Sunday, 4 July 2010

Hari yang cukup bermakna


aku, bondaWiya, cikAqies & mamaLia
Yang nyata dalam gambar ini, adalah aku yang paling gebuuu...hihi, sukaaanya aku ;)

Bertarikh 2 Julai, Jumaat. Suasana sangat sibuk. Semangat berkerja pun dah hilang kerana perjumpaan yang bakal menjadi ingatan bermakna, akan adakah perjumpaan seperti ini lagi. Argh sungguh seronok.

Pertemuan antara, mamaLia dan cikAqies (exhousemate aku) serta bondaWiya (kakLong aku) di Nando's OneUtama. Susah rasanya nak menerangkan kaitan antara kitorang ni, semuanya memang berkait. Pokok pangkalnya, tak salah aku menyatakan hubungan ini adalah berpunca dari aku. Haha.

mamaLia~ aku pernah membuat praktikal di tempat dia berkerja. Pernah juga serumah dengannya ketika aku baru sahaja tamat belajar.

cikAqies~ dah banyak rasanya aku bercerita tentang dia, merupakan kawan yang akhirnya duduk sebumbung, tido sebantal. Makan, lain-lain pinggan.

bondaWiya~ oh, senang...aku kata dia adalah kakak iparku. Boleh macam tu kak? Jadi tau je la hubungan rapat tu yang macam mana.

Aku mengajak cikAqies pergi ke jemputan perkahwinan bondaWiya. Mungkin di situ pertemuan mereka. Akibat sesuatu tragedi yang melanda, mereka bertiga dan juga aku menjadi berkait. Susahkan? ye hubungan secara kebetulan memang susah untuk dijelaskan.

Tidak mengapala. Bagi aku pertemuan 8 mata ini sangat berjaya. Aku sayang semua kakak²ku ini. Laaa aku ke yang paling muda kepada mereka semua niii...

~)@ Lain kali jumpa lagi ye ;) Kita gelak sampai penat.

~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@


Noorulsahida (aku) & NurulNabiha (cikPA)

Hari terakhir untuk cikPA berkhidmat kepada boss kacaknya. Jadi, secara tidak langsung pertemuan 8 mata turut menjadi majlis meraikan pemergiannya bagi aku dan pnIzma. Secara tak sengaja juga menemankan pnIzma membeli preparation untuk majilis perpisahan cikPA.

Oh cikPA, semoga ngko terus berjaya 'melanjutkan pelajaran'mu keperingkat yang tertinggi. Haha. Kehilanganmu pasti aku akan terasa;
  1. Tiada lagi teman bergosip apa jua topik lelebih topik lelaki kacak (pemain bola sepak & artis)
  2. Tiada lagi insan yang sudi mendonlodkan mp3 dan juga pemberi link berita sensasi untuk digosip.
  3. Tiada lagi kawan untuk makan tengah hari dan balik awal.
  4. Tiada lagi geng sekepala untuk membuat ketupat dan kuih bangkit.
  5. Tiada lagi aku merasa menjadi aweQ Edward Cullenmu.
  6. Tiada lagi pemilih baju cantik lagi seksi untuk cikOni.
  7. Tiada lagi kamus atau pembina ayat bahasa Inggerisku.
  8. Tiada lagi telinga setia mendengar keluh kesah rumahtangga makCik.
  9. Tiada lagi teman ketawa depan monitor.
  10. Tiada lagi ketukan keyboard dari arah kananku.
Nurul Nabihah binti Rozeland, terima kasih kerana menjadi sahabat aku. Pertemuan aku dan ngko di LRT Masjid Jamek, membawa kita kepada menaiki LRT dan bas bersama-sama, membawa ngko menaiki kereta bersama aku, membawa kita dapat merasa menjadi driver untuk diri sendiri, membawa kita boleh tidur bersama (eh? haha tak la, teman aku je.)

Oh cikPA, bagaimana aku harus lupa akan ngko? terima kasih atas segala²nya. Semoga Allah SWT permudahkan ibadah harian kau. Terima kasih menjadi sahabat aku :) love u.

~)@ Semoga kita tak lost contact ok. Still waiting for final game WC. German dah layak.

~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@

Selamat Ulangtahun Kelahiran -1
kepada
cikOni
pada
2hb Julai 2010
~ semoga menjadi anakanda yang paling tiptop, abiumi sayang oni :D ~

mrAbi, cikOni & umiOni

~)@ Berbuih aku nyanyi lagi beday tuk cikOni, sudahnya aku jugak kena habiskan kek tuuu. Thanks mrABi :D

~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@

pnIzma, saksi tempat kejadian pertama dan kedua.

~)@ Karang sentap takde gambar dia. Lagi² buat ayat terharu. 'Ye la, aku ni driver je'. Huh! terima kasih ye puaaannn :D

Friday, 2 July 2010

Cahaya Kehormatan Ketenangan

Sudah setahun berlalu, baby sudah seperti kanak² lain membesar dengan sihat.

