Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sementara masih berkesempatan ni kan, abi demam jadi rancangan balik ke Kota Tinggi, Johor di tunda kepada Sabtu petang, mungkin juga pagi jika masing-masing sudah bersiap sedia.
Mengintai di balik tirai pintu. Yes, my dear Oni. Hari pertama abi ambil aku keluar wad, Oni masih di rumah pengasuh. Bila abi turun ke kedai, diambilnya kakakOni sekali. Comel, girang macam biasa bila nampak mak dia. 'Haaa, mey-mey. haaa tu meyy' tu je la yang betul. Bila mahukan apa-apa, tetapla mama.
Umi proud of you Oni.
Elok je dia berlari mendapatkan aku, cepat je aku jerit 'baik-baik, adik tu'. Dia usha daripada jauh, terdiam. Baik-baik nak lajak naik tilam, terus corner jauh.
'Baby, baby, do baby tidur' Dia hanya perhati daripada jauh. Masa aku mengandung Adli, dia memang baik, dia jarang buat perangai, dia jarang mengada-ngada. Bila Adli lahir, perangai mula nampak sikit.
Aku tau, aku dah tak boleh terlalu berkepit dengan Adli sahaja, aku ada dua yang perlu dimanja, dibelai, disayang dan yang paling penting aku tak boleh pilih kasih. Belum masuk abinya lagi. Itula pahala besar seorang isteri dan emak.
Mujur juga Adli sangat mudah, bila aku susukan kenyang-kenyang dia hanya tidur dan langsung tidak meragam, kesempatan aku ada dibahagikan dengan waktu rehat dan Oni. Abi pula sungguh perihatin, dia tahu aku tak boleh handle Oni dengan Adli sekaligus, dia akan membawa Oni keluar ke kedai mahupun berurusan diluar.
Aktiviti menjadi semakin mudah, bila mama dan papa ambil alih menjaga Oni, diakan cucu kesayangan. Segala permintaan cucu itu dituruti, biar tiada rasa tersisih. Aku hanya duduk menjaga Adli dan makan sahaja. Hiii.
Serius, aku teruja.
Ye setelah 2 hari, setelah Oni memerhati daripada jauh, Oni sudah pandai memujuk Adli. Tetapi, maintain terlupa bila berlari, semua benda Oni nak pijak. Bila Adli tidur, Oni datang mendekati 'Syyhhh, syyyyhhh' sambil letak jari dimulut dan menepuk Adli. It's sooo sweet ok. Bila Adli menangis, Oni orang paling awal memujuk atau paling tidak, dia ikut sama bangun menemani aku menyusukan Adli pada waktu hampir Subuh :) That's my Oni.
Alhamdulillah, aku sudah pun sedikit cergas, mula belajar menyusun jadual untuk struggle breastfeeding. Betulla orang kata, bila semangat tak kuat memang mudah putus asa. Aku pun dah hampir putus asa bila nipple luka. Sungguh sakit, Adli kuat menyusu. Dia akan menyusu sehingga 30 hingga 45 minit. Hrmmm. Aku kena kuat, aku tak boleh putus asa.
Ini semua permulaan, aku kena belajar lebih lagi. Adli pun tahu dia ikut belajar. Doakan aku berjaya ye.
Alhamdulillah. Kena panggil Oni, Auni semula untuk match dengan Adli. Auni dan Adli ;)
22 comments:
sangat comel..!!
cha dh selamat bersalin
saya pulak tggu lagi 2bulan
riso dibuatnya..
tp bile tgk auni ngan adli
terasa cam tak sabar nak tgk kerenah zakwan ngan adiknya nnt ;)
aduuuh apsal terasa sebak pulak ni..hee~ tak sabar nk tunggu turn akak lak..nak tau camna reaksi abg long arif dan adiknya..hee ^_^..sweet kakakOni..
ooh babyboy mmg kuat nyusu, akak dl pun samalah..time susukan arif, skt belakang2 ni..dekat sejam sekali menyusu..apapun pengorbanan..kuatkan semngat, hope dpt teruskan BF ye..take care ch@~
kuatkan semangat cha...tuk bfkan si adli...mesti boleh...
salam....auni jaga adli baik2 tau......
selamat berpantang
tahniah dpt bby boy, dah sepasang, selamat berpanang ye, mcm saya ank 1st normal, 2nd czer
jom kite sesama BF anak kite ..semangat..semangat....
tp aku nih mudah sgt mengalah la.... huhuh kena cekal la pasni ....
sungguh comel si AUNI menjaga adiknya ADLI....
memang sweet sangat tengok gambar AUNI dan ADLI
cha, selamat berpantang :) wafa pn bakal dpt adik insyaallah awal bulan 12 nnt..risau je nk jg dua2..nasib baik la xkeje lagi..
