Tuesday, 14 June 2011

Sesekali merajuk.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk tak boleh go je. Hahaha, tapiii ada kesan kalau buat dengan syarat tak buat selalu. Kena sesekali je. Bila dah selalu, nanti taktik tak jadi. Opsss! Ngeee.

Bila hari cuti je, mulala mood aku entah ke mana, apatah lagi bila sepanjang hari hanya di rumah, memangla aku melancarkan mogok. Kebosanan. Apatah lagi bila orang yang di ajak berjalan tu, tak mengajak aku joint aktivitinya, sekalipun aku boleh joint sudahnya aku gak yang lotih. Alasan tak boleh belah. Hahaaa. Sabtu mogok, Ahad aku di bawa berjumpa geng.

Haaa, rupanya bila dah berkumpul ni, tembelang sang suami pun pecahla. Bila isteri tidak merancang, sang suami pula pasang rancangan. Pandai-pandai cipta alasan buat isteri untuk bawa isteri keluar tetapi isteri tak joint dengan suami. Macam mana tu? Hahaha.

Dikumpulnya isteri di salah sebuah rumah kawan sendiri. Haaa, bila isteri sesama isteri berjumpa, jadi-jadila sembangnya kan. Awal pagi semua dah kena bangun, nak ikut suami punya fasal rela je la kan. Aku orang pertama datang bertandang ke rumah orang, hahaha. Pening-pening Oni kena bangun pagi. Dan diikuti pnUmmi juga pnZiha.

Juadah pertama, nasi lemak. PnUmmi yang beli. Tuan rumah buat air je. Aku makan dua bungkus. Muahaha. Lepas tu duduk menyembang, melayan anak, menyembang, tengok tv, ketawa, makan-makan-makan. Hadoiii.

pnUmmi dan pnZiha sedang melayan anak. Adam, Nurin dan Oni. Tidur berjemaah.

Bila dapat panggilan telefon, tengah hari membawa ke petang. Sesi menidurkan buah hati masing-masing. Selaku tuan rumah, pnDahlia sibuk pula ke dapur menyediakan juadah tengah hari. Tengah best-best bergotong-royong, gas habis. Aduiii, takpe pnLia, kitorang ok je. Sila teruskan misi masak tengah hari ye. Hahaaa.

Tidak lama kemudian, sibuk sedang menjamu selera, suami pulang membawa bau. Abi siap mandi lagi. Hahaha, kaum isteri sudah tersandar kekenyangan. Kaum suami pula ambil giliran makan tengahari. Detik paling best bila tnAzizi, suami pnDahlia buat udang masak kicap. Huiii, tengok daripada jauh je la sebab aku dah kenyang gila. 

Oni dan Nurin, dua kali mandi. Rapatnya mereka bila mak dan paknya dah nak balik.

Dapat pula ikan tenggiri basah daripada mereka berdua sebelum pulang. Terima kasih pnDahlia dan tnAzizi. Terima kasih juga kepada pnUmmi atas tajaan sarapan pagi. Juga kepada pnZiha, enaknya puding caramel mu itu. Huuu, sedap dimakan bila hari panas. Aku je datang berlenggang. Ngeee. mood tengah swing.
Ini la kesan daripada kemogoan pada hari Sabtu, hahaha. Ingatkan aku je, rupanya isteri yang berkumpul ni pun punya cerita yang serupa dengan aku. Kuikuikui. Inila, bila berpasangan dengan orang beruniform =) eh gambar tuan rumah lupa snap. Kuikuikui.

11 comments:

Puteri Amna Balqies said...

Salam..

"Inila, bila berpasangan dengan orang beruniform" saya suke ayat nih wak..sebab saya pun merasa perasaan yg sama.

even blum kawen pun da ase mcm kena tgl jew kat umah.ujung minggu dok mengadap tv tgk kartun bagai.abes sume channel saya tgk,cite tamil pun saya layan..haha

sok2 saya pun kena tgl gak mcm nih,kesudahannya saya lepak la umah ibu saya menyibuk kat situ pulak,tu kalo saya masih kat k.l la,kalo x jawabnya dok umahla..

(sesekali nak gak di ajak g tempat2 romantik kan betul x? =)

Lelord said...

Ekeekeke ok arr tu dapat gak berjalan umah org

eima said...

kaum bapa gi mana .. pakat tinggal kaum ibu ngan anak2 kat umah kawan tu ??

Jue said...

bestnya dapat kumpul dengan kawan2...
dah lama rasanya tak lepak dengan member mcm gini time cuti....

ps:cik jue pun suka komen kat blog cha..setia pada cha...muahhhhhhhhhhh dari cik jue jugak..

rasp said...

dapat jumpa isteri2 yg satu kepala & spend time dgn dorang best gak skali skala...
mcm2 stori leh kongsi kannnn...

zaidah said...

diorang nie gie memancing ker cha....sampai sanggup tinggalkan kaum ibu serumah plak tu....hehehe

Shiqa Nawar said...

huhuhu berkesan sungguh ayat akak tuh.. ayat yg mana? biar lah rahsia.kekeke

uihh cik kak majuk mulut muncung x

eija_sweetmama said...

hehe..btol tu bosan kan bila hari cuti xde kemana..sesekali bole la hujung minggu duk umah selesaikan kerje2 rumah..

shay said...

@Puteri Amna Balqies alahai siannya... sampai macam tu sekali...

kita tak kawen ngan orang yang beruniform tu, tapi kita kawen ngan orang yang kejenya ada shiff...

sama jugak selalu kena tinggal... huhuhuhu....

ch@ said...

cikZila:
:)

kakLela:
hihiii, betul2. lagi best drpd keluar cuci mata sebab boleh baring2.

eima, kakZaidah:
dorang pergi main futsal. ada dua yg sedang pregnant, dorang fikir bawa isteri ke futsal pun, isteri pregnant ni kena ngejar anak juga.

cikJue:
yg best tu, bila bercakap ada respon. orang dengar kita nak cakap, bertingkah kata-kata. hihiii.
* sayang cikJue ketat2.

rasp:
tepat sekali kak.

shiQa:
hahaha, mestila muncung. buat muka majuk ala2 comel sikit. mesti dia tak sampai hati. hiii.

eija:
yezza. kerja rumah kadang2 kita dah siapkan awal2. biasanya cuci baju je la.

mamaShay:
rasa sedih je kan kena tinggal. kadang2 rasa best.

♥SyilaSyira♥ said...

best tu sesekali merajuk...tapi klo xdipujuk...merajuk leh menyebabkan mulut muncung xhingat..hahaha..