dia mengira sekali. agaknya, dia pun dah fobia naik lift pasal kes hari tu.
kan eija kan? sorang2 tunggu giliran :)

kak rose:
hahaaa, mula2 mcm tu gak kak. kita pun bgn 6.30pg sampaila ada oni. bila ada aie, ooo tak bolehla. byk nk kena setel.

kak nad:
heheee, teruja kak teruja. tak apa, siapapun bersalin dulu, janji sihat.

rara nasiha:
sob-sob-sob rindu sgt nak kiss pipi dorang.

kekda:
bila dia masuk lift, smua org pandang dia. dia lbh menarik drpd mak dia yg mcm tak cukup tgn bawa barang.

eb ezrin:
hahaaa, toching di hari isnin.

kak ieyna:
komenla beribu kali kak, takde hal. 6.30pg kita baru dpt mandi. ngokngekngokngek, pkl 7.15pg gak kuar rmh.

Nida said...

Sebab tulah Kak Nida taknak duk KL.. nanti kena naik turun tangga kalau lift rosak..hehe

Jue said...

semalam monday blues ..harini selasa yang amat malas ..boleh tak gitu

ch@ said...

kak nida:
duduk KL rumah teres, mana ada lift kak. rumah pangsa je ada lift.

kak jue:
ahahaha boleh je, rasa nak buat hari-hari blues :D

Unknown said...

Assalammualaikum
moga belum terlambat..bila dapat baby baru? ish3...diam2 rupanya bertambah lagi tu..hhmm
Tahniah

sal ya said...

sabar je la kan melayan si oni ni. kesian kat maknya la. dah la kecik bwk pulak bdk besar. blh jdk wakil angkat berat la ni.

ch@ said...

pakLan:
waalaikumussalam,
t/kasih pakLan. mana ada diam, paklan yg menghilang.

anisalya:
ahahaha tu la kak, abi dia pun tak percaya.