Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Workstation menghadap hall, hall menghadap workstation, makin lama ditengok, makin rasa semak perasaan. Pernah tak rasa dalam kepala berselirat? bila nak lepaskan jadi terlalu sarat, so tersumbat.
Masa ni, shopee sangat membantu. Scroll and scroll and scroll. Rasa marah berbuku menjadikan kita membeli sebidang tanah, eh bukan... sebidang karpet. Dengan tidak berfikir panjang, saiz terpaling besar kita check-out.

Saiz 6xl 400x200cm RM85
Puas hati kita. Biasalah beli tanpa pengetahuan dia. Sebelum ni jika hendak beli apa-apa teruja je nak share. Now, bila sudah tahu responnya, beli saja maaa~
Terasa padang bola ruang tamu ku, sikit hari lagi runtuh sofa tu, kita berguling di lantai sahaja, no more sofa, muehehehe~
Sekian, selamat hujung minggu, daaa...
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
26 comments:
Perasan tak carpet tu yang tengah tu macam yang selalu Sya buat tu Quilling ke namanya?
Besar dan cantik. Boleh la kuak lentang atas tu.
tukarlah kalau boleh rungkaikan yang terkusut dan tersumbat. kadang2 kena ada pembaharuan jugakan. Tp corak carpet tu sama pulak macam art yg selalu awak buat tu Cha
Hahaha daripada kepala berselirat terus terbeli “sebidang tanah” versi karpet paling besar. 😂 Memang bahaya bila buka Shopee waktu emosi tengah penuh, sekali checkout terus rasa macam projek ubah suai rumah bermula!
Lawa la Sya! Macam nak beli jugalah sbb kepala tengah berselirat jugak ni haha...
Takpe sis, anggap je terapi stress. Bagus utk kesihatan mental. Cantik pun ye jugak hehe
Silalah share link bag kuningnya yerr hehehehehe
akak tgh tunggu ada x orang nak hadiahkan akak karpet...muahahhaahaha!!!!
Cantik nya corak dia.. pandai sis pilih...
kak ezna: ihiii, kita tak perasan pun kak, beli sebab warna dan ada corak simple, tu ja.
cie: sungguh~
ammi: ruang lingkup rumah ja, tu kena tukarlah vibes. ihiii quilling pattern.
syaz: iya, chart penuh, duit ada. letsego~
puan hazel: silakan.
carneyz: mekaceh, opkos terapi.
sisLin: alamak. kita random saja sista. kebetulan dorang live.
kakakSA: okey cun.
linda: ingat nak plain ja, cuma rasa plain sgt pulak.
Sebesar itu kenapa murah sangaaaat 😍😍😍😍😍. Tak dapat kalau di sini cha.
Tapi saya dah tak bisa pakai karpet. Sebab ada 5 ekor anakan sapi yang gemuk dan berbulu panjang di rumah 🤣🤣. Kalau ada karpet bulu, makin susah nanti nak bersihkan rumah 😂😄.
Sekarang saja, rumah saya tak pakai karpet, tapi wajib vacum setiap hari. Kalau tak banyak nanti bulu2 dari anak bulus tuh 😄
fanny: kita jenis kaki cepat sejuk, kadang rimas hendak berselipar sentiasa. karpet ni mudah je bersihkan, sebab ketebalannya sederhana. kena matching warna kapet dgn bulu kucing, hahaaa~
Cantik design karpet dan harga pun murah. Beli aje Cha asalkan happy
kak mulan: ingat hendak pilih kosong ja, tapi rasa kosong sangat pula, jadi kita pilih yg ada sedikit corak. alhamdulillah, happy.
Besarnya!! kalau pos ke sarawak ni mmg sy akn guna sea shipping ni.. entah brp lah postage kalau guna pos biasa
kakmim: sudah geram sangat, hahaaa. beli saiz besar terus.
lawa sgt! luas dan lapang laaaa spacenya pun!
mama zharfan: sy suka rumah lapang.
Post a Comment