Thursday, 5 March 2026

Projek Pintu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sekian tahun stay home, baru terperasan pintu dalam rumah ni ada banyak warna. Ada coklat terang, ada coklat gelap, ada cream, ada merah~ so much fun of the doors.

So, 1st thing 1st tengok check material pintu dulu. 
Pintu bilik - kayu
Pintu tandas - logam
Pintu utama - kayu
Frame pintu - jenis besi eh ke logam?

2nd, kita cari cat viral tT, Sangking Cat Logam Anti-Rust 500g Black.
Dapat cat frame pintu 5 bilik. Frame sahaja okey. Tukar daripada warna coklat gelap kepada hitam terus. Aku berniat untuk menghitam putihkan rumahku, ahahahaaa~ let's go. Cat ni best, sebab tidak berbau kuat. Dapat berus percuma juga.


Disebabkan aku tidak rajin hendak cat pintu lebar tu, aku beli wallpaper warna senada dengan warna pintu tandas. Cream. Masa aku pasang wallpaper tu kan, aku fikir semula kenapalah aku pilih warna aneh-aneh masa masa rumah tengah renovate hari tu? sengal rasa.


Siang tu aku siapkan tiga pintu bilik, dengan tidak semena-mena tuan asben balik. Terkejut aku tapi dah lega, dia nak marah ikut suka hati dia. Sebab hati aku galau, aku buat je aktiviti yang aku suka tanpa bagitahu dia. Dia kata nanti beli-nanti beli, nantilah dulu. Laaambaaat! Daripada aku nangis ja, baiklah aku kerjakan.

Rasa luas saujana memandang. Selesai atas, kita beralih ke tingkat bawah pula. Tidak cukup cat hitam hari tu, aku beli lagi 2 bekas tapi bukan daripada Sanqing, aku tukar cat lain sebab stock Sanqing tu dah habis sedangkan jiwaku terlalu meronta-ronta untuk mengecat.


Aku cat warna hitam bahagian luar pintu dapur, lantaklah. Dapur je pun, orang luar yang tengok. Lawa. Cat kali ni boleh guna dua permukaan, kayu dan logam. Alang-alang, gelekkan saja. Belah dala, aku catkan warna cream biar nampak terang sedikit dapurku banding warna asalnya coklat gelap. Malas hendak menunggu cat pintu warna cream, aku decide beli di kedai hardware sahaja. Argh~ dia bagi aku cat minyak wei. 3 hari memeningkan kepala baunya. Bagus juga, sebab di dapurkan, guna cat minyak tahan lama. Alaaa, sama ja. Boring nanti, aku cat lain pulak.

Sekarang tinggal lagi satu pintu, pintu hala ke dapur dan kabinet dapur. Aku hendak sedondonkan. Sabar jap, tunggu cat dan mood datang, hehee~ Bila da go intro in, ko naik syeikh mengecat. 

Before.
After.
When life closes a door, just open it again.
It's a door, that's how they works.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

No comments: