Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam, ceh cerita semalam la kan, hehehe. Aku dengar berita, ala sekarang pun dah riuh pasal makanan seimbang di sekolah, di luar sekolah, di rumah yang membabitkan pelajar sekolah obesiti.
Aku dah lama meninggalkan zaman sekolah, tapiii masa zaman aku sekolah dahulu tiada pun isu pasal makanan sihat dan tidak sihat ni, ye la mungkin aku bersekolah di dalam felda yang suasananya bagaikan desa nan permai.
Dan, pada era tersebut yang aku masih ingat kesedapan sambal keropok lekor dan juga kenikmatan makan aiskrim potong di luar kawasan sekolah. Untuk merasai kenikmatan tersebut, aku terpaksa berjimat kerana setiap hari aku hanya dibekalkan dengan RM0.50 sahaja, RM0.30 sekolah pagi dan RM0.20 sekolah petang, tak pun pandai-pandailah kan.
Kalau nak makan kena ikat perut sehari, then dapatla berjoli di luar sekolah. Itupun kena make sure, papa or mama tak datang tunggu kat luar pagar. Kot tak, kantoi.
Dalam sekolah masih juga ada jual kuih muih, mi goreng, mi hoon goreng, nasi lemak, cekodok yang berat RM0.30 dan yang kuih-kuih RM0.20, lagipun aku selalu bawa bekal dan makan di rumah. Tu sebab, aku kurang belanja di sekolah. Tambahan pula apa dikira zaman dahulu dengan sekarang yang barang-barang runcit mencecah harga tinggi.
Naik sekolah menengah, barula aku jadi mata duitan. Aku duduk asrama, mak bapak jauh. Duit tak ada? minta je, barula boleh berjoli beli makanan di luar sekolah. Tapiii aku tak boleh juga nak buat demikian, sebab? makanan dewan makan asrama dan kantin sekolah sangatla menawan kalbu. Ye, time ni memang nampak akan kegemukkan aku. Hari-hari disogokkan dengan kesedapan nasi kawah dan lauk pauknya.
Jadual menu, tertampal di pintu dewan makan. Hari-hari seimbang, baik pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Sikap rajin dan malas, juga suka atau tidak sahaja yang menguji seimbang dan tidaknya makanan yang di ambil. Macam mana tak gemuk.
Habis sekolah aku sambung belajar bawah Jabatan Tenaga Manusia sekarang Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Buat sijil, aku terpaksa makan kat luar sebab dewan makan dia super tak sedap. Buat diploma, ye sedap-sedap. Menunya, agak serupa dengan masa menu sekolah menengah.
Aku dah biasa, kalau masih lapar lagi aku ajak mrABi keluar, pergi beli stok megi dan biskut. Ngehehe. Bukan susah pun. Tidak cerewet soal makan sehingga aku di gelar tong sampah.
Dan aku rasa, masalah makanan seimbang atau tidak, obesiti atau tidak dikalangan pelajar bukanlah salah peniaga mahupun pengusaha kantin, kerana mereka mencari rezeki. Akan tetapi, sikap kita sendiri, kesedaran kita terhadap pemakanan yang kita ambil.
Menu di sekolah, di asrama sudah sedia ditetapkan oleh kementerian yang sudah pun menjalani proses penyelidikan dari segi kesihatan. Lagi pun, masa aku kecil aku dididik oleh mama papa supaya menjauhi makanan ringan. Kerana, kata mereka, kalau nak jadi yang tercorot dalam kelas, bolehla makan.
Daripada kecil lenturlah anak-anak dengan makanan yang sihat, seimbang, dan kena rajin masak. Huaaa. Kena batang hidung sendiri ni, malas masak. Adus. Berusaha.
