Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hiii, semalam i'm going to PPUM, ooo pergi membooking je, di mana Oni dilahirkan di situla adik-adiknya mengikut jejak, habis anakku semuanya anak jati KL. Adus.
Then, pergi scan baby di Mediveron (panel), pening sebab baby besar dari sepatutnya. Masalah ni juga berlaku pada Oni dulu, hahaaa. Sangat aktif guling sana-guling sini, lambai sana-lambai sini, angkat-angkat kaki, mentangla ruang masih luas. Kemain. Kata doktor sepatutnya ikut hari pertama datang bulan yang terakhir baru 10 minggu, tapi bila diukur-ukur sudah 12 minggu, huuu. Takpe, kita tunggu scan akan datang ye.
Bagi aku biarla pempuan lagi, suka je aku nak pakaikan gaun sama macam kakak dia, tapi kalau lelaki pun lagiii aku suka. Tunggu je la.
Ahaaa, time for dating. Tapiii dating kali ni 2 kereta, aku bawa waja, mrABi bawa kelisa. Apa kes? mrABi bawa kelisa pergi betulkan gegaran tah apa tah lagi. Selagi tak sedap dia membawanya. Tinggal kelisa di bengkel bawa waja ke IOI Mall, Puchong.
Jalan pegang tangan wei, acceh romatiknyaaa macam dulu-dulula. Hikhikhik (gelak gedik). Pergi menonton wayang, Hikayat Merong Mahawangsa terbaikkk. Aku rasa tak nak kelip mata tengok filem tu, lantakla orang yang tak suka mengkritik kan? janji, aku suka.
Ada orang ambil kesempatan.
Going to Jusco, cari botol susu Oni, lagiii la kan selagi koleksi tak mencukupi. Ngeee.
Ok, sambung jalan-jalan pergi cari kedai buku, satu hal lagi. mrABi pun dah malas nak ikut. Sebab dia tau sangat bila bini dia ni masuk kedai buku memang makan masa la kat dalam tu, kalau shopping biasa-biasa tu memang aku tak berapa sangat. Hahaaa.
Hiii, buku katak tu kakak Oni punya ye.
Bila sudah tiada apa mahu dibeli, balik semula ke bengkel. Balik rumah dengan dua kereta lagi. Huhuuu. Apa jenis dating daaa. Hahaaa.
Anak dah nak masuk dua, mrABi memang seperti dulu, terasa mengimbau kenangan lama pula bila berdating begini. Hihihiii.
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Ziela at PutriAmnaBalQies. Semoga sentiasa ceria, gembira, muda dan terus berusaha menuju puncak kejayaan. Frienship forever, mmmuah!
17 comments:
syoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dia!
br 10 minggu ...
la baru lagi la ek .. sama la kite ...
aku misi ckp 9 minggu last week ...
indahnya time bebadan 2 ni kan. keke
agaknya bila kita mengandung kali kedua ni..baby dlm perut tu lebih aktif berbanding yg pertama dulu kot..sbbnya eija pun yg 2nd baby ni mmg aktif sgt baby dlm perut..masa zaquan dulu dh nak dekat2 br rasa gerakannya.
wow byknye membeli..bagus2..:))
jelesnya tgk cha dpt dating berdua..g tgk wayang pulak tu
suka la entry ni.. semoga akak sentiasa berbhgia selamanya. romantik gituw awww..hehehe
eh eh eh..jap2..chop2!!
oni nk jd kakak ke????
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...sgt terkejut!! bestnyaaa!!
taniah!!! tc tau!!
* no wonder lah cat rumah pun btukar ye!! hehe
romantiknyeee...
walau sbyk ank pun
perlu dikekalkan sprti
saat bcinta dulu..kan..kann ;)
wah! bestnyer g dating together2..hehe..mesti cam time bcinta dl erk..
thn ni ramai org dpt bb gurl, rsnya mesti thn depan byk bb boy lak, xkisah la kan janji anak2 sihat..hehe
tingin arr nk g nengok citer tu. tapi tunggu dvd je lah kot.
baby boy baby boy! hehehe..akak yg teruja ni.
bestnye dating berdua.....
i like ....
cha, taktahu pun..CONGRATS cha....
tahniah cha..!! ^_^ Ros br tau.. dh lama sgt xbukak blog ni ha..
dating berdua je..cikOni tak tgk la merong maha wangsa tu?..hee...berdua lg syooook eh..kan3x..
tp akak pun plan nak tgk citer tu, yg pasti bwk arif loor...dan yg pasti kena tunggu en suami balik dl..hee~ tak sabar, 2 hari lagi..lalala..he~
sonoknyeee:)
smoga bahagia smpai bila2 kak:)
pnCapa dan cikJue:
hiii, esoknya lenguh kaki sebab banyak berjalan.
eima:
dekat-dekat la due kita nanti. hiii.
ann:
harusla menikmati dengan sepuas-puasnya.
eija:
masa yg pertama pun serupa juga. aktif dok main buka mulut, tutup, buka mulut, tutup. kaki tak diam tendang-tendang masa tengah scan.
hahaaa jalan pinpim tangan tu yg tak tahan tu.
shiQa:
kau memang suka yg romantik-romantik dik. agaknya kalau akak cerita pasal macam mana kitorang jatuh cinta agaknya, mesti korang tak percaya kan?
farra, hany dan kakRos:
terima kasih korang, rasanya ini entry kedua pasal baby. oni dah jadi kakak.
ain dan yus:
makin tua rasa makin jadi pemalu :)
kakHajar:
Oni lahir tahun ramai lelaki, ini dalam perut ni tak tahu lagi, tunggu dia nak surprise macam kakak dia juga agaknya. janji dia sihat.
bondaWiya:
bestla bagi kita yg memang suka filem epik macam ni, hahaaa tah tu, dia pula yg over. kan anak kita bersama.
kakIeyna:
countdown kak, countdown. rasa berdebar tak? kita nak tunggu abi balik, semua perasaan ada. suka, nak nangis, rindu, geram. hiii. ha'a berdua je, oni belum boleh fokus lagi.
tahniah cha...oni akan jadi kaklong tak lama lagi!
mmg seronok dpt dating berdua2 kan... bila lagi~
kakIzan:
sangat seronok, memang peluang keemasan namanya.
Post a Comment