Aku dah bangun awal² pagi, bersiap-siap. Tak berapa minit lagi nurse akan bawa aku turun ke bilik bersalin. Aku masih tenang menghantar pesanan kepada orang² tersayang, memohon kemaafan kepada semua. Meminta mama dan mrAbi datang menguruskan aku pada pagi ini juga.

Mama menghantar dengan linangan air mata, argh...muka gangster selamba kodok ni, kalah juga dengan suara sebak mama. OMG kuatkan aku. mrAbi diam tak terkata terbit riak kebimbangan dimukanya.

Aku masih tersengih mengekori nurse bertugas, barang² aku semua sudah packing, kerana yakin lepas ini aku tidak lagi ditempatkan di wad ini.

Aku ditempatkan di bilik 15 bersama dengan seorang cina bernama Ellizaberth. Kes dia, dah cukup bulan, baby dia kurang bergerak, mulutnya tak berhenti-henti potpetpotpet. Habis semua bilik diredahnya tengok baby sana-baby sini, kalau dengar orang menjerit kitorang duduk diam. Seriau.

Aku asyik jeling jam dah 3 jam berlalu entah menunggu apa, tidak tahu. Perut dah la lapar. Mahu juga jadi cina ni, tidak boleh sebab aku dipasang CTG. Terbaring kelaparan.

Masuk sekumpulan pakar² membuat pemantauan, salah sorang Prof mengatakan aku tidak boleh di indius kerana melihatkan saiz perut aku bukan sebagaimana orang lain yang normal. Bla... bla... bla... bla... tah apa lagi tah.

Aku diminta untuk naik ke scan department di tingkat atas. Pulak dah. mrAbi sendiri menolak wheel chair sebab aku tak dibenarkan berjalan. Ketuban dah kering.

Sakit telinga aku mendengar staff scan department tu membebel. Ketuban aku dah habis, dah tak boleh buat apa lagi, baby kena keluarkan juga. Memang dah tak boleh tunggu lagi. Sempat juga aku tanya jantina baby, harapaaan tak dapat tau juga.

Turun balik bilik sama, terus indius seorang doktor lelaki cina. Lupa dah namanya. Dua belah tangan ni jangan dikatala, penuh dengan lebam suntikan sebab urat aku kecil, tak dapat cari. Suntikan dalam wad lagi. Pasrah.

Aku dipasang CTG, oooh my aku rasa nak terkencing, aku rasa nak berak, perut aku sakit, sangat sakit. Ye aku sedang mengalami kontraksi setiap 5 minit. Sekali lagi aku diseluk, bukaan pintu kelahiran cantik, bacaan CTG cantik. Tapi aku perasan bila aku kontraksi, jantung baby lemah. Serta merta jatuh merudum menjadi lambat.

Suasana jangan dikatala, sibuk ya amat. Si cina yang bersama aku dah pun duduk wad sebab dia masih ok. Kecoh. Aku rasa sangat sakit, membaca ayat Qursi tanpa henti. Dalam banyak² surah, memang hanya ayat Qursi sahaja aku mampu ingat sampai habis. Keputusan dibuat. Ceaserian.

Nurse mencari mrAbi untuk minta kebenaran. Aiii aku dah sakit pun kena pegang pen juga. Aku ditolak kebilik kecemasan sempat memandang kosong mama dan mrAbi bersama air mata yang sudah mengalir. Oh my aku tak lupa detik itu. Semua mata memandang, aku merasa juga sebagaimana dalam TV. Haha...

Dalam bilik bedah aku dib---lkan, cucuk lagi ubat bius, aduhai lemah macam sawi layu je aku rasa. Aku dibius satu badan. Pengsan.

Tah berapa lama aku ditidurkan, aku celik semula pertanyaan pertama dari aku, 'nurse baby i boy ke girl? nurse itu hanya senyum menggeleng, memegang tangan sejuk aku 'i hanya tengok pada u, i tak tengok baby u, tapi i dengar dia menangis sangat kuat, tandanya dia selamat' katanya sambil membantu aku selesakan diri. Yeah i'm back to realiti, perut sudah tiada ;)

Rupanya, mrAbi dan mama dah dapat tengok baby dulu, nurse yang tolak baby tuk pergi mandi jumpa dengan mama diluar bilik pembedahan. 'baby pempuan serupa macam awak, kecil sangat, comel, putih' kata mama. mrAbi dah diam je, teruja.

Aku ditempatkan diwad ibu bersalin, barula berjumpa dengan baby, rasa sangat haus tapi tak boleh minum air, aduiii dapat sesedut jadila. Mula² mrAbi bagi tengok gambar, ahhh tak puas. Tak lama tu aku dapat tengok secara life. Ye sangat halusnya anak umi.