11 comments:
bg aku ..tak isu pasal obesiti di kalangan pelajar berpunca dr sekolah...
kat skolah byk mana sgt budak mkn ...
tp kat umah kite tatau kan...
kadang tu mak pak yg tak jg pemakanan anak ...
cth anak buah aku...
dr kecik lagi dah gemuk .. takkan nk salahkan skolah sedangkan budak tu br darjah 1...
masa skolah mama slalu benar makan jajan secara curi curi takut kantoi ngan mak bapaj, sampai laa skarang ni suka makan jajan... mmg laa aii kategori obese dah nih huhuhu...
huu~ tetiba teringat, mak kak eina dl cukup pantang anaknya makan megi..kalau nak merasa sgt, time cuti mak g noreh,sempat la curik2 beli kt kedai, pastu makan, pastu plastik kena pi buang jauh2..hee..kenangan sungguh..skrg?..berleluasa je mkn meggi..ngee..
oooh menu feberate kak eina masa sekolah, laksa! haha..balik sekolah nek beskal, tp beli laksa dl, 20sen ja..sambil kayuh beskal sambil geget kt bucu plastik laksa tu..haih..mcm2 kenangan zaman sekolah..
pokok pangkalnya..ibubapa sendiri la kan, lenturkan anak spy biasakan diri n pandai pilih mknan yg mana elok dan sebaliknya..~
Cha!! Apapun kalo masuk bab ini.. Akak x payah nak riso.. Makan le banyak manapun.. Makan le jenis kategori mkanan apapun.. Akak ttp kurus kering kedengking jugak.. Adoiii cha!!! Camna nak gomok cha oiii..
dulu masa sekolah2 memang kurus....susah nak naik badan...abah bekalkan akak masa tu 20 sen...tapi selalu tak belanja sebab kat rumah dah makan n mak selalu bagi bekal...so duit simpan...anak2 akak sekarang nie ayahnyer bagi 2 hinggit...kekadang bila balik sekolah tanya jugak makan apae...dia jawab makan sosej...adui....nak salahkan pihak sekolah pun tak bleh sebab mak bapak sekarang niepun tak sempat nak masak...so masak yang senang aje....dah panjang dah...stop...
yeah Syasya. Bkn salah makcik kantin yang menjual nasik lemak itu.
sian mereka. hihihihi :D
cha, umm betul jugak kan...tak fhm la...boleh tak bila nasi lemak dah tak dijual di kantin sekolah, maka tak nama kantin la ahaha tak syiokkk owh ;)
eima:
entahla eima, sebab time aku dulu mmg cukup makan kat sekolah. agaknya taraf hidup tinggi mempengaruhi tak?
kakNani:
kena kawal tu kak, jajan kalau terover, mengundang bahaya. kita memang kurang, kalau mrABi beli, dia je yg makan.
kakIeyna:
dulu, kerap je makan megi. mama malas masak megi je la. bila dah belajar, dah tau megi tu tak berkhasiat, makan juga. hahaaa. ikut hati la sebenarnya, kalau nak makan.
ibuAQiL:
persoalan itu masih belum kutemui jawapannya bu, sebab mungkin memang dah azalinya ibu memang begitu.
kakZai:
betul, masa kita dulu cukup makan la senang kata. semua makanan disediakan oleh kantin sekolah dan asrama. then, kalau kat rumah mama memang tak missed memasak.
kakReen:
SETUJU-SETUJU-SETUJU, sebab mama kita pernah buat kuih, hantar di kantin sekolah.
hany:
betulll. nasi lemak adalah trademark kantin. tak kira asrama mahupun sekolah.
betul tu.. dr kecik kan kena lentur..tp tekak budak skang ni tak sama mcm kita dulu..
dulu mak2, leh siap kan bekal..skang ni, o dont think so kan..
semua bagi duit..nah beli lah ape nak..tu pasal kbykkan budak2, dh kena drh tgi pun ade uuu...
*cha cite monyet tu, mmg dr tv pendidikan, kt download kat youtube..tu yg dok ulang2 tu tgok..
syila sama cam ibu aqil..mkn cemnapun badan still kurus juga...teringinnya nak gemuk...tapi bukanlah obes...huhuhu
farra:
betul tu farra, mak malas buat sarapan pun still belikan makanan yg berkhasiat utk di bawa ke sekolah. sekarang, nak buat macam tu kena wanita betul2 besi dan waja la.
*sebab kita selalu layan cerita monyet tu.
syila:
tengok syila pun dah tau, mmg badan tak akan naik punya, pulunla makan macam mana pun, macam tu juga. janji tiada penyakit kronik sudahla syila.
Post a Comment