Ramadhan ini.

Wednesday, 8 August 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan kali ini memang sangat berbeza dengan tahun-tahun sudah. Tahun lepas, aku tidak pernah tertinggal untuk bersahur, membawa Adli yang baru masuk bulan ke tujuh. Bila sudah hari-hari bangun sahur, jika tertinggal untuk satu atau dua kali, padahnya membawa kepada melepek langsung tiada tenaga.

Sekurang-kurangnya jika bersahur, aku dapat cover tenaga sehingga tengah hari. Apatah lagi, Adli memang aktif tidak terkata pada masa itu. Ramadhan kali ini begitu juga, aku memerlukan tenaga hanya untuk meladeni hal kerenah anak-anak selain mengelolakan rumah, itu belum part pergi balik kerja lagi. Tenaga memang berganda-ganda.

Aku makan nasi harus dua pinggan, apatah lagi Auni selalu bangun untuk teman bersahur. Jadi, kena pulun apa sahaja yang ada di dapur.

Ramadhan kali ini, aku menerima berita-berita tentang kematian. Dua minggu lalu, dikhabarkan sepupu aku meninggal kerana kemalangan jalan raya, minggu lalu emak kepada kawan adik aku pergi kerana sakit, selepas itu berita kematian anak kepada jiran lama mama dan papa aku pula, pun kemalangan jalan raya. Paling terbaru, kawan sekolah aku sendiri. Walaupun berlainan kelas, tapi aku memang kenal rapat dengannya, meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Allahuakbar. Al-Fatihah, mereka pergi dalam bulan berkat. Semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat hendaknya.

Ramadhan kali ini, aku tidak bergalak sangat menyediakan persiapan untuk raya. Yang penting anak-anak, mereka berdua sahaja aku lebihkan. Abi pun tidak mengisahkan sangat untuk bershopping sakan raya macam tahun lepas.

Mungkin sebab anak sudah dua, hendak bersesak di shopping mall bukan kegemarannya. Aku pun tidak kisah janji, boleh sedondon di pagi raya itu sudah mencukupi untuk potret keluarga pada tahun ini. Beraya di mana pun aku tidak kisah. Ikutkan tahun ini giliran abi. Tunggu sahajalah.

Rumah? lagilah aku tidak hirau. Aduhaiii, sabar je la. Paling-paling, tukar langsir je rasanya. Itu pun kalau rajin datang, jika tidak guna sahajalah langsir yang ada, tidak larat hendak berkemas dengan budak berdua tu. Aku lebih rela duduk melayan anak sambil layan mata. Ngehehehe. Kuih raya? hahaaa. Lagila, ke laut dalam, beli je senang. Kat pasaraya pun banyak biskut yang sedap-sedap. 

Pokoknya, Ramadhan kali ini... adalah biasa-biasa sahaja. Iftar pun tiada, ada tapi... hrmmmm malas hendak ulas. Rasanya, Adli Auni sahajalah yang gembira menyambut Hari Raya tahun ini ;)

12 pasang kaki:

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Al fatihah buat mereka..moga ditempatkan dikalangan org yg beriman..AMIN.

Yang penting anak2 gembira

Eija pulak ramadhan thn ni beriye2 pulak minat memasak dtg, w/pun masaknya biasa2 jerk tp puashati dpt bgn dan masak utk suami dan anak2..(berbuka mmg compom x masak..hehe)

Persiapan raya sama la thn ni ala kadar, rasanya langsir pun mmg x sempat nak tukar..4 thn la gamaknye pakai langsir yg sama..huhu
persiapan raya setiap thn mmg yg lebihnya utk anak2 jerk..diri sndiri baju raya pun tailor x siap2kan pun lagi ni..:(

Rasp said...

Al-Fatihah ....

I pun sama gak sis...
dah dua tiga tahun nie...
sambutan hanya buat anak2...
mak pak & rumah...
ala kadar jer :)
yg penting we are together and happy ....

Noli@Ibu Wafa said...

moga bersederhana membawa keberkatan yer ch@ ;)

sitiebby said...

askum sha,

al fatihah utk yg pergi, kita pun bakal mnyusul bila tiba nanti.

psiapan raya mmg xde sgt, cuma nak prepare utk 2 puteri je. utk mama papa nie, xde sgt. cuma tmbh bj raya sedondon sbb dh 2 thun tnp baju raya. sayu... kuih raya ada buat cikit.

Mama Tun Nur Safiya said...

al-fatihah...

sabar yerr...setiap yg hidup pasti kesana..alhamdulillah mereka pergi dalam bulan yg berkat... kita yang hidup ni tetap kena teruskan hidup...semoga bersemangat kembali.

Butik Tudung Q'Ta said...

al-fatihah ..sedih dengar berita kematian ni . teringat pengalaman lampau.

Masya said...

al-fatihah buat arwah, samelah ramadhan kali ni banyak dikejutkan dengan org meninggal.

persiapan biaser² jer.. hubby ajak shopping ikut tp beli brg x jugak bnyk brg amir jer hahahahaha....

ch@ said...

eija:
apa pun tak prepare kecuali baju raya. hahaa. apa nak jadi tah tahun ni.

rasp:
btl tu kak,janji... dpt jln raya cari kuih raya di rumah org. ngehehe.

noli, mamaTunNurSafiya:
insyaALLAH, sama2 kita.

sitiEbby:
dah nikah ni, dah beranak pinak ni, gembira utk anak2 je kak.

kakYanti:
sama2 kita mendoakan mereka di sana.

yana:
itu sama kes dgn kita bila bershopping dgn abi. sbb tu rela pergi cari brg sendiri2.

anisalya said...

memang lebihkan utk anak2 tapi husben kata beli je la apa yang berkenan. tahun lepas beraya biasa2 je. dah ada rezeki lebih ni apa salahnya. kerja pun utk anak isteri jugak. terharu betul.

FieZaLieSa said...

al-fatihah..

sy pun tak de buat persiapan ape2..just beli bj anak je...husben x de, wat persiapan sorg2 ni, blh ngalir air mata je..

Salina@IbuAqil said...

Al-Fatihah buat mereka yg pergi..
Apapun raya kita meriah dek kerana anak kan deq cha..
Lama x menyinggah sini jenguk anak2 ibu dua beradik ni..
Lama jgk ummi x menjenguk si Aqil.. :)
Raya mana tahun ni?!

ch@ said...

kakSal:
hihiii. menghargai isteri.

fiezaliesa:
bila ada anak, smua utk anak je la.

ibuAqil:
tu la... entry blm bundle lagi, hihiii. slalu tgk abg kt FB je. :) tahun ini turn selangor.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in