Thursday, 30 June 2011

Teman setia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku memang jarang menyatakan ketiadaan mood sebagai entry blog. Sebab bila takde mood, mood ke laut  atau tiada idea aku akan buat menda lain, contohnya handmade card atau pun tadaaa.

Keluaran Edukid Distributors Sdn. Bhd. Salah satu naskhah daripada 4 series.

Kalau dah mengadap buku ni, memang aku tak buat kerja lain dah. Bak kata bos aku, lupa persekitaran. Ampun bos. Aku nak menghabiskannya secepat mungkin, boleh beli buku lain. Hihiii.

Aku suka buat puzzle ni sebab memang boleh hilang stress. Maklum je la main tak payah ikut emo perasaan dan kekadang aku boleh tertidur tanpa sedar. Kalau dah tidur tu memang tak sedarla kan.

Aku memang buat daripada belakang, taktau kenapa, mungkin pengaruh komik. Baca suratkhabar/ majalah pun mesti daripada belakang. Habit.

Lagi, bila aku buat puzzle dalam ni, aku lupa nak guna pc. Bila dah guna pc, mata aku pun rabak secara automatiknya bandwith pun boleh jadi tinggi. Jadi, ia boleh mengurangkan penggunaan bandwith aku untuk bekalan main game FB esok-esok hari. Wakakaka.

Jadi, selain menjelajah blog shopping-shopping, buku puzzle ni pun boleh jadi terapi untuk aku hilangkan stress. Siapa nak, boleh cuba cari buku ni kat mana-mana kedai ye. Memang ada je terjual. Hihiii.

Aku tak pandai main Sudoku.

16 comments:

Anonymous said...

bagus utk minda ibu dan anak ;)

eima said...

tak minat la puzzle ...
mls berpikir ...hahaha
bkn ilang stress tp lagi stess ...
lain org lain cr nye menangani stress ..hehe

Jue said...

betul cha kak jue pun suka buat benda mcm gitu..n sentiasa ada opis senang...dah boring tension terus buat benda2 mcm gini...

Rohani Hashim said...

cha, hany pun tak pandai main sudoku. tensennnn je kalau ngadap sudoku tuh...adeihhh

Izan Ishak said...

bagus ni cha...muhaimin pun suka puzzle. kak izan plak suka sudoku yg beginner punya... yg susah2 tu mmg selalu tak dpt buat...haha

yantisa said...

akak pun ada buku ni .. . Selalu bagi ke budak2 time English week .

Mama Kembar Tiga said...

mama kalau buat word puzzle terus lagi stresss! sbb tak pandai buat asyik salah jer hahaha

i.z.m.a said...

aku main dalam hp je. semuanya fb punya pasal la jadi terlekat ngan natang ni. skang dah install dalam hp, maka harus la sehari 2-3 jam ngadap!

Salina@IbuAqil said...

Cha!! Akak plak kalo tak ada mood mst nak cr org plg rapat utk akak kaco. Dh agak2 org tu panas kene kaco ai pun lari ler.. Ermmm agak2 akak tau dh Aqil suka ngacor org ikut prangai sapa... Ngeh3!!!!

mamaarifakeemaisy said...

aduuuh takde masa la utk tu ch@...tp minat tu ada...suka bab2 ni..tpi..huuu~ itu la..masa tak cukup la, msa nk menjhit pun takde nih..kt opis lg cannot..huu~

ch@ said...

pnCapa:
ibu je main, anak tidur kat dalam.

eima:
aku suka hilangkan cara mcm ni. betulla lain org lain cara.

cikJue:
ha'a, kita punya sentiasa ada dlm beg, boleh buat kat mana2 je.

hany:
even sudoku senang, mmg tak reti langsung.

kakIzan:
kalau tak dpt buat better jgn buat terus, sbb nnt lagi stress. kitakan mmg byk persamaan dgn muhaimin, anak sulung katakan.

kakYanti:
budak2 pun suka main puzzle word search ni. kita dulu mmg tunggu hari Jumaat, mesti dapat ni.

kakNani:
hahaha, mesti mata mama dah berlapis-lapis tu, keliru.

izma:
aku takde hp canggih mcm kau, sob-sob-sob :(

ibuAQiL:
hahaha, mujur org yg dikacau tu sporting. kalau dia stress, habis ibu.

kakIeyna:
akak takpe, banyak hobi nak kena buat, masa tu terisi je.

eija_sweetmama said...

btol2 mmg bole hilangkan stress dan menguji minda..
msti bijak nnti anak dlm perut tu..sbb ummi nye rajin membaca & menguji minda.

sama la eija pun ada habit suka membaca s/khabar/majalah dr m/s belkg.

ch@ said...

eija:
aminnn, pintar, bijak, cerdik, cerdas, cergas mcm kakak dia. kan eija kan? rasa syok je bila baca drpd belakang.

rasp said...

saya sgt suka main sudoku & juga puzzle nie...
mmg leh lupa persekitaran kan sis...
and a gud stimulator for the baby :)

♥SyilaSyira♥ said...

sgt suka dgn puzzle ni..beli paper confirm terjah ruangan ni dulu..:-)

ch@ said...

rasp:
mempengaruhi baby jg ye kak, baru kita tau. sebab, kan mak dia yg main.

syila:
samala. hahaha, siap2 baca paper dgn pen.