Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Huyeee, mari tepuk ramai-ramai esok cotiii. Wiii.
So, agenda esok rasa nak pergi tengok baby baru Eija. Tapi belum menyuarakan hasrat pada mrABi, orangnya pun tak jumpa-jumpa lagi. Jumpa tapiii tak sempat nak berbual dan bersembang. Dekat tapi jauh gitu.
Dua hari lepas, mrABi tanya aku 'mana ketip kuku?'. Aku diam kejap, berfikir. 'Ada kat tempat sangkut kunci tu' terus menuju dan dapat. Tak lama lepas tu dia tanya lagi aku 'mana bateri baru yang beli banyak hari tu?'. Muncung aku menghala ke almari di sudut rumah. 'Tuuu, pintu paling atas sekali' jawab aku sambil baca novel.
Seterusnya malam tadi, dia balik kerja lalu memberi Oni duit syiling untuk masuk tabung. Oni ada tabung baru. Setelah mencari pusing keliling ruang tarmu, 'ada tak? mana tabung Oni?' mrABila tu yang tanya. 'ada dalam bilik komik, dia buat main tadi' jawab aku yang tengah mamai. Oni dah tunjuk bilik, tapi dia tak pergi tanpa teman sebab gelap.
Tak lama lepas tu ada lagi soalan yang keluar, 'mana ubat Oni, umi?'. Sambil mencari-cari. 'tu ha sangkut kat pemegang almari tu' aku jawab mata tengok SpongeBob dah tengah malam buta. 'antibiotik takde ke?' mrABi tanya lagi. Aku dah jeling dia, 'tak ada, doktor bagi tu je, sesema dengan batuk. Ubat demam dalam peti, ada yang baru tapi kat rumah pengasuh' jawapan lengkap.
Pagi ini aku baru terfikir, semua isi rumah aku tau. Nampak sangat, bila mrABi tanya aku terus je bagi jawapan. Cumanya, kadang-kadang aku lost juga, lagi-lagi bila dia tanya barang yang aku tak pernah tau. Daripada sebesar-besar barang sehingga sekecilnya.
Adakah ini namanya Queen Control. Tapi kalau aku suruh dia menyimpan barang, sama juga tempatnya, tempat biasa aku simpan barang. Cuma tak berapa kemasla. Sakit mata bila tengok. Hahaaa. Kalau barang-barang dia, biasanya aku suruh dia simpan sendiri. Hrmmm.
Kalau boleh, selagi ada ruang selagi tu la dia nak letak barang kasi penuh. Haih! aku suka rumah lapang. Takpe ke eh? Tiba-tiba aku terfikir ini pula. Walhal dah duduk sebumbung lama.
17 comments:
bkn queen control la tu...
tu nama nye efisyen....
hehe klu aku ... jenuh gak la mencari nye... sbb aku suka ubah2 tmpt simpan brg..ikut dan aku je ..hehehe
tu bukan quenn control la sayang.. tu alert namanya.. semua isi rumah kita mmg tau sebab kita adalah suri rumah dia.. hehehe
itu nama nya super Mama :) tol tak.. lgpun smua bnda2 tu akak yg wat.. so mesti tahu kan..
tp kdng2..fra jd hilang ingatan jugak! hehehe...lately ni mmg senang btl jadi pelupa lah..tak leh igt mn simpan brg..adeh
haha..zaman bersama,saya yg suke letak barang tapi lupe..awkla tukang kemas dan ingatkan kat mane kan?hehe
bagusla org laki nih mmg kalo letak barang sume nak kite ingatkan..kang dia letak kat situ, g cari kat tempat len..hehe
isteri gak tempat rujukan..sebaiknya kita la yg tolong simpankan..
oopss lupe nak bagi tahu,karpet awk saya cadang nak hantar dobi sudah berabok,dah lame saya tak pakai karpet tu idung saya gatal dah,t saya nak hantar g dobi cuci bole ke?
ingatkan cha buli mr abi.rupanya tak.bukan queen control tu, itu alert namanya yelah mr abi kan tak de selalu kat rumah kan
cha, tu bukan queen control tu. tapi house manager aka admin assistant aka bibik - sebab jadi tukang kemas laa kita tau kat mana semua barang ada, kan? hehehe
cha tu bukan queen control...sebab apa yang cha alami sama semua isteri2 lain ...cik jue pun sama semua barang cik jue simpan kalau tak memang selamatlah....mcm kata mama kembar 3-hause manager aka admin assistant aka bibik...
awak nak tgk baby EIJA yg kt cheras nun ke? ke org lain huhuhu ..
zr dok cheras jgk , lum smpat nk terjah baby eija tu.. sok pun rs nye mlm baru sempat, siang kene lepak kt library beso psl en somi ado exam senin nye...
hikhik..bagus la gitu...bukan queen controll namanya tuh...isteri yang sistematik..ngee..ada kee?..suka2 je bg istilah..
tapi yelah byk perkara, isteri lebih tahu dr suami, rasanya kaum isteri luangkan masa di rumah berbanding suami, tu psl byk benda kita lebih tau, mana simpan itu ini..eh dh memang kita yang simpan kan, so kitalah lebih tau..hee~
tapi tulah tabiat suami, suka tanya itu ini, padahal kdg tu, benda yg boleh je dicari dulu..haih..^_^
hehe..cha..selalanya mmg isteri yg tau semua barang letak kat mane..sbbnye kita yg byk mengemas..laki pandai tanye jerk..huhu
tu bukan queen control...tu queen of the house...segala neka dia tau.tapi kan org lelaki mmg mcm tu ek...semua benda nak tanya kita....husband akak pun sama...
itu bukan queen control lah hehe ..bagus lah semua tahu dari semua kemana2 tak tahu kan
eima, farra:
ooo kita mmg tak boleh sebarang letak, sebab tu la bakal ditanya di kemudian hari.
kakEida:
tapi yg tak bestnya, kadang2 sesuatu tu memang tak beralih tempat pun, tanya juga.
shiQa, dilaz, kakNani, cikJue, eija, kakIeda, bee:
mcm tu la nampak gayanya.
cikZila:
dah duduk sebumbung, mmg letih nak kena ingat semua benda.
** hantar je, sy pun dah lupa karpet tu.
zura:
errr. hehe. ok.
kakIeyna:
perenggan akhir tu la yg kita jadi muskelnya. carila terlebih dahulukan?
cha, tu bukan queen control la...huhu kalau kes hany lak. hany yang simpan semua tapi hany akan tanya MZ kat mana kat mana...ahaha nanti MZ start la bebel, lupe la apa la...
huhu tapi memang logikla kan isteri akan tahu semua brg kat mana sbb isteri yang kemaskan semua...
hany:
hahaha, itu pun kadang2 berlaku gak kat kita. membebel panjang mamat tu.
hihi....klo dalam rumah mmg si isteri lebih tahu kan..tapi klo kita lupa, nak tanya kat sang suami..emmm...mcm tanya kat diri sendiri jek la...
Post a Comment