Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar pembaca bloghijau ni? masih mengikuti perkembangan akukah?
Ya, memang aku tak up cerita baru, bukan mood ke laut bukan juga tiada beridea bukan juga aku sibuk tetapi aku kena tahan wad, no laptop, no internet, no tv, aku kena kuarantin di wad bersalin PPUM. Masuk Isnin keluar Selasa then berehat di rumah sehingga habis minggu ini. Amekau!
Walaupun 2 hari aku di sana, macam-macam peristiwa aku kena lalui. Semalam, sepatutnya discharge pagi ambil masa sampai petang, mujurla sempat di beri makan tengah hari, tidakla aku kelaparan. Abi datang dengan Oni, ambil aku. Bosan benar aku di wad sini tercampak keseorangan di bilik sendiri.
Imbas semula
Isnin||19/09/2011||8:30am||PPUM
Well, aku bleeding lagi. Disebabkan menitik-nitik makanya abi decided hantar terus aku ke hospital sedangkan aku memang malas nak pergi. Melapor diri di wad bersalin tingkat 3, PPUM. Huhu! super best punya wad.
Siap tukar baju, di suruh aku rest sekejap. Doktor, jururawat, staff ke hulu-ke hilir sampai aku tengok pun rasa nak muntah. Lagi-lagi mata kanan aku ni belum pulih sepenuhnya, semuanya nampak kelabu. Seorang doktor lelaki datang, kacak, kurus, tinggi, senyumannya bisa gugur jantung. Sehelai kertas bersama sebatang pen, hrmmm ni mesti masih pelatih. No fail ok. Macam biasa kena interview, bla-bla-bla. Aku rasa nak rekod je segala apa yang aku cakap tadi, confirm mesti kena tanya lagi nanti.
Dia memasang CTG, ye aku tau natang tu. Selalu je guna masa Oni hari tu. Setelah beberapa jam, datang lagi dua orang pegawai perubatan, seorang doktor sebenar cina dan seorang lagi masih pelatih macam tadi, soalan sama. Benci betulla aku nak menjawab soklan bebanyak kali ni. Mujur si kacak tadi menyampuk juga dua tiga soklan.
Bila dah habis soalan dengan bantuan seorang jururawat wanita, peramah, dia nak cek bawah. Olooo ni yang aku lemah ni nak mengangkang depan lelaki-lelaki ni. Cis! PPUM ni takde bidan wanita ke? Ya, barula aku sedarkan, daripada tadi aku dengar jeritan-jeritan wanita bersalin dengan suara sokongan yang semuanya lelaki. Tak suka tau, habis saham.
Sekejap je dia, ukur sana-ukur sini, sikit sebanyak aku kagum juga dengan hasil kerja doktor cina ni, pantas, cekap dan tepat. Mana taknya, tanpa tengok laporan lama aku, tanpa tengok hasil scan, dia boleh tau baby aku ni berapa minggu siap dengan hari sekali. Tepat. Kalau dah pakarkan? Lepas tu, aku kena tinggal. Macam tu je.
Abi dah hilang entah ke mana. Aku di suruh berehat di wad menunggu bersalin tingkat 5. Naik atas, semua orang dah detact aku sakit mata. Memang aku jadi tak selesa sungguh. Baik-baik hanya sebelah dah hampir menjangkit ke lagi sebelah. Aku rasa nak tidur je.
Abi balik lepas jengah aku sekejap, sebelum aku ditolak ke klinik sakit mata pada hari yang sama. Aduh! lemas aku menunggu di klinik mata. Sesak, ramai sungguh umatnya. Kepala yang tadi mengong bertambah mengong. Serabut. Mujurnya aku dah warded, jadi semuanya atas tanggungjawab PPUM, special case gitu. Lama jugala menunggu.
Bila selesai urusan, ditolak naik wad semula. Duduk je di wheel chair, hehehe. Best je rasa, macam dalam drama. Sempat menikmati alam semulajadi di balik tembok batu. Sedang elok naik, abi datang dan aku di arah pindah bilik. Sakit mata, tak boleh nak bercampur dengan orang lain. Bahaya.
Memang jauh dengan orang lain, tapi bestnya hanya aku seorang sahaja dalam bilik tu, besar, selesa tapi sunyi. Takpela untuk beberapa hari sahaja. Malam tu, aku tidur dalam terang, nak tutup lampu gelap sangat la pula, jadi lelap je la. Rindu nak peluk Oni, mujur abi datang dengan dia petang tadi.
Kakak Oni, pandai posing dan pandai buat peace sudah. Tapiii maintain serabut.
