Monday, 25 October 2010

Pengajaran buat cikOni dan umi

Bangun! Bangun! Isnin dah ni, kerja.

Sejak dua menjak, cikOni balik semula kepada perangai lama dia, buat projek malam-malam buta. Biasanya waktu malam orang tidur, tetapi waktu ini adalah waktu dia paling aktif sekali.

Jam 3.30pagi, jam 5.30pagi, baru dia tidur, lepas tu pengsan sampai pukul 2 atau 3 petang. Itu pun paksa bangun. Rela tak rela je dia bukak mata, paling-paling dia buat muka benci, aiii perangai siapa iniii?

Alkisahnya malam tadi, mrABi sedang asyik melayan game pada PC, aku lipat kain. cikOni sibuk mengendeng kat mrABi. Ya, sekarang ni dia dah terror panjat dan turun kerusi meja makan tu, lebih pantas dari biasa.

Jadi, untuk tidak mengganggu ketenteraman, mrABi pasangkan air terjun wangi (aku yang bagi nama) elok je, mrABi letak sebelah TV. Sekejap je cikOni dah manjat duduk bersila mengadap benda alah tu.

Aku hanya perhati, memang tak lama la tu, kejap lagi terbalik la benda alah tu dikerjakannya, paling tak pun dia masuk mulut batu-batu kecil tu.

Elok aje dia main air terjun tu, sedang mata aku memerhati. Kan? dia dah masuk mulut. Aku dah kata.

'Oni... jangan masuk mulut batu tu.' aku la tu. Teguran kali pertama.
'Oni... turunla dari atas tu.' aku lagi, dah tak tahan tengok dia interframe dan main air atas almari TV.
'Oni!!!' aku dah menjerit kuat, kesabaran teruji. 'abi!!! Oni dah terbalikkan menda alah tu' habis basah plug, lantai, rak tv. Apalagiii.

Nak marah sayang, tak dimarah dia buat perangai.

mrABi naik marah, dua kali cikOni kena jentik, dua kali kena babab, dua kali mrABi tinggi suara. Kali pertama kena, tak makan saman, terpinga-pinga. Aku dah sedih dah.

Kali kedua, dia datang kat aku minta peluk. Aku dukung bawa dia cuci tangan, cuci muka. Dia nak tidur sebenarnya, dah mengantuk. Tu yang macam-macam. Akhirnya dia tidur sebelum dia bangun jam 2 pagi berikutnya. Aduhaiii.

~)@ Pastikan persekitaran rumah selamat, apabila anak sedang membesar begini, jangan letak barang-barang perhiasan sebarangan. Letak tempat tinggi.

19 comments:

Kakmim said...

ala..ciannye oni kena marah...meh dkt ibu...

iman sebelum tdo pn salu kena marah... time org dh layu nk tdo time tu jugak ler die makin aktif nk main..

Zaidah said...

memang memacamlah cik oni nie...menguji kesabaran umilah....bebudak nak membesar memang macam tu...sama macam adam....mengemas aje kerjanye sampat ibunyer letih...last2 lantaklah....hmmmmmmmm

♥SyilaSyira♥ said...

klo lepas babab, marah..time anak tido, kita tgk aser kesian jek kan???asa nyesal plk...tapi klo xdimarah, xditegur takut melampau kan...janji kita masih menegur dan mem'babab' secara berhemah...?hihi.

Sis Lin said...

oo uma sis pun ada jugak air terjun bateri tuh..klu cha mmg bahaya bg oni main tu, kan ada batu2 tu, kang masuk dlm mulut susah cha...

btw..cha gunalah komen pop-up..senang skt x pyh le nk view 2x..huhuhu kdg2 henggggg...

:: Mrs.SyahNia :: said...

cik oni...cik oniiii
cik oni jelezzz tgk ummi
hias umah canteq2 yea..
tu abis suma dia tlangkupkn balik
hehehe...

aiiiyyokkkk ummi n abi dah marahhh
cik oni kebal kene babab
tak nangisss ;)

kakkk..cik oni mbesar
sbagai dak kecik comeyy yg aktiff
t dah beso bia dia plak tlg kmas umah..akak dok diam2 je..hihi

qellissa said...

siannya cik oni kena jentik ngan abi dia..tp biasakan budak2 ni bila dia ngantuk, mcm2 dia buat kan..perangai yg mencabar emosi kita..

Suziey Ahmad said...

sian cik oni kena marah n jentik2 ek..haih..bdk besar ni mana la pham bahasa kita..bg dia sume mainan yg ade dpn mata..sbaar je la..tp mmg kadang gera mgk..ekekeke:P

haih bahaya btl peel cik oni bgn tgh2 mlm ni..xatgi rutin hidup jadi terbalik...paayh..kena betulkan balik..

Diyana said...

hmm damia pn smlm,papa dia babab dia.sbb terover sgt nakalnye.haish.skali skala mmg kena jg haa ajar cmtu..klu tak,die ingat..die boleh suka2 ja over acting geget2 n pukul ali..

alexayussida said...

hehe..siannye cik oni..cumil je nak main sume kan..tp normal la tu kan sis..haa,jd letak tnggi2..:D

die xnanes eh kak?kental habess..:)

Ati Masrif said...

dugaan ada anak kecik camtu..
dulu anak kak ati makan sepit ..gi hsptl emergency buat x-ray, dr bg ubat berak..nasib esok kuar tau..sabar2

@e_da said...

akak pun sama cha kdg2 marah mika.. tp dah sudah tu menyesal.. akak yg nangis,... kalau hubby marah pun akak takleh terima.. kesian sebab budak tak tau pikir apa.. kita yg patutnya berfikir untuk dia.. sian oni kena babap...

ch@ said...

Mira;
masa kita tidur pun dia boleh bangun, terus main. segar bugar. nak tak nak kena tengok juga.

kakZai:
kalau dia 'kemas' barang yg tak bahaya, mmg kita biar aja. tapiii yg bahaya, kenala.

syira:
kita babab lembut² je, tak sampai hati. mrABi je la yg buat. hehe.

sis-Lin:
kita takut keracunan, sebab air terjun tu letak pewangi.

ok dah pop-up dah.

ain:
masinla mulut ain tu, jadi yg terbaik tuk adik² dia sok, walau nakal yg amat. mmg kebal, ilmu apa dia guna akak pun taktau, kena injek tak nangis.

Qellisa:
anak sendiri ok lagi, boleh tangan²kan, tapiii kalau anak orang lain, kena dua kali sabarnya.

[-suziey-]:
sebelum ni dah ok jadual tidur dia, dua tiga hari terakhir ni je dia segar tang malam, terpaksa la aturkan juga. paksa tidur.

kakDonat:
hooo, mentangla dah ada gigi ya. dia geram tu kak, ekspressi geram dia dgn cara m'gigit.

alexa:
dia tercengang je, tapiii sudahnya nangis juga. dah ngantuk sangat, bagi susu, pangku, terus lelap.

kakAti:
huiii makan sepit kak? kan besar sepit tu, eish... takut kita dengar. kita memang keep on eye je kalau benda kekecik tu. cepat berdesup je dia masuk dlm mulut.

shay said...

sama macam dak aimi la... shay sekarang ni dah tak letak sebarang hiasan pun kat umah nih... tunggu dia besar sikit dulu la...

Unknown said...

Sabo2..ch@..
kalau nak lihat ch@..masa kecik dulu2..lihatlah auni..haaa

Nida n' Hanafi said...

Anak2 bila umur begini memang rumah tak boleh dihias... kena banyak sorokkan barang2 perhiasa@bahaya.. barulah keselamatan anak terjamin..

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

ala kesianye..tulah taknak dengar cakap ibu kan dah kena dgn abi...

ch@ said...

mamaShay:
rumah kita pun dah lapang, cuma benda tu baru beli, nak test powerla sekejap.

pakLan:
owh tidak sama sekali pakLan, kita dgn Auni berbeza, mama kita pun kata, kita kekecik tak aktif mcm dia.

kakNida:
ha'a betul tu kak, mainan dia pun kita pantau, semuanya saiz besar dan tak bahaya.

cikJue:
anak bertuah mmg macam ni la. kekadang dia baik juga dgn mrABi nya. tak pandang umi dia dah.

Shiqa Nawar said...

alalala aktif nya cik oni cyg ni.. sabar akak.. budak nk mmbesar, mcm2 perkara baru dia nk wat..

ch@ said...

shiQa:
banyak kali akak merajuk dgn dia, sebenarnya lbh merajuk kpd mrABi. bila pk², sendiri pula rasa tak btl. haha.