sangat jeles bc cerita bersalin cha..senang yg amat rasanya..tp sakit tu Tuhan je yg tau kan..semoga saya pn dikurniakan kesenangan tu..1st dulu czer..risau sangat2 nk deliver yg kedua ni..gap nya xbrp jauh..wafa br setahun 7 bulan..by the time adik dia kuar nnt setahun 9 bulan..huhu
so sweet ur dotter.. gerammnya... adli tu elok je pulak tido je... kakak oni boleh di harap nampaknya.. akak mohon pd tuhan agar dikurniakan sepasang mcm cha juga.. aminn
akak!!!tahniahhhh!!!!
dua2 baby kiut!!!ya Allah bestnyee tgkk ape lg org yg merasa kan :)
Auni sgt comel n penuh sifat seorg kakak..moga2 adli cepat besar n boleh protect kak auni plak nanti :)
kuatkan smngat ye kak!!akk boleh!!
So sweet dik.. Auni & Adli!! Bleh tambah sorang lagi x?! Nak cibuk2.. Aqil!!! ;p Tumpang kasih sayang anak2 cha skit.. ;p
best nya... bagus auni ( blaja panggil auni plak.hehe).. jaga adik adli elok2 ea.. take care akak.. smga cepat sihat..
ada rezeki leh jumpa hujung bulan ni ea.. insyaallah :)
salam...
cewah2....adli...bagus maksudnya tu.yang adil...cayalah...pasni bolehla geng lawan perang dgn oni...
Tahniah ye sya
Kak ida, 1TECH Park
tahniah cha dapat baby boy.dah sepasang dah. comel adli tu..geramnya
tahniah cha!!tk sangka cha dah bersalin.lame tk melawat blog hijau ni ;)
Tahniah Cha..:)
dah ada sepasang sudah...:)
cha...rindunya..abis pantang baru leh update blog balik ye....flying kiss to auni n adli
kak nad:
kita yg jd tak sabarnya bila nak sebut, anak-anak. mcm best je dan terasa mcm ramai anak je. kikiii. hopefully smua slamat kak.
kak ieyna:
btl tu kak, niple luka rasa nak melalak, kuatkan juga semangat. fikir ini baru permulaan, smua org mengalaminya.
cik mot:
cayok-cayok.
ya alya:
auni jaga adli? haish! tapi takpe kita tgk nnt mcm mana.
aini:
oh terbalik. hehehe yg ke tiga nnt? normal smula ke? kikiii.
eima:
jgn mengalah, masti kuat sbb mls nk pikul beg susu formula skali dgn air pns, dgn air masak. byk bnr beg nk kena bawa.
cik jue:
tiba-tiba je angin minah ni baik, ce kalo tiba kus-kus dia dtg, apa pun tak boleh buat. silap-silap dia join adik dia melalak sesama pakat tgk mak dia gelabah.
hafizah ismail:
boleh punya, berdoa dipermudahkan. sakit sikit je, itu pun pengorbanan. kita pun peknen adli ni, kira berisio gak.
kak eda:
insyaALLAH, smg dia jadi kakak contoh. mari kita berdoa sama-sama. akak dgn kita kan tak lari jauh. kita kan kembar.
yus:
thanks dear. bgs ada kawan2 yg mendoakan kesejahteraan ni, skrg2nya terasa teruja org mendoakan kita. amin yus. kita tunggu perembangannya nnt ye.
ibu aqil:
boleh2, aqilkan abg yg sulong. aqil, auni, adli. hehehe.
shiqa:
shiqa dtg KL ke? ke Jhr? msg or call tau sblm dtg.
kak ida:
tu la oni tgh dok berbaik-baik la tu. habis aku kak. masih pumping lagi ke? tggu kita tau. hahaha.
dilaz:
alhamdulillah.
kak diyana:
tak dapatla kita sebelah katil. hahaha.
shaWM:
thanks sha, alhamdulillah.
syila:
baru sebulan berpantang, sikit hari lagi nak habis. habis pantang kalau masih di kampung, tak update jugala. kena tggu blk KL. ok dah kiss, kita pun rindu kat smuala.
bila ada kecik, tgk si kakak melayan memang terbaik la. anak2 sy pun mcm tu jugak.
anisalya:
bila baik bersayang-sayang, bila mood swing, siaplaaa. mak jd tarzan.
ni la dia husni dh mula mkn so tak berapa nak breastfeed dh...tp kekadang tu...itu jela yg dpt tenangkan dia time dia tantrum sgt2...siyes...by breastfeed tu akan jadi kelebihan pada kita untuk buat dia relax...hhahaha
kak ida:
akak kat mana? lama tak jumpa, kita dah naik kerja ni. btl kata akak tu, bila aie melalak je terus sua breast, dia diam dan terus lena. hebatnya breastfeeding. agaknya husni nak mula makan pejal.
Post a Comment