Monday, 23 August 2010

cikOni, cikOni dan cikOni

cikOni dan bola oren. Pandai dah duduk atas bola tu pastu tergolek dok. Muahaha, padan muka.
Siapa sombong dengan umi?

Kamu istimewa, hakikatnya lubang hidung sebesar lubang jarum, tapak kaki sebesar ibu jari dan badan sebesar lengan abi.
Kamu membesar dengan baik, meniarap, mengesot, merangkak, duduk dan akhirnya berjalan.
Kamu baru seorang, walaupun seorang umi sangat berpuas hati dengan perkembangan kamu.
Kamu baru satu tahun tetapi kamu sudah berlagak macam kanak-kanak besar.
Kamu menjerit bila umi bangun masuk bilik air tinggalkan kamu.
Kamu mengekori mana umi pergi.
Kamu bersujud bila umi bersolat, mulut kamu ikut terkumat-kamit.
Kamu makan bila umi makan.
Kamu turunkan semua album gambar umi dan panjat naik atas almari tv.
Kamu panjat sofa bila umi baring atas sofa.
Kamu merengek mengada-ngada bila demam, hanya mahu umi, umi, umi.
Kamu berpusing satu rumah bila sihat.
Kamu membongkar komik, novel umi.
Kamu meniup bila umi meniup.
Kamu memetik suis lampu on dan off.
Kamu mengemas kembali barang-barang solek bila sudah siap.
Kamu senyum bila bermain babacak.
Kamu berkata cakkk... bila wajahmu ditutup dengan bantal, towel atau selimut.
Kamu memunggah semua baju yang telah umi lipat.
Kamu menggunakan handphone dengan betul.
Kamu tahu bagaimana menggunakan lesung batu.
Kamu membawa beg baju kamu sendiri.
Kamu babai, bila orang berkata babai.
Kamu disayangi, dirindui oleh semua orang.
Kamu digemari oleh semua orang tak kira bangsa, india, cina, orang putih dan juga orang gelap.
Kamula permata hati umi, kamu racun kamu jugala penawar.
Kamu akan bercakap satu hari nanti, Oniii sayang umi... dan yang pasti, air mata kegembiraan akan mengalir jua.

~)@ Emo, emo, emo... bila tiada perasaan macam ni, teringat kat cikOni. Aish, perasaan.

8 comments:

Unknown said...

MACAM2 PEEL...
tgh tunggu Batrisya bleh jalan plak..hihih

Naeem Eem said...

umiOni, semoga one day nanti cikOni pandai nyanyi lagu "ibu.....ibu....engkaulah ratu hatiku...." & dedicate utk umi nya..lama tak singgah sini..cantik template baru..kim salam cikOni ye..(^.^)

Yann said...

alololo. cik oni ni chumel. yann nk cubit2 pipi dier. hihi. semoga cik oni membesar dengan sempurna. jadi anak yg solehah utk umi n abi oni. :D

:: Mrs.SyahNia :: said...

umur2 tgh melasak kak..
men kejo2 lah kat uma ngan cikoni yea.. *__*

Hanim said...

kita sebagai ibu...gembira melihat perkembangan anak dari sehari ke sehari..anak2lah cahaya hidup kita...

Wah..cikOni dah pandai macam2...jgn buli umi sangat yer..

ch@ said...

kakHanim;
akak tau berat kita makin menurun mengejar dia, huiii terasa diawang²an, betul kata akak tu. Anak cahaya hidup.

Hanim said...

ok la tu berat turun..tak payah nak diet bagai semua..lemak akak ni lemak degil kot..taknak turun2...hahahahha

ch@ said...

kakHanim;
akakkan dah kurus. eish nak comel macam mana lagi?