Wednesday, 9 February 2011

Oni, jangan menari atas meja tu.

Salam satu Malaysia.

Hiii hari ini hari terakhir aku di rumah, siapla esok aku memulun kerja, sepi la seketika hijaucantik tanpa berupdate. Esok hari yang sibuk.

Kan aku dah kata, sekalipun tidak keluar pergi bershopping, Oni tetap dapat hadiah. Dalam senyap-senyap mrABi bawa dia pergi kedai, balik-balik bawak meja dengan kerusi. 

Haiii Oni, beruntungnya. Bukan takat itu je kiri kanan tanya penuh dengan coklat. Itu mak dia la yang tukang makan tu. Teruja betul bila dapat meja ABC tu. Terkenang lagi meja ABC aku dulu, serupa dan sama berbeza cuma warna. 

Ada lagi tersimpan di rumah Johor tapi dah berkaratla. Hihiii.

Makan biskut ikan bertemankan kucing kesayangan. Seekor aku dah buang sebab nazak sangat.

Duduk dah ok, malangnya makan tangan kiri. Semuanya serba kiri, left-handed. Then perangai baru nak makan sendiri. Padanla manjang aku suap dia tak mau, jadiii aku kena buat pembaharuan. Bagi peluang dia makan sendiri. Lebih banyak dia makan sendiri dari makan bersuap. Misi berjaya.

Hangin juga bila tengok bersepah sana sini, tapiii anak. Belum sepenuhnya boleh berfikir sempurna selagi tak mencuba. Biarlah. Buatlah.

Hari ni aku kemaskan semua buku yang aku dah belikan letak atas meja tu. Doodle dia pun ada walaupun murah RM5 je aku beli. Nyata, dia suka. Mulut bising, tangan kaki badan semua bergerak. Orang yang paling berpeluh dalam rumah, Oni la orangnya. Sihat.

Setakat ni dia belum berjoget atas meja tu lagi, dia dah try panjat tapi gayat. Aku yang tengok pun gayat. Meja tu tak berapa nak kukuh.

~)@ Hari ni nak bawa pergi inject, janganla dia buat perangai kat klinik nanti.

16 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

sama kes la ni...oni suka cat meow2 tu ek, kalo balqis dah 3 kali beli then 3 kali jugak lingkup...langsung tak mengenal erti perit getir mencari duit...dah nama pun budak tau order menan je...ye dak?hb kat sini

eija_sweetmama said...

cikoini dh dapat meja baru..
kena belajar rajin2 tau..

ohh oni suka cat ye..
abg zaquan suka tiger..huhu

eima said...

bahye nye...
jatuh kang...
onie sungguh lasak kan .. ngeri aku tingat aksi die atas keta pink tu

rasp said...

adik beradik cat tu ada kat umah i sekoq, tapi warna white :D
pandai nak berdikari dah ya cikOni nie...
hopefully tak melalak le dia kena inject tu...cian dia...

Anonymous said...

oni,uwais nak pinjam meja boleh?hehe

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

acik nak pinjam boleh tak oni???cik jue dah dapat hadiah n kad dari ch@..cantik=comel=sweet sangat...

Zaidah said...

dah dapat meja baru....sama ngan adam nak makan sendiri...cik oni kidal kot sebab tu makan tangan kiri...

:: Mrs.SyahNia :: said...

cik oni dpt meja mkn baru arr..
kak pasni mkn same2 kat meja baru oni yea
hehe ;P

ch@ said...

@anje
kalau dah namanya budak, serupala. memang dah taknak belikan lagi, tapiii abi dia la yg rajin layan.

@eija
uiii tiger? patutla zaQuan garang. tapi anak tiger comel kan? padanla zaQuan suka.

@eima
teror ingatan kau kan? hahaaa. dia mmg pakar aksi lagak ngeri.

@rasp
haaa mata dia mmg dah teruja je bila tengok white cat tu kat pasar malam, mak dia la yg tak bagi beli. dia mmg tak nangis kena injek, tapi nangis bila kena pegang.

@pnCapa
boleh-boleh, mari datang rumah.

@cikJue
nak pinjam meja ke? nanti umi bagi meja makan.
sama2, suka tak? hiii.

@kakZai
ha'a mmg kidal, tah ikut siapa.

qellissa said...

eh cun lah meja cik oni..tp nampak cam x kukuh gak kena hati2 tu takut cik oni naik gak..bahaya..=)

@e_da said...

laa cha.. oni kidal ek.. org tua kata kalau kidal masa masuk tanam uri tu guna tangan kiri.. tah betul ke tak tak tau la...

oni jgn panjat meja ok.. bahaya.. anak dara kena sopan2.. hihihi

ch@ said...

@qellissa
memang dia dah naik, tapi dia gayat. sebab meja tu mudah terlipat, memang bahaya.

@kakEda
tah la kak, masa tu kita sibuk kat hospital lagi, yg tanam tu pun abi dgn abah dia. siapa yg masukkan tak pula ambil tahu. hiii.

Bee said...

bertuah oni kan..best ..

mamaarifakeemaisy said...

waah3x..cikOni..untungnya kamu..dpt adiah aje dr semalam..hehe..bagus2x..ada ABC, nnti tengok hari2, sebut hari2 jd pandai..lalala..hehe..

arif takut tau tucing tu..eiii..meow..ekeke..

ch@ said...

@bee
mak dia puas hati dapat tengok dia senyum.

@kakIeyna
insya-Allah mudah2an kak. baru seorang, esok ada adik2 tak payah beli kena simpan elok2. laaa hati tisu la ayep niii. hiii.

♥SyilaSyira♥ said...

wah..klo meja tu pun oni panjat..mmg superduper girl r..hahahaha...