'Hai, meyyy. Tu-tu, meyyy' sekejap mama, sekejap umi. Tak kisahla Oni janji happy. Gembiranya hati dia tengok muka aku. Suara gembiranya, suara ketawanya, dapat jugala melepas rindu kat dia. Agaknya dia pelik, kenapa aku tak ikut dia balik. Takpe Oni, satu malam ni je ok.
Selasa||20/09/2011||5.45am||PPUM
Dah kena kejut, cek tekanan darah, cek baby sekali. Mamai, kepala tingtong. Perut lapar. Semedang nak makan je kerjanya. Haha. Mujur abi datang dengan segala macam makanan semalam. Alhamdulillah, sarapan pagi pun sedap, nasi goreng dan air coklat.
Menunggu keputusan sama ada boleh keluar atau tidak pagi ni, dah datang seorang tadi katanya boleh keluar, then datang lagi pegawai perubatan, boss mungkin. Berbangsa orang putih tapi Islam, peramah, baik, suka puji-puji tapi lelaki. See? lelaki juga. Cek-cek-cek, ok boleh discharge petang nanti. Hureyyy! aku rasa nak melompat.
Tengah hari, abi datang dengan Oni. Tak pergi rumah pengasuh la dia ni, abi cuti. Siap abi uruskan semuanya, aku pun keluar wad, sempat lagi bawa Oni ke Taman Jaya, sibuk benar dia nak main di taman permainan tu. Comelnya Oni, budak dah besar.
Wad biasa, ada 4 katil.
Wad special, satu katil sahaja ;)
Hari ini, aku update mengapa tiba-tiba aku menghilangkan diri. Hihiii, baby belum mahu keluar lagi, dia syok duduk dalam perut mak dia ni. Dia takut kena buli dengan kakak dia gaknya, tu yang dia nak membesar lagi. Kikiii.
Terus mendoakan aku ya, sebab aku dengar orang jejerit masa bersalin hari tu, seram pula.
13 comments:
hope sume nye berjalan lancar.. ;)
alahai cha..bleeding lagi ker???dugaannya..kita doakan awak senantiasa kuat dan semuanya selamat ye....
cha skrg dh brp mgu? harap semuanya selamat...
akak igt pas ni kuar entry bb coro da kuar dah sbb lama Cha tak up entry. Hihi.
Apa pun, Kekda doakan yg bebaik je utk Cha yer :))
ngat dah bersalin tadi...alhamdulilah mintak2 semuanya selamat ok
mai lg, tadi baca takdan nak habis..huu~
harap semua yg baik2 aje..Insyaallah adik kakakOni nak kuar ontime tu..take care~
cantiknye wad..rugi lak rasa dh pindah, jauh sket dr PPUM..hee~
tu la kan..awat la ramai bidan lelaki..masa belajar medic dulu dorg ni mmg cemerlang kot part bahagian pompuan ni :P
bila awk due?
Semoga cha sihat selalu dan semuanya berjalan dengan lancar.Take care Cha
seb baek 2hr je kan cha...slesa btol wad cha duduk hihihi dr kerana mata ;)
mujur kejap je di tahan.. akak dah terpikir cha nak bersalin je masa tu.. jaga diri pas ni.. jgn lasak2 k..
ieyla:
tu la, akak pun dah tak sabar ni.
syila:
aminnn, thanks syg. mmg lain mcm yg kedua ni.
mira:
masuk 37weeks, thanks mira. u too.
kekDa:
ahaaa tu la pasal. kita rasa pun lps ni entry pasal coro keluar je. thanks kekDa, u too tcare.
cikJue:
blm lg, dia mcm syg nk tinggalkan perut mak dia. miahahaha. thanks cikJue.
kakIeyna:
insyaALLAH kak, harapannya pun mcm tu juga. byk rmh tak raya lg ni. kekekeke.
hahaha takpe nnt akak dtg tgk kita kat wad, dptla masuk wad.
kakEli:
kita nak taip entry mcm tu la tadi, tapi rasa mcm tak patut pula. tu la kan kak? teruja study tang pompuan.
dilaz:
thanks dilaz. teruskan doa tuk saya k.
hany:
tu la, wad best tapi mmg jauh drpd org, pemandangan tepi lebuhraya.
kakEda:
ahahah tu la pasal. kita pun dah terfikir coro nk keluar, tapi blm lagi, masih ada can nak makan2, nk jln2.
kami sentiasa mendoakan cha..:)
nmpknya kes cha ni lebih kurang mcm eija masa preggykan ziqry..sbln nak due dh turun tanda awl..asik bleeding jerk..tp alhamdullillah slmt sumenya, insyaallah cha pun sama moga segalanya berjln dgn lancar.
eija:
t/kasih eija senantiasa menasihat dan mendoakan kita :) sayang selalu.
Post a Comment