Sunday, 15 March 2026

My Space.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Masa wallpaper pintu hari tu, I don't tell him. Now, I tukar cat kabinet dapur pula, bukan apa jika tanya dia pun, jawapannya "suka hatilah" ,"ikutlah" jadi kita onz kan saja muahahaaa~

Kita je yang banyak spend time di ruang dapur ni, jadinya marilah kita tukar mood sikit.

After
Before.
Port main daktiga dedulu nih~
Takde la major cat pun, sebab sayangkan warna kayu tu. Bila dah cat gelap semua nanti maunya bahang satu dapur. Jadi, just gitu je. Pasang karpet tebal terus sebab kaki sensitif dengan lantai mozek. 

Kejap lagi hendak mengemas dalam kabinet bawah tu pula. Banyak sangat tupperware, bila buka sahaja pintunya, mengejar tuppperware dalam tu. Alhamdulillah~ 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Tuesday, 10 March 2026

AUNI- Perlantikan Pemimpin Muda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Haaa gitu, kisahnya si Auni send wA bagitahu kena hadir ke sekolah lebih awal daripada biasa. Bila dia kena awal makanya Adli pun akan kena heret sama, tidaklah emak ada kuasa lebih untuk berulan-alik hantar one by one. Benda boleh pergi bersama, kenapa hendak asing?

Si Auni tu memang payah hendak bercakap, hendak kata pendiam- tidak juga. Dia aktif ja bila di sekolah. Jadi semalam, gigihlah aku memujuk Adli agar lekas bersiap. Antara emak dengan Adli, Adli paling lambat bersiap, lagi-lagi dalam bilik air. Kadang waktu mandi si Auni jadi lebih pendek. Auni rileks je. 


Tahniah Auni, mengekalkan jawatan Pembimbing Rakan Sebaya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Uiiii, anak dara emak dah form 5. SPM? Auni boleh punya. All the best. You do the best, ALLAH do the rest.

Auni baca bloghijau ni, jadi dia bagi photo untuk emak update sini, hahaa~ . Blog ni wujud pun, sebab dia.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Thursday, 5 March 2026

Projek Pintu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sekian tahun stay home, baru terperasan pintu dalam rumah ni ada banyak warna. Ada coklat terang, ada coklat gelap, ada cream, ada merah~ so much fun of the doors.

So, 1st thing 1st tengok check material pintu dulu. 
Pintu bilik - kayu
Pintu tandas - logam
Pintu utama - kayu
Frame pintu - jenis besi eh ke logam?

2nd, kita cari cat viral tT, Sangking Cat Logam Anti-Rust 500g Black.
Dapat cat frame pintu 5 bilik. Frame sahaja okey. Tukar daripada warna coklat gelap kepada hitam terus. Aku berniat untuk menghitam putihkan rumahku, ahahahaaa~ let's go. Cat ni best, sebab tidak berbau kuat. Dapat berus percuma juga.


Disebabkan aku tidak rajin hendak cat pintu lebar tu, aku beli wallpaper warna senada dengan warna pintu tandas. Cream. Masa aku pasang wallpaper tu kan, aku fikir semula kenapalah aku pilih warna aneh-aneh masa masa rumah tengah renovate hari tu? sengal rasa.


Siang tu aku siapkan tiga pintu bilik, dengan tidak semena-mena tuan asben balik. Terkejut aku tapi dah lega, dia nak marah ikut suka hati dia. Sebab hati aku galau, aku buat je aktiviti yang aku suka tanpa bagitahu dia. Dia kata nanti beli-nanti beli, nantilah dulu. Laaambaaat! Daripada aku nangis ja, baiklah aku kerjakan.

Rasa luas saujana memandang. Selesai atas, kita beralih ke tingkat bawah pula. Tidak cukup cat hitam hari tu, aku beli lagi 2 bekas tapi bukan daripada Sanqing, aku tukar cat lain sebab stock Sanqing tu dah habis sedangkan jiwaku terlalu meronta-ronta untuk mengecat. Cat kali ni boleh guna atas logam dan kayu. Best juga, finalnya warna matte. Lawa.


Aku cat warna hitam bahagian luar pintu dapur, lantaklah. Dapur je pun, orang luar yang tengok. Lawa. Cat kali ni boleh guna dua permukaan, kayu dan logam. Alang-alang, gelekkan saja. Belah dalam, aku catkan warna cream biar nampak terang sedikit dapurku banding warna asalnya coklat gelap. Malas hendak menunggu cat pintu warna cream, aku decide beli di kedai hardware sahaja. Argh~ dia bagi aku cat minyak wei. 3 hari memeningkan kepala baunya. Bagus juga, sebab di dapurkan, guna cat minyak tahan lama. Alaaa, sama ja. Boring nanti, aku cat lain pulak.

Sekarang tinggal lagi satu pintu, pintu hala ke dapur dan kabinet dapur. Aku hendak sedondonkan. Sabar jap, tunggu cat dan mood datang, hehee~ Bila da go intro in, ko naik syeikh mengecat. 

Before.

After.

Pintu utama. Sama warna depan belakang.

Pintu dapur, luar black matte. Dalam cream glossy.

When life closes a door, just open it again.
It's a door, that's how they works.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.