Welcome to our family baby, welcome to realiti world. Sehari je dia tidak bernama, akhirnya mrAbi memilih Norerdina Auni Norerwandi, ejaan dalam jawinya Nurirdina Auni sama dengan Cahaya Kehormatan Ketenangan. Sayang kamu Auni.

Bermula la episod baru dalam hidup aku, cikOni minum susu pertama dari susu badan aku. Tengok mulut comel itu. Geramnya.

Norerdina Auni binti Norewandi

2 Julai 2009 @ 1.8kg @ 3.50ptg

ceaser

~)@ Gambar terbaru akan di post kemudian ;) Ok dah tamat. Terima kasih kerana membaca.

Thursday, 1 July 2010

hari ini dalam sejarah

Bab 3

Same day 2009, aiii sorry la pada yang tak minat pada topik ni ye. Aku nak cerita juga, sebab memang dah berniat nak cerita pengalaman ni setelah cikOni ku setahun.

Kebosanan menjelma, dengan rasa sihat tapi kena duduk hospital. Alaaa tak banyak menda boleh aku buat. Pagi yg indah tapi kepala sikit pusing, tido² ayam je. Malam yg tak rasa malam. Aku suruh mrAbi belikan aku novel.

Disuruh mandi, eee aku seram betul part kena pergi bilik air ni, aku rasa ketuban aku macam dah habis. Asal buang air kecil disertakan dengan ketuban. Uhuuu... macam nak nangis je.

Tengah duduk relax, datang 3 orang doktor bertugas. Aku dengar je nurse membaca rekod yg ada kat katil. Tiba-tiba tirai pemisah katil ditutup, aiii dah tinggal aku sorang je dgn 3 org doktor. Seorang lelaki, 2 orang perempuan.

Aku disuruh baring, jeng jeng jeng... kali kedua aku diseluk bawah. Doktor perempuan, baik je dia. Tak la sesakit yg semalam. Mungkin aku dah boleh terima kot.

Diorang speaking bahasa London. Curi dengar. Hrmmm...
'betul air ketuban' yg seluk tadi mengambil sample. Warna still cantik, masih ok.
'kena tunggu dia sakit la baru boleh bersalin' yg lelaki pulak memberitahu.
'tapi dia steady je' sambung lelaki itu lagi.
'tak sakit ke?' tanya yg perempuan lagi sorang setelah hanya diam mendengar tadi kepada aku. Aku sengih sambil geleng. Buat muka selamba kodok.
'kalau dia tak sakit sampai esok, kena induce la' doktor lelaki berkata lagi. Haaa itu aku tau. Aku dah baca dalam buku. Paksa bersalin.
'dah inject matangkan paru² berapa kali?' perempuan lembut itu bertanya, jatuh hati jap aku.
'dua kali' aku menjawab dgn selamba kodok. Lelepas tu dorang teruskan tugas tinggalla aku kebosanan semula. Tapi kali ni hati terus rasa berdebar-debar.

Tengah hari mrAbi datang membawa pesanan. Novel, makanan, minuman. Dia sudah pun mengambil cuti 2minggu utk menjaga aku. Baaaiknyaaa dia ;)

Petang sikit, aku didatangi abah mertuaku (lepas nurse inject montot aku) aiii. Dia merempit datang melawat menantunya. Hehe, dia seorang saja.
'ingatkan dah sakit, rilax je ni' katanya melihat muka aku yg steady. Nasib baik ada mrAbi, kalo tak, tak reti sangat aku nak berborak dgn abah ni, walaupun dia sporting.

Petang lagi sikit, mama dan papa sampai. Pot pet pot pet mulut mama tak berhenti bercerita. Aiii aku dah kat spital pun dia tak henti bercakap. Memang la mama. Datang pula cikAQis dgn bondaWiya, ahhh 2 org ni memang aku sayang.

Apa lagi, macam hospital sendiri. Ketawa, terkekeh-kekeh. Kata orang katil sebelah menyebelah, hish! tak senonoh. BondaWiya cerita pengalamannya. Seriau je tau. Tapi, aku sayang dia sebab dia tak menakut²kan aku pun. Dia kata teran je macam nak berak. Time tu memang sakit tapi nak teran juga bagi lega.

Ahhh bondaWiya and cikAQies, i missed that momment. Masa kita bertiga huhahuha kat spital.

Selepas diorang balik, aku kembali bosan. Doktor malam datang pun, check aje. Menanya aku sakit ke tak. Aku masih geleng. Memang sah la aku kena induce esok pagi.

Malam itu, aku kembali tidak lena. Esok aku pergi berjuang hidup mati. Jantung hati kembali berdegup kencang sebaik sahaja aku disuntik untuk yang terakhir. Makanya 4 kali aku disuntik, terasa kebas je montot. Hehe.

Itu aje untuk sepanjang hari satu hari satu malam di wad mengandung PPUM.

~)@ Entry semasa akan disiar selepas pengalaman peristiwa berdarah ini. Hehe.