Salam satu Malaysia.
Fuuuhhh... lega rasanya dah launch giveaway buat pertama kali. Serius, aku gemuruh sampai mimpi-mimpi, nampak simple tapiii hanya Tuhan yang tahu perasaannya.
Amboi, happynya hari Jumaat katakan, sok boleh la guling-guling habiskan masa bersama keluarga ya? Aku pun dah start nak membusykan diri ni. Saje.
Semalam, opis aku agak meriah. Mood aku nak kerja pun ala-ala aja. Kebetulan, pc aku sedang di audit oleh Abamon, so makin la malas aku berleluasa.
Cik PA, Jeanne, bersama orang suruhannya menaikkan pokok Krismas, aku jadi jakun sekejap bila mereka menghiasnya di depan mata. Aku tolong tengok je la kan.
Aku cadangkan letak di pintu masuk, tapiii takde orang nampak katanya, iyala... pasang untuk membuatkan staff tak senang duduk aja, dah fikir nak bercuti. Hahaaa. Akhirnyaaa pokok ini berdiri di sebelah tempat aku duduk. Ceh!
Amik kesempatan, main-main-main je ya...
Macam-macam spekulasi mereka buat, takut aku kena elektrik la, aku kena pasang lagu Krismas la, aku kena tunggu santa datang la, aku gelak aja. Habis-habis aku kata 'ok nanti i nyanyi lagu krismas. Ribut taufan hujan lebat lepas tu jangan la u all pertikaikan pula ya'
Gelak lagi, waaah mentang semua bos takde, heaven engkorang kan?. Tak lama sebelum aku balik, pokok tu dah sempurna siap, blink-blink dan berwarna-warni. Kagum juga aku sebab pokok ni dah generasi ke empat masih boleh diguna pakai lagi.
Jeanne kata, pokok ni akan ada sehingga kita semua sambut perayaan, tahun baru cina-gantung angpau merah, hari raya-gantung angpau hijau, deepavali-gantung maruku, begitula sehingga ianya punah. Kita tengok tercapai ke tidak.
~)@ Kitakan satu Malaysia =) Nasib baik aku tak langgar masa nak duduk tadi, haih! selalu lapang aja.
10 comments:
haha best nya rindu geng opis bee..ermm
oooh 1 Malaysia..tmpt akak takde lak psg sbb sorang dua je yg sambut.hehe..
waaa nk christmas gitu..santa clause xde ke? ekekeke:p
wawa..memang 1 malaysia lah...
bee:
hehe... tolong tengok aja, hari raya esok, semua buat2 lupa.
kakIena:
major cina dalam opis ni, kalau dah kita sorang je Malayunya.
[-suziey-]:
kalau betulla ada, kita cabut dulu. takut.
cikJue:
kitakan 1Malaysia.
sama cam kat opis kitra la gantung ampaw ni 1 malaysia kan deeparayanewyear
baru betul2 satu mesia.. guna 1 pokok je utk smua perayaan. nak tgok la nant staf akak gantung maruku.hehe
anje:
tu la tu. kita asyikla nak langgar pokok ni.
shiQa:
hahaaa kat department ni takde india, maknanya takde maruku akan digantung, hanya guna air liur aja.
bestnya opis yg 1 malaysia...meriah gitu
syila:
department kita hanya ada cina dan melayu sahaja.
Post a Comment