Sekarang, kena susun jadual blogwalking yang baru, nak melawat blog kawan-kawan kena guna masa yang lama.
Aku suka menilik setiap inci blog orang lain. Tambahan pula aku suka membuat lawatan balas kepada mereka-mereka yang meninggalkan jejak.
Oleh kerana waktu siang aku adalah waktu berkerja maka adalah tidak patut untuk curi ayam, apatah lagi aku telah dipanggil oleh boss kacak kerana bandwith tinggi akibat berblogging. Padahal bukan buat apa pun, aku membaca je.
Daripada dia sekat blogspot adalah lebih baik mencari alternatif dengan hanya membuat rajin terhadap kerja. Lebih kepada bermesej yahu je pun. Muahaha.
Kepada geng-geng blog aku, aku sangat meminta pengertian akan kesulitan, yeye je. Lawatan rasmi aku pada waktu malam dan cuti ye ;) Terima kasih kerana memahami.
~)@ Huh, usah ditanya mengapa datang dan balik opis mengikut masa yang ditetapkan, ini kerana bimbang bandwith tinggi ;) Makin hari makin sayang kat blog ;)
5 comments:
rajinnyer dia menelaah setiap inci blog...akak tak sempat nak buat gitu...
alahai.. dh kena sound ler pulak... mst teruja jer rasa hati nk blogwalking kn masa keja... hehehe
kakHanim;
kita bukan sekadar datang je kak, baca mula sampai habis ;)
Mira;
suka BW sbb tenet laju je kat opis :D
Kt tmpt sy, ada org kata dh ada pekeliling xleh bukak FB...kekeke tp xde plak yg dtg tmpl pekeliling kt bilik ni...tp jika diamati, msh bersepah yg update FB time keje...hai penjawat awam, dpt RM500 hadiah bukak FB time keje...kekeke
umiIman;
office kita memang langsung tak boleh buka. rezeki FB diorang, untung la tu.
Post a Comment