Monday, 30 November 2009

Untukmu Cik Auni

cik auni dah tido, sejak dua menjak ni, ragamnya bukan main lagi, berpanjang-panjangan. selalu tu kalo nak tido main hentam ikut suka je mana dia nak parking, sekarang...nak tido meragam dulu, merengek mintak dipujuk baru la dia tido, inilah akibat terlalu dimanjai oleh TOK MAMAnya. adoii!!!
untuk cik auni yang disayangi oleh semua orang, maka dgn murah hatinya mr.abi telah menghadiahkan 'butterfly play gym' tuk cik auni, biarlah berhabis wang ringgit tuk anak kesayangan, katanya... dua kali aku tanya mr.abi 'sungguh ni nak beli? mahal ni? umi tak de budget bulan ni - bulan2 pun tak de budget tuk benda yg agak jarang digunakan ni - tapi mr.abi menjawab dgn penuh rela hati, tak pe! that's all dan pak su la yg jadi mangsa tukang bawak play gym dari Toys R Us, Tebrau City.

apa umi bagi tuk cik auni, sudah tentulah dua helai pyjama warna pink <- kena suka juga walau hakikatnya aku tidak gemar. erk! tuk membuktikan bahawa cik auni adalah budak perempuan comel dan sepasang baju tali spageti bersama skirt pendek Baby Kiko menyerlahkan keseksian peha cik auni yg sgt tembam itu - besar nanti, jangan pakai cenggini ye sayang umi :)

**aku pun dah pening, rumah aku sudah mula berantakan dgn mainan cik auni, wahahaha!**


Thursday, 26 November 2009

Balik Kampung

hi! dikesempatan ini, empunya blog yang serba kekurangan ini mengucapkan

SALAM AIDILADHA

kepada semua yang sedang membaca,
semoga kalian semua menyambutnya dgn penuh kesyukuran.

jaga diri ya, kita jumpa lagi naik cuti nanti.

~~dari: ch@, mr abi & cik auni~~

***aku balik Johor tapi, dua orang ni tak bangun-bangun lagi apa dah jadik?


Tuesday, 24 November 2009

wajah auni

here! my cik auni yang comot, mamam-mamam-mamam......

bila sudah boring, buatla senaman wajah macam ni, lepas tu ketawa la besar-besar.

ergh! umi ngan abi sayang gila kat cik auni lah, bila nak marah tengok muka gini terus terbantut amarah, dia memang pandai memujuk....