Thursday, 11 August 2011

Pemeriksaan Anternatal 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa minggu ke-30. Datang awal tapi sesat barat sebab Klinik Ibu Mengandung (KIM), PPUM sudah bertukar lokasi. Macam biasa, abi tinggalkan di lobi dan aku mencari arah dalam bangunan KIM. Teletak elok di sebelah Menara Timur. Huuu, aku rasa macam masuk Lobi Kecemasan. Serba baru dan bau kedai.

Satu persatu papan tanda dan tanda arah mencari kaunter pendaftaran. Takpe, taktau sila tanya ye. Lobi utama bersambung terus dengan tempat pemeriksaan rutin, dan barula jumpa kaunter pendaftaran, ye aku dah tersilap masuk pintu. Hahaha.



Ruang pendaftaran yang sangat besar tiada lagi para ibu yang berdiri menanti giliran, tempat duduk selesa dan tak sakit belakang or pinggang. Ada pelapik empuk. Serius, aku pun nak lena duduk situ menunggu.

Selesai mendaftar, masuk semula ke ruang pemeriksaan tadi. Dua, stesen jururawat disediakan. Uuuuu, bestnyaaa. Pling, kad biru aku masuk dalam kotak, dan pemeriksaan rutin berjalan seperti biasa.


Haaa barula best, tandas besar. Ada tempat letak beg, ada tandas duduk dan tandas cangkung berbanding tandas cangkung di tempat lama. Feeling fresh je. Teruja aku nak berlama-lama dalam tandas tu. Wangi.

Bila check berat kena ingat sendiri. Hahaha, alaaa takde hal pun. Banyak je kerusi tuk duduk menunggu turn untuk operasi tekanan darah. Sibuk jururawat ni meng'arrange' cuti raya masing-masing. Sabar je la.
Urine = Normal =) Berat = 49.2kg =) Tekanan Darah = 101/53 Hb
Huyeee, berat naik. Teringat pula time Oni hari tu. 49.3kg dia dah keluar. Tak sabar sungguh. Ada potensi cecah 50kg ;) sukaaa.

Ahaaa macam biasa, sesi menunggu giliran dipanggil berjumpa dengan doktor. Dek kerana aku tak bawa sebarang bahan bacaan makanya, bermundar-mandir la aku di ruang pemeriksaan tu. Snap gambar sana-sini.

Beralih-alih tempat duduk, untuk menguji kerusi. Hahaha, jakun. Tapi, memang lama betul nak sampai giliran aku  walaupun bilik pemeriksaan semakin banyak dibuka menjelang tengah hari. Ada seorang doktor, staff di PPUM. Melayan dia berborak. Haih! speaking beb. Terbelit-belit lidah aku. Lantakla, hilang juga kebosanan dalam kesejukkan.

Sampai giliran aku, dapat doktor muda yang sempoi. Kita cerita pasal pelan untuk bersalin serta risiko-risikonya dimana aku juga terbabit bila menyatakan risiko untuk aku bersalin normal. Ho'o. Nanti kita cerita ye.

Bila keluar, aku diarah untuk buat temujanji scan pada pemeriksaan akan datang. Mana pula aku kena redah ni. Tanya staff, lor rupanya selama aku menunggu tu, aku ditingkat 2. Hahaha, manala aku perasan. Scan di tingkat 1. Lepas ambil temujanji, buat temujanji untuk check-up akan datang pula.

Next check-up 15/09/2011. Habisla, dah sental kuih raya banyak time tu :p Lambat pula abi datang ambil. Balik check-up aku ke pejabat pos untuk pos kad raya. Hehehe. Dan lepas tu, aku membongkang tidur. Rasa kering tekak dan letih benar.

Sekian sahaja sesi menerjah KIM, PPUM yang baru. Hiii, teruja pula nak bersalin kat tempat baru. Katanya suami boleh teman. Nanti aku usha lagi eh. Boleh bagi abi insaf sikit. Gambar takde, nanti orang jemu lagipun aku dah gemoook. Hihiii. Daaa.

19 comments:

Aini Azman said...

semoga akak n baby ok2 je ye,. ^^"

akk nak alamat rumah akk, aini nak post kad raya utk blogger yang aini sukaaaa....=)))

puanstoberi said...

bes eh?? tpt baru kan??
Nak check up situ gak lah.

Ehh..??

hik hik..persediaannn.... hihiiks

rasp said...

bagus lah sis kalo en abe leh temankan nanti...
sama2 go tru experience bersalin...
saat yg best sgt :)

Sis Lin said...

baru 49kg...huhuhuhu anak sis 45kg...so sapa kurus sapa gemuk ni...

sis??? 59kg..arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Mama Kembar Tiga said...

wahhh cantiknya KIM tu! tempat main budak budak pun besar & best. kalau si kembar ni pun, mau nye tanak balik hehehe

cha, cha yang peknen pun still ringan drpd mama, uwaaaa!

Izan Ishak said...

kak izan yg tgk2 gmbr je pun teruja sama... tp tak de peluang dah nak merasa pun...hehe...

mamaarifakeemaisy said...

alhamdulillah baik semunya..peknen boy berat mesti naik..baby boy berat tau..hee~

kak eina sebaliknya la ch@ ..sedey..hu~

waa bestnye tmpt baru..teruja nk bersalin sana ek..hee~

eima said...

Ch@ bkn ke dah masuk 28 week dah start check up every 2 weeks ... aku dah start dah ... next checkup aku 25.8.2011 ni ...

Shu @ Mrs. Hamid said...

Cantik la, klinik baru ibu mengandung. Macam ni la baru standart PPUM, baru la selesa.
Ni yg tak sabar nak wat antenatal check up kat PPUM ni :D

Anonymous said...

sonok nye pi wat cekup huhuhuh windu saat2 itu

Iman's Umi said...

Wah ch@...tahniah3x...dh lama x jenguk, dh jg preggy mom...sukanya...tahniah ye skali lg...jg diri dn kandungan...dn slmt berpuasa...ohho...Cik Onni jd kakak la x lama lg.

Bee said...

http://puanbee.com/kad-raya-pertama/

ch@ maceh dengan kad raya tu .. terharu den sob sob ..

seronok ah klinik ada tempat permainan bagai tu ch@ , kalau mcm bee bawak anak2 tkde lah kecoh sgt , letak je kat tmpt permainan tu ...hikhik ko suka berat naik eh ch@ bee tk suka....

ch@ said...

AINI:
eheh, tQ2.
address? nk beri kad raya? bg e-card je. hihiii, zmn kn dah canggih.

kekDA:
boleh2, esok2 kekDa checkup dah boleh singgah rumah kita =P

RASP:
ahaaa tu la, harapannya mmg sungguh tinggi ;)

SIS-LIN:
45kg tu berat asal kita.
59kg ok la utk handle rmh tangga dan beranak 3 sis.

KAK NANI:
hahaaa itu la, kita yg menunggu pun rasa seronok tgk budak2 main, riuh rendah dgn suara dorang.
hahaaa, tu tak dapek nk nolong kak.

KAK IZAN:
insya-ALLAH, tak pregnant pun mana tau kak Izan melawat saudara mara kat sini? kan?

MAMA LIEYNA:
ada dengar mcm tu juga, tengah nak mantain & kasi seimbang berat baby dgn mak dia. cepat sgt mengahnya.
sgt teruja.

EIMA:
ha'a, tapi sbb aku nk sama kan dgn appointment scan. jadi ganjakkan.

SHU:
dah mcm hospital swasta yg lain. mewah je rasa.
ha'a boleh teruskan di sini utk checkup seterusnya.

FAZILZURA:
hihiii, sbb rindu mcm zura la kita pregnant kembali ;)

UMI IMAN:
tQ-tQ, itula tg blog org tu pun statik mcm tu je. insyaALLAH doakan saya selamat.

BEE:
hahaha, sama2 bee.
suka sgt berat naik, aku harap kali ni lps la 50kg.

Salina@IbuAqil said...

Cha!! Akakpun x sabar nak tunggu adik baru Aqil keluar.. Cha, tima kasih sbb sudi bg oni jd adik aqil.. Untuk akak berbelog ni.. Bkn setakat aqil ada ummi, mama, mommy tp dia jgk ada adik2 abg2 serata malaysia.. Terharu akak dgn keizinan cha bg oni jd adik aqil.. Pstt psttt!! Bleh bg oni tido umah akak semlm x?! Kihkihkihkihkih ;p

Jue said...

kejap pulak rasanya dah 30 minggu tak lama lagi adik oni nak keluar ye...

Mek Rose said...

cha, kang ko tgk bilik bersalin n wad lepas besalin sure lagi teruja..aaahha cantik..tapi ati2, bil agak tinggi akak duk satu malam pon terasa..tu belom kos bersalin lagi.ehhehe...

tapi akak tak tgk kelibt lelaki dibenrkan masuk ke wad bersalin..frust di situ.

ch@ said...

IBU AQIL:
kitakan satu keluarga.
apa? satu malam? haru mak dia cari nanti.

CIK JUE:
alamak cikJue, jgn kira. cuak nih.

KAK ROSE:
ooo ye ke, kita guna GL abi.
ni rasa teruja ni.

♥SyilaSyira♥ said...

kerusi menunggu hijau...sedap mata memandang..kerusi pun sedap je nak duduk..kikiki..wah...husband leh teman ek klo bersalin kat situ, bestnya..bg sang suami insaf dan lebih sayangkan kita..ahaks..semoga tercapai hajat cha n semoga bersalin normal...

ch@ said...

SYILA:
insya-ALLAH, doakan sy ye awak. sy cuak gak ni. tu la, dah tak cekang urat saraf bila kena tunggu lama-lama.