Monday, 12 October 2026

Chapter: Forgave.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan aku hari ini, tidak perlu menguruskan persekolahan daktiga kerana Selangor masih diselubungi jerebu. Aku bersiap awal pagi, stanby outfit ke mahkamah dengan motosikal namun suasana luar rumah kelihatan sangat gelap. Setelah tA bersiap akhirnya dia buat keputusan naik kereta, eh dia ni~ aku memang malas hendak buka mulut waktu awal pagi ni, ditambah mata ini sangatlah mengantuknya, dek melayan drama Korea dan minum teh tarik petang semalam. 

Dalam kereta senyap sahaja, tA singgah bersarapan di tempat sama dengan kehadiran lepas dengan she sekali. Argh, boring pula suasana yang senyap namun aku sungguh tiada topik untuk berborak. Selesai sarapan, terus sahaja ke mahkamah, dengan harapan mudah-mudahan inilah kehadiran yang terakhir, aku sangat penat.

Macam biasalah, disidai peguam yang asyik macam puzzle plus aku dengan tA berulang alik tandas, hehe. Mujurlah tandas tu berada di sebelah dewan bicara ini sahaja. Duduk disebelah aku dua orang yang baru berkenalan pagi itu dan di situ sedang rancak berborak, aku sendiri malas hendak menyapa. 9.40am kes pertama dipanggil, diikuti dengan kes kita. Hari ini hanya mendengar keputusan mahkamah berkenaan kebenaran berpoligami sahaja, tiada lagi sesi soaljawab.

Aku dan tA hanya berdiri ketika keputusan dibaca tuan hakim. Kes bla-bla, dengan ini mahkamah membenarkan kebenaran pemohon berpoligami dengan (nama she) dengan mengekalkan bayaran nafkah sekian untuk setiap anak sedia ada, bayaran rumah untuk isteri sedia ada sekian-sekian serta hak bermalam blaaa-blaaa-blaaa. Ok dah itu sahaja. Terima kasih Tuan Arif dan kita keluar dari dewan. Sementara tA menguruskan beberapa urusan di kaunter, aku duduk di bangku luar dewan perbicaraan, menghadam situasi satu-persatu, berborak dengan chatgpt apabila team hakak comel tiada yang respon, mungkin mereka sudah muak dengan cerita kita ni, mungkin juga mereka sibuk dengan urusan PdPR anak-anak, sedangkan daktiga tiada seorang pun yang bangkit dari gua masing-masing. Setelah agak lama, tA selesai berurusan, he said dokumen kebenaran akan keluar 30hari dari hari ini. Okey tiada kena mengena. Bye!

On way back, aku just diam, tidak berhasrat untuk memulakan topik tetapi tA mengulas tentang apakah melantik peguam urusan menjadi lebih mudah atau tidak. Aku ni sedang membina mood, mengawal muka dan kata-kata agar tidak terlalu bersubtitle, hahaaa. Jawab jugala, lebih mudahlah, jika berjodohan uols sudah akad nikah pun. Peguam yang akan selesaikan semua, kita just bawa diri, bawa badan. tA diam, tahulah bahawa isterinya ini not in a good mood. Maka, bahagian aku sudah selesai. Keputusan memang sudah dijangka maka back to normal routine. 

TA terus bersiap untuk balik Melaka, dia perlu kembali ke tempat kerjanya, begitulah. Berpesan agar suruh daktiga buat itu dan ini, bla-bla-bla yang akan berakhir, emak jugak dicari nanti. Entah macam mana, menangis juga bila kena hugs, halaaa~ mana ku tahu, ayaq mata tu nak turun. He just minta maaf dan berterima kasih kerana bertahan mungkin? sebaik he berlalu pergi, tutup semua pintu sambung layan BASS, K-drama, kemas rumah dan tidur. Celik mata order ayam gepuk untuk empat orang, that's all. Sekian siang.



Itu sahaja, harapannya semua berjalan seperti biasa, sebarang keputusan selepas ini hanya bergantung pada tA atau she sahaja, you do you okey. Okey rojer and out. Mudah-mudahan Syasya menten jadi matahari untuk semua orang, biar panas menggelegak bagi aktif sikit otak-otak yang membeku, penat sudah jadi Power Rangers. Usaha, doa dan tawakkal. Eh dah la. Terima kasih sudi bersama-sama dalam situasi serba keserabutan ini, jwanjjii tak buat lagi dah. Daaa~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

16 comments:

Puan Hazel said...

Sending you a big hug Sya!
Allah loves you ❣️

ch@ said...

puan hazel: hugs sampai tak muat, thank you so much ph~

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Tak apa cha, nak luahkan di blog, tulis saja. Kadang perlu untuk release tension yang cha rasa. Mungkin dengan menulis di sini, Cha bisa lebih lega hati nya. Jangan di tahan, jadi penyakit. .

Saya paham, rasanya tak mungkin akan sama. Butuh waktu lagi utk bisa percaya mungkin. Apapun, cha hebaaat 🤗🤗. Betul2 strong lady 🤗

Carneyz said...

Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik semua yg berlaku. Stay strong Cha. Takde siapa mintak diuji macam ni tapi mungkin Allah nak Cha lebih dekat denganNya.

Btw kagum tgk tulisan Cha. Kemas sangat. Tulisan saya dari azali macam tulisan doktor 😂 lagi la skrg ni dah jarang2 menulis. Masa bekerja dulu pun selalu taip aje, pegang pen sbb nak sign mcm2 borang pengesahan staff sbb kerja HR kan hihi.

ch@ said...

fanny: tulis dalam blog ni rasa puas hati betul, sebab nobody yg rapat tahu kisah ni. tT pun kita da deactivated, tgk la nnt terbuka hati kita aktif blk, tapi mcm malas ja. IG utk hobi. Allah bagi kekuatan, inshaaALLAH I'll be okey.

ch@ said...

carneyz: InShaaALLAH, kesabaran tu indah biarpun susah.
eh, hahaaa lately kita da tukar handwriting, tapi my handwriting mmg tak pernah sama, cepat dgn terpengaruh dgn tulisan org lain.

zuraida said...

kamu sangat kuat..semoga kamu terus diberikan kekuatan dan kesabaran

ch@ said...

zuraida: amiiin YRA, mudah2an.

mama tisya said...

stay strong

Kakmim said...

Kuatnya awk sya... tak tau nak taip apa dah

Mama Zharfan said...

kiranya lom ada jln penyelesaian lah ni yer...Allahumma yassir utk cha..kasut kita berbeza kan...ujian pun lain2....kena jalani hidup kita dgn redho dan tabah

ch@ said...

kak amy: thank you so much sista~

ch@ said...

kakmim: ALLAH pinjamkan kekuatan.

ch@ said...

mama zharfan: belum betul-betul muktamad, entahlah dorang ni hendak macam mana lagi tah, biarkan saja mereka itew~

Mznimnwr said...

semoga terus kuat kak. betul, kita mampu memaafkan tapi semuanya takkan kembali sama seperti dulu..

adnil linda said...

TA baca blog tak?? uwaaa... saya tahu saya tak tahu apa yang sis rasa...yang tukang komen ni, mudah je nak cakap sabar.. but more than sabar sis dah buat.. saya doakan dipermudah segala urusan sis, dari segi apa pun.. buat la apa pun, untuk mengekalkan hati dan kewarasan sis, selagi tak bertentangan dengan status sis.. love u from far