Ehem-ehem, lawa tak rumah baru aku? haha, gila ar kan, lain aku mintak lain yang jadi. Tapi... aku suka, suka gila. Semuanya hijau belaka. Ni yang rasa nak bawak tidur je.
Hasil tangan berseni seorang ibu garang. Muahaha, WhiteyMommy la, siapa lagi. Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Disebabkan kemahirannya mendesignkan watermark seperti yang aku minta, makanya membawa aku terus menempah template baru ini. Amacam? Susah ke loading?
Kriteria yang aku minta memang lebih simple daripada ini, sampaila tah bape kali aku kena marah dengan dia, haha. Senang kata 100% memang idea dia, aku? ciput je, bising dengan apa yang tak kena dek pandangan mata. Aku pun bukannya cerewet sangat, lagi senang sebab kepala dia lebih kurang aku je.
Terima kasih kawan. Aku teruja betul tak nyempat-nyempat type entry baru ni.
Oh aku pergi shopping siang tadi, huiii mrAbi offer macam-macam kat aku, jam tangan baru, baju raya, kasut, tapiii aku macam lost. Haha, hilang pedoman bila dapat tawaran macam tu. Apa yang aku beli, barang yang betul-betul aku punya hanya lah RM30, selebihnya barang dapur.
Gilakan? paling banyak shopping, tentulah cikOni, umi dia punya angkara sampai 4 helai baju dia aku sebat. Itu belum masuk, pampers dan susu dia lagi. Keh! keh! keh! mrAbi dua 4 helai t-shirt. Dia tak mahu baju melayu, mahu pakai tahun lepas punya je katanya.
Entahla, aku macam tak tau apa yang aku nak beli, tiada nafsu bershopping sungguh. Betulla apa yang mama kata, bila dah ada anak ni, semuanya anak, paling utama kegembiraan anak. Kekadang tak mikir langsung pun akan diri sendiri.
Nampak juga mrAbi serba salah, dia dengan cikOni je yang berbelanja, banyak kali juga dia tanya aku, betul ni takde apa nak beli? dia pergi tempat jam, beli jamla katanya, aku tengok tapi hati terkenang jam lama, rasa tah? pergi tempat kasut. Ni kasut? cepat je aku jawab taknak la, sebab aku baru je dapat kasut pemberian seorang kawan. Masih tidak aku pakai.
Teringat kakAzi kata, kadang-kadang memang kita tak bernafsu nak bershopping. Aku tak rasa pelik pun, sebab ada je orang yang lebih kurang aku ni :D
~)@ Langsir rumah tak juga bertukar minggu ni, haha. Busy ar...
12 comments:
hehe ane ada marah la... muhahaha
cantik..hijau..tenang jerk tgk..:)
wah..! hijau mata hitam ku! hihi..
tp betul la cha.. bila dah ada anak ni, mmg nafsu shopping dah ter taichi kt dorg plak. manjang je la ada baju baru or barang baru. utk diri sendiri? kekadang sampai lusuh baju @ barang2 tu kita pakai. ahaks!
betulla bila ade anak...semua untuk die je...sdiri punya xbeli pon xpe
cantiklah rumah baru...hijau yang indah
sha;
haha sha marah kita tak takut pun, wink-wink.
kakEija;
hijaucantik ;)
kakAnn;
hijau macam mata orang putih.
sebab kita beli baju sendiri online, baju kurung nak beli di Johor, handbag memang baru je beli, kasut ada orang bagi, cukupla untuk diri sendiri.
kakWardah;
setuju...
kakZai;
terima kasih. hijaucantik.
rumah baru cantik! :))
hui, pelik tu tak bernafsu shopping, rupanya lebih kan utk anak ek..2 thumbs up!! :D
cantik umah baru ch@ ni.
akak suka. nampak tenang je dengan kehijauan bumi.
akak pun bukannya tak rajin shopping, tapi bila melayan kerenah anak2 malas nak keluar umah rasanya.
Jana;
terima kasih, katanya ada sumbang pendapat juga ya ;)
tunggu baby Jana lahir, taula macam mana perasaannya nanti.
ibuWawa;
terima kasih akak, terima kasih pada yang m'designkannya, ikut kita mmg kayu la.
betul kak betul... anak2 tu segalanya.
Cantik umah bru ni, cuma sulur paut ni kacau tulisan skitla ms bc, kena cepat2 skroll ke atas...
cantikkk... suka :)
umiIman;
kena tunggu sekejap, sebab b/ground dia tak nmpk sulur paut tu.
ibuIman;
terima kasih :D
Post